Adakah Annuar Musa Boleh Digantung Menurut Undang-Undang FIFA?

tsam

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa telah digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 5 April 2012.

Menurut kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Dato’ Taufik Abdul Razak, Tan Sri Annuar Musa telah digantung kerana didapati bersalah membuat kenyataan akhbar mengenai pasukan bolasepak kebangsaan yang melanggar Artikel 88, Statut FAM.

Artikel 88 – Sumbangan kepada Akhbar

Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).

Selain itu, beliau juga telah didapati bersalah “melanggar titah” Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media.

Sememangnya Artikel 88 ini ialah peraturan yang agak unik kepada FAM. Namun bagaimana pula dengan peraturan badan induk yang berada di atas FAM, iaitu FIFA?

Merujuk kepada Artikel 22, FIFA Disciplinary Code (Kod Disiplin FIFA), seseorang individu sememangnya boleh dilarang daripada mengambil bahagian dalam apa-apa jenis aktiviti berkaitan bolasepak:

22 Ban on taking part in any football-related activity
A person may be banned from taking part in any kind of football-related activity (administrative, sports or any other).
[22 Larangan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berkaitan bolasepak
Seseorang boleh dilarang daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berkaitan bolasepak (pentadbiran, sukan atau apa-apa yang lain).]

Artikel 22 ini terletak di bawah Seksyen 2, Kod Disiplin FIFA yang menyenaraikan Langkah-langkah Disiplin (Disciplinary measures), manakala Seksyen 2 ini pula telah diletakkan di bawah Judul Pertama. Undang-undang Substantif (First Title. Substantive Law).

Namun begitu, jika diteliti dengan lebih terperinci, Artikel 2 Kod Disiplin FIFA ada menjelaskan apakah skop aplikasi undang-undang substantif ini. Menurut Artikel 2, kod ini (Kod Disiplin FIFA) hanya boleh diaplikasi untuk perlawanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA. Di luar lingkungan skop ini, kod ini juga boleh diaplikasi sekiranya seorang pegawai perlawanan dimudaratkan, objektif berkanun FIFA dilanggar, terutama berkaitan pemalsuan, korupsi dan penggunaan dadah.

2 Scope of application: substantive law
This code applies to every match and competition organised by FIFA. Beyond this scope, it also applies if a match official is harmed and, more generally, if the statutory objectives of FIFA are breached, especially with regard to forgery, corruption and doping. It also applies to any breach of FIFA regulations that does not fall under the jurisdiction of any other body.

Isunya sekarang ialah:

1. Adakah Tan Sri Annuar Musa telah melakukan kesalahan memudaratkan mana-mana pegawai perlawanan, melanggar objektif berkanun FIFA, melakukan pemalsuan, korupsi atau menggunakan dadah? Jika tidak, maka bukankah kesalahan yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa berada di luar skop Kod Disiplin FIFA?

2. Malah jikapun sekiranya beliau memang melakukan kesalahan di dalam skop Kod Disiplin FIFA, adakah perlantikan beliau ke dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara secara keseluruhannya melibatkan perlawanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA?

3. Adakah kuasa yang dimiliki FAM telah melangkaui ruang lingkup kuasa yang dimiliki badan induknya sendiri, iaitu FIFA?

Advertisements

~ oleh Rimau XI di November 23, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: