•Disember 23, 2011 •
Tinggalkan Komen

Kini, pada bulan Disember tahun 2011, FAM terpaksa ‘menjilat balik kahak yang telah diludah’ dan mahu pula melaksanakan satu perkara yang telah disarankan oleh peminat-peminat bolasepak Malaysia sejak lebih 5 tahun yang lampau. FAM, insan-insan yang kononnya berpengalaman luas menyepak bola sebagai kerjaya, hidup dalam satu zaman yang sekurang-kurangnya 5 tahun lebih kuno daripada lain-lain peminat bolasepak Malaysia yang berpengalaman luas dalam segala kerjaya profesional selain menyepak bola.
Jadi, siapa yang dungu sekarang, wahai FAM? [Seterusnya]
Dikirim dalam Posts
•November 27, 2011 •
Tinggalkan Komen

Who knows, I could just play him (17-year old Nazmi Faiz Mansor) in our next international, I’ve done crazy things before. [Siapa tahu, saya boleh turunkan dia dalam perlawanan antarabangsa kita yang seterusnya, saya pernah buat kerja gila sebelum ini.] – Dato’ K. Rajagobal
New Straits Times
Kerja gila Dato’? Betulkah? Kerja gila yang mana satu?
1. Menyenaraikan Amri Yahyah yang sedang bercuti ke dalam skuad negara hanya 2 hari sebelum berlepas ke Jakarta pada Piala AFF 2010;
2. Menurunkan Amri Yahyah dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di Jakarta hanya 4 hari selepas dimasukkan ke dalam skuad;
3. Menurunkan Fakri Saarani, yang menjaringkan hanya 2 gol sepanjang musim Liga Super 2011, dalam kesebelasan utama Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di tempat lawan; atau
4. Menurunkan Ismail Faruqi Asha’ri yang tidak pernah mewakili pasukan negara dalam kesebelasan utama Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di tempat lawan?
Dikirim dalam Posts
•November 27, 2011 •
Tinggalkan Komen

Kim Swee lupa Fakri masih ada.
We lack a pool of quality players, especially strikers. Even in the age groups, we are unable to find prolific goal-scorers. Imagine we have an 18-year-old (Syahrul Azwari Ibrahim) playing as the chief striker in the Under-23 squad at the Jakarta SEA Games. Then, we have a 17-year-old (Mohd Nazmi Faiz) in the playmaker role. Where are the 23-year-old players? [Read more in The Star Online]
Dikirim dalam Posts
•November 25, 2011 •
Tinggalkan Komen

Why Always Me?
Fakri Saarani telah berpindah ke pasukan Negeri Sembilan yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan pada awal musim Liga Super 2011. Fakri Saarani ialah penyerang yang boleh menjaringkan sifar gol di Liga Super 2011 sehingga bulan Mac tetapi Wan Jamak Wan Hassan yang perlu meletakkan jawatan, juga pada bulan Mac. [Seterusnya]
Dikirim dalam Posts
•November 24, 2011 •
Tinggalkan Komen

Tidak terpilih untuk Sukan SEA 2005, tidak terpilih untuk Sukan Asia 2005, tetapi kini merupakan penjaring terbanyak Harimau Malaya. [Seterusnya]
Dikirim dalam Posts