Pra-Piala AFF 2012: Joker In The Pack

Orang Malaysia ini, mereka suka gaduh sama sendiri.

Tapi kuat manapun mereka gaduh sama sendiri, tak boleh lawan gaya orang Thai gaduh sama sendiri. Orang Thai gaduh dia bawa kereta kebal masuk Bangkok. Orang kita habis kuatpun pecahkan Waja saja.

Pecahkan Waja? K.

Lagi satu sifat orang Malaysia ini, dia suka benda-benda yang bunyi eksotik. Kalau cari bomoh dia tak mahu cari yang tempatan. Mahu cari bomoh Siam, lagi ‘power’. Walhal orang Siam cari bomoh Kemboja, macam dalam filem Long Khong. Orang Kemboja pula kena cari bomoh Chinalah agaknya. Orang China cari bomoh Kutub Utara.

Bomoh Siam? K.

Bila orang Malaysia suka benda-benda yang bunyi eksotik, maka mereka minatpun pemain bolasepak yang memiliki nama eksotik. Kalau tak percaya, tengok sahaja masa Euro 2012 nanti. Ramai warganegara Jerman berkulit sawo matang akan pergi ke mamak-mamak berhampiran anda nanti. Kalau dahulu di Bangsar, siap cat muka lagi.

Kalau di peringkat Asia Tenggara, bila dengar sahaja pasukan Filipina akan turunkan sembilan pemain berpangkalan di Eropah, wah, bukan main cerita lagi. Tiba-tiba macam Filipina itu sudah jadi kuasa besar bolasepak Asia Tenggara. Walhal belum menang satu habukpun. Vietnam pernah jadi juara tak pernah pula dapat liputan sebegini meluas.

Begitu juga Thailand. Thailand: juara tiga kali Piala AFF, naib juara dua kali Piala AFF. Malaysia sudah berapa kali juara? Sekali. Naib juara? Sekali.

Dalam keghairahan memperkatakan betapa Indonesia, Singapura dan Filipina sudah menaturalisasi berbelas-belas pemain asing, mungkin kita sudah terlepas pandang Thailand. Thailand ialah kuasa bolasepak sebenar Asia Tenggara. Thailand tidak pernah lemah.

Semasa kita menang Piala AFF 2010, kita tidak menang bila lawan Thailand. Indonesia menangpun dengan dua penalti. Di stadium sendiri. Lawan Thailand yang bermain dengan 10 orang.

Juara. Jap… kita menang ke lawan Thailand?

Kita mampu mendabik dada sebagai raja Asia Tenggara di peringkat Sukan SEA dan Piala AFF sekarang. Tetapi bagaimana pula di peringkat luar Asia Tenggara? Tatkala Indonesia dan Singapura dengan angkatan-angkatan Mat Celop mereka tumpas kesemua perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia, Thailand ialah satu-satunya wakil Asia Tenggara yang mampu mencatat kemenangan: 3-0 ke atas Oman, pasukan yang akhirnya layak daripada kumpulan D. Pasukan lain yang layak ialah Australia, satu-satunya pasukan yang berjaya menumpaskan Thailand home dan away. Itupun menang 1-0 dan 2-1 sahaja. Satu lagi pasukan di dalam kumpulan Thailand ialah Arab Saudi yang dibimbing Frank Rijkaard. Arab Saudi berjaya diikat 0-0 oleh Thailand.

Kita lawan Australia kena titik kaw-kaw 5-0.

Kings of Southeast Asia? K.

Mungkin Thailand sudah belajar daripada kesilapan terpengaruh dengan nama-nama eksotik seperti Bryan Robson. Kini Thailand tidak hairan dengan Australia. Thailand idak hairan lagi dengan nama seperti Frank Rijkaard.

Nama-nama eksotik hanyalah nama: tidak ubah seperti jenama-jenama Louis Vuitton dan Lacoste yang dicetak rompak di Thailand. Barangan-barangan cetak rompak ini sentiasa memiliki pelanggan di kalangan khalayak pemuja jenama di Malaysia. Yang beli ialah pemuja jenama Malaysia, yang kayanya orang Thailand.

Louis Vuitton atas sampan. Gambar daripada Barbara Hollweg.

Dan pada Piala AFF 2012 nanti, ketika Indonesia, Filipina dan Singapura sibuk memperagakan warga-warga celup lagi eksotik mereka, Thailand akan bersiap siaga secara senyap-senyap. Apabila permainan bermula, barulah Thailand akan menunjukkan ‘kad’ yang disimpannya.

Bacary Sagna menyifatkan teman sepasukannya di Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain boleh menjadi “joker in the pack” bagi England di Euro 2012.

Di Piala AFF 2012, gelaran “joker in the pack” ialah milik Thailand. [Kembali ke Laman Utama]

Four aces. ONE JOKER. Flush.

Advertisements

2 Respons to “Pra-Piala AFF 2012: Joker In The Pack”

  1. team aff thai yg lepas bukan 1st team pun. 1st team dorang fokus kelayakan world cup.

    • WCQ ke atau tak silap Sukan Asia Guangzhou, pasal seingat aku Malaysia eliminated awal tapi Thailand went past the group stage. Rasa macam teringat ada tengok muka Bryan Robson kat TV.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: