Tukar Format Liga Super: Siapa Yang Dungu Sekarang?

SAINGAN Liga Super musim depan bukan hanya menjanjikan saingan sengit merebut mahkota kejuaraan yang menawarkan ganjaran lumayan malah lebih mendebarkan apabila semua pasukan terpaksa berkerja keras untuk kekal dalam kelompok liga elit itu berikutan format baru 2013 menyaksikan hanya 12 pasukan yang akan bertanding.

Malah tampak sukar buat pasukan tempatan apabila daripada 14 pasukan yang bertanding pada musim 2012, pasukan yang membuat penampilan pertama selepas 17 tahun menyepi, Singapura Lions XII dikecualikan daripada penyingkiran.

Dengan pasukan tercorot akan automatik tersingkir ke Liga Perdana, pasukan di tangga ke-10, 11 dan 12 akan bermain dalam perlawanan play off bersama pasukan di tangga kedua Liga Perdana untuk mencari tempat dalam Liga Super.

Sementara satu lagi slot Liga Super kekal menjadi milik juara Liga Perdana.

Harian Metro

Disember 2011: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Hamidin Mohd. Amin telah mengumumkan keputusan untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam Liga Super daripada 14 kepada 12 pasukan.

Mei 2006: Peminat sudah awal-awal desak FAM untuk jangan tambah bilangan pasukan kepada 14!

Rencana ini yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, malangnya tidak diambil peduli oleh ‘pembesar-pembesar’ yang menghuni tampuk kekuasaan FAM. Seperti biasa, mungkin FAM menganggap peminat-peminat bolasepak di Malaysia ini dungu dan hanya layak diabaikan semudah menyebut ayat “Kau sepak bola pun tak reti!”. Mereka langsung meneruskan sahaja rancangan bijak mereka untuk menambah bilangan pasukan dalam Liga Super daripada 8 kepada 14 pasukan: satu pertambahan bilangan sebanyak 75%!

Kini, pada bulan Disember tahun 2011, FAM terpaksa ‘menjilat balik kahak yang telah diludah’ dan mahu pula melaksanakan satu perkara yang telah disarankan oleh peminat-peminat bolasepak Malaysia sejak lebih 5 tahun yang lampau. FAM, insan-insan yang kononnya berpengalaman luas menyepak bola sebagai kerjaya, hidup dalam satu zaman yang sekurang-kurangnya 5 tahun lebih kuno daripada lain-lain peminat bolasepak Malaysia yang berpengalaman luas dalam segala kerjaya profesional selain menyepak bola.

Jadi, siapa yang dungu sekarang, wahai FAM? [Kembali ke Laman Utama]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: