Kelayakan Piala Dunia 2010: Bahrain lwn. Malaysia (Manama, 21 Okt.)

Barisan Malaysia Menghadapi Bahrain

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2010 (pusingan pertama), Bahrain lawan Malaysia
Tempat: Stadium Kebangsaan, Manama, Bahrain
Tarikh: 21 Oktober 2007
Masa: 6.00 petang waktu Bahrain (11.00 malam waktu Malaysia)

Pertahanan:
Sathia nampaknya telah menetapkan barisan utama pertahanannya: Sumardi, Zamani, Aidil Zafuan dan Daudsu. Barisan pertahanan yang membawa kejuaraan Pestabola Merdeka kepada negara ini telah diturunkan pada kedua-dua perlawanan persahabatan terakhir negara di Australia; menentang Perth Soccer dan Floreat Athena. Kedua-dua perlawanan tersebut telah berakhir dengan kemenangan. Namun, apa yang agak membimbangkan adalah bagaimana pasangan pertahanan tengah, Zamani dan Aidil Zafuan, bakal menangani asakan penyerang Bahrain kerana kedua-dua pemain pertahanan tersebut tidak memiliki fizikal yang tinggi.

Tengah:
Sathia bersikap realistik dengan memilih taktik yang lebih bertahan. Ini dapat dilihat daripada keputusan beliau untuk menguji gandingan Azi Shahril Azmi dan K. Nantha Kumar sebagai pasangan midfield tengah di Australia. Persoalan mengenai siapakah yang bakal menghuni sayap kiri sudah sekian lama bermain di minda para peminat: adakah Sathia akan setia dengan Khyril yang mempamerkan prestasi mengkagumkan pada Pestabola Merdeka, perlawanan akhir Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan di Australia? Atau mungkinkah Sathia bakal memilih Indra Putra yang sudah pulih daripada kecederaan? Teka-teki itu kini sudah terjawab: Indra Putralah gerangannya, sekiranya beliau cergas. Memang tidak dinafikan bahawa Indra amat efektif apabila diturunkan sebagai sayap kiri, namun mungkinkah pemain yang amat kreatif seperti Indra, dan boleh dianggap pemain terbaik generasinya, mampu menawarkan sesuatu yang lebih cemerlang sekiranya diletakkan di posisi yang lebih ke tengah? Posisi free role ala Zinedine Zidane, mungkin?

Serangan:
Keputusan yang baik untuk mengekalkan gandingan Safee-Zaquan. Seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel sebelum ini, gandingan serangan yang mantap mengambil masa yang lama untuk dipupuk dan amatlah rugi sekiranya ia dileraikan ketika mula membuahkan hasil.

Simpanan:
Amirulhadi layak untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama. Namun sebagai seorang pemain tengah yang menyerang, beliau perlu dikorbankan bagi menghadapi Bahrain di kubu mereka. Bunyamin dan Mat Sabre pula seakan-akan pasti menghuni bangku simpanan apabila Sathia berkali-kali menguji mereka ketika jelajah Australia. Bangku simpanan bagi penjaga gol nampaknya bakal menjadi milik Nasril.

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: