Pedoman Untuk Seorang Penyokong Marhaen

‘N’ (bukan nama sebenar) ialah seorang anak kecil yang meminati pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Minat ‘N’ ini telah dipupuk oleh bapanya, seorang penyokong totok Harimau Malaya yang hatinya mungkin hitam, dan darahnya mungkin kuning. Apa yang pasti otak bapanya masih kekelabuan. ‘N’ dipakaikan oleh bapanya jersi Malaysia tiruan saiz kanak-kanak yang dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil sambil dibawa menonton perlawanan bolasepak secara langsung. ‘N’ juga tidak ketinggalan menonton bolasepak di kaca televisyen dan sudah biasa menjerit “GOL!” sekuat hati bersama-sama bapanya; kadangkala sehingga mengundang marah si ibu. Si ibu turut merasakan rambut ‘N’ patut dibiarkan sedikit panjang seperti rambut ‘N’ yang seorang lagi: iaitu Nazmi Faiz Mansor.

Siaran langsung.

‘N’, ialah seorang penyokong marhaen Malaysia.

‘N’ tidak pernah mewakili Malaysia dalam sukan bolasepak. ‘N’ tidak pernah menjadi jurulatih bagi pasukan bolasepak Malaysia. ‘N’ tidak pernah memetik nama-nama tokoh bolasepak negara dan mengaku pernah berbual dengan mereka. ‘N’ tidak pernah mengaku mengenali Datuk K. Rajagobal secara peribadi, sepertimana ‘N’ tidak pernah mengaku mengenali Tan Sri Annuar Musa secara peribadi.

Namun ini tidak bermakna ‘N’ tiada suara dalam bolasepak Malaysia. Bahkan suara ‘N’ ialah suara yang paling lantang: suara berjuta-juta individu marhaen seperti beliau yang mendukung bolasepak Malaysia.

Walau bagaimanapun, ‘N’ diingatkan oleh bapanya betapa suara yang paling kuat bukan semestinya suara yang paling tepat.

A PERSON is smart. PEOPLE are dumb, panicky dangerous animals and you know it” kata bapa ‘N’ memetik filem Men In Black, walau sepatahpun tidak difahami oleh ‘N’.

A PERSON is smart. PEOPLE are dumb, panicky dangerous animals and you know it.

Bapa ‘N’ akan memastikan beliau faham bahawa tiada pihak yang boleh dicop hitam legam, dan tiada pihak yang layak mengaku putih belaka. Sifat itu telah diangkat dari dunia lebih 1300 tahun dahulu. Mudahlah hidup jika yang mana putih dan yang mana hitam itu ketara dan jelas, semudah soalan-soalan objektif UPSR. Namun realiti itu hakikatnya lebih kekelabuan seperti soalan-soalan SPM yang subjektif.

Subjektif sepertimana pandangan berjuta-juta orang penyokong marhaen seperti ‘N’. Bapa ‘N’ menambah bahawa pandangan subjektif itu, adalah bersandarkan kepada perspektif dan ekspresi individu. Ini menjadikan tahap kebenarannya tidak terlalu berbeza daripada balingan dadu seorang bookie Euro 2012: kadangkala tepat, kadangkala tidak. Manakala pandangan objektif lebih menyerupai pendapat Paul Si Sotong Kurita; ia sentiasa tepat. Ini mungkin kerana Paul, seperti sotong-sotong kurita yang lain, tidak memiliki emosi dan perasaan; maka ia membuat keputusan bersandarkan kepada warna dan bentuk sesuatu objek: fakta-fakta, yang tidak dicemari sentimen. Fakta-fakta seperti:

1. Datuk ialah satu-satunya jurulatih yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas untuk acara bolasepak Sukan SEA.

2. Datuk ialah satu-satunya jurulatih dalam sejarah negara yang pernah memenangi Piala AFF.

3. Datuk ialah satu-satunya jurulatih dalam sejarah Piala AFF yang pernah mengemudi pasukannya menjadi juara walaupun tewas dua kali kepada naib juara.

4. Datuk pernah berkata I’ve done crazy things before.

5. Datuk menyalahkan penyertaan dalam Sukan Asia selain tempoh penamaan skuad Piala AFF 2010 yang ditutup sebelum Sukan Asia bermula, sebagai penyebab mengapa ada pemain-pemain cedera yang masih dinamakan ke dalam latihan skuad. Walhal kemudian Datuk boleh pula mendaftarkan skuad Piala AFF 7 hari selepas menyaksikan sendiri Zamani dan Fakri cedera di Sukan Asia.

What reasons?????!!! – Gambar daripada guardian.co.uk.

6. Datuk lebih cenderung memanggil sekumpulan pemain-pemain cedera (Zamani – lutut kiri; Baddrol – lutut kiri; Azmi Muslim – hamstring; Nasriq – buku lali) walaupun mustahil untuk mereka sempat pulih sebelum Piala AFF bermula; daripada memanggil dan melatih pemain-pemain lain yang benar-benar sihat.

7. Datuk memanggil enam pemain (Indra Putra, Fandi Othman, Halim Zainal, Shukur Jusoh, Thamil Arasu, S. Chanturu) ke dalam latihan skuad pada 22 November 2010 tetapi kemudian menggugurkan mereka; sebaliknya menyenaraikan Amri dan Razman, yang Datuk tidak panggil untuk latihan, hanya 2 hari sebelum berlepas ke Jakarta pada Piala AFF 2010.

Relax – Azraai Khor

8. Datuk menurunkan Amri dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di Jakarta hanya 4 hari selepas beliau dimasukkan ke dalam skuad.

9. Datuk menurunkan Fakri Saarani, yang menjaringkan hanya 2 gol sepanjang musim Liga Super 2011, dalam kesebelasan utama perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura – di tempat lawan.

10. Datuk menurunkan Ismail Faruqi Asha’ri yang tidak pernah mewakili pasukan negara dalam kesebelasan utama perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura – di tempat lawan.

1. Tan Sri telah membangunkan pasukan Kelantan sehingga menjadi juara Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah.

2. Tan Sri telah membangunkan pasukan Kelantan sehingga menjadi juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah.

3. Tan Sri telah membangunkan pasukan Kelantan sehingga menjadi juara Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.

4. Tan Sri bersama-sama Stuart Ramalingam (CEO MSL Sdn. Bhd.) bertanggungjawab mendapatkan tajaan RM120 juta untuk liga bolasepak Malaysia.

5. Tan Sri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Safee Sali, warga Asia yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Super Indonesia, sebagai bermain dalam “LIGA TAK SAH” dan “TERCUNGAP CUNGAP”.

Tercungap cungap

6. Tan Sri telah mengeluarkan kenyataan bahawa menonton perlawanan pasukan kebangsaan Malaysia menentang Filipina sebagai “TAK BEST”.

Tak best

Inilah hamparan fakta-fakta unbiased dan impartial yang perlu dicerna oleh ‘N’ dan kemudian diterjemahkan menjadi pendapat peribadinya. Pendapat ‘N’ sudah pasti memiliki sedikit sebanyak perbezaan dengan pendapat berjuta-juta lagi penyokong marhaen yang lain. Pendapat ‘N’ sudah pasti memiliki sedikit sebanyak perbezaan dengan pendapat Datuk K. Rajagobal. Pendapat ‘N’ sudah pasti memiliki sedikit sebanyak perbezaan dengan pendapat Tan Sri Annuar Musa.

Namun apa yang penting pendapat ‘N’ itu ialah pendapat yang ditentukan oleh beliau sendiri. Bukan ditentukan oleh orang lain.

Pendapat ‘N’ bukan sekadar pendapat seorang marhaen. Pendapat ‘N’ ialah pendapat seorang marhaen yang merdeka.

Kini, ‘N’ boleh tidur dengan lena.

‘N’, bersama beribu-ribu lagi anak-anak kecil yang menyokong bolasepak Malaysia, ialah sebab sebenar mengapa setiap individu yang terlibat dengan pasukan kebangsaan Malaysia – pemain, jurulatih, pengurus, pegawai – patut berusaha bermati-matian bagi mencapai kemenangan untuk tanah tumpah darah mereka. ‘N’, bersama berjuta-juta penyokong marhaen lain memberi validasi kepada titik peluh mereka, memberi erti kepada perjuangan mereka: tidak ubah sepertimana ‘N’ memberi erti kepada penat lelah bapanya.

Sebesar manapun pengaruh individu-individu yang terlibat dengan pasukan kebangsaan ini, mereka perlu sedar bahawa mereka masih seorang individu: dan tiada individu yang lebih besar daripada pasukan.

No one is bigger than the team.

Bapa ‘N’ kemudian teringat SMS penuh emosi dan sentimen yang pernah dihantar kepada seorang sahabat beliau yang disegani:

“Arwah Dato Basri kena jugak dulu, tapi TSAM kritik tak sebut nama sapa pun, tak patut langsung sampai mcm tu. Ntah aku rasa cam nak boikot aje.”

Jawab sahabat yang disegani itu, secara objektif:

“kalau nak boikot buat betul2.itu aje caranya.x pun pilih padang wat demo.” 17:17, Apr 5

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: