Kelayakan Piala Dunia 2010: Profail Bahrain

Bahrain

Pencapaian:
Tempat Ke-4, Piala Asia 2004
Tewas kepada Trinidad & Tobago (agregat 1-2), kelayakan Piala Dunia 2006

Barisan Kemungkinan:
Penjaga Gol: Abdul Rahman Ahmed

Pertahanan:
Mohamed Hussain, Salman Isa, Sayed Mohamed Adnan Sayed Husain, Abdulla Marzooqi

Tengah:
Sayed Mahmood Jalal, Rashed Al Doseri, Faouzi Aaish, Mohamed Hubail

Penyerang:
A’ala Hubail, Jaycee John Okwunwanne

Simpanan:
Mahmood Abdul Rahman, Abdulla Omar, Abdulla Baba Fatadi

Kekuatan Bahrain:
1. Jaycee John Okwunwanne
Penyerang kelahiran Nigeria.

Meledakkan hattrick ketika Bahrain menewaskan Singapura 3-1 pada satu perlawanan persahabatan di Manama, 4 Oktober lepas.

Berjaya dikekang oleh pertahanan Indonesia ketika mereka menang ke atas Bahrain 2-1 di Piala Asia. Jaycee kemudiannya hanya diletakkan di bangku simpanan pada dua perlawanan berikutnya.

2. Salman Isa
Bermain sebagai wingback, namun boleh juga berfungsi sebagai winger malah pernah beraksi sebagai penyerang bagi kelab Bahrain, Al Riffa.

Beliau kemudiannya menjaringkan 15 gol untuk menjadi penjaring terbanyak liga, sekaligus membantu kelabnya menjadi juara liga musim 2004/2005 dan Piala Putera Mahkota Bahrain.

Dikenali sebagai ‘Al Janah Al Taer’ atau ‘sayap terbang’ oleh para penyokong kelab Al Riffa. Berhati-hati terhadap hantaran lintang dan throughball beliau.

Kelemahan Bahrain:
1. Pertahanan Kanan
Pertahanan bahagian kanan Bahrain dilihat sebagai bahagian yang paling lemah dan mudah ditembusi.

Ketika Bahrain tewas 0-4 kepada Arab Saudi di Piala Asia, penyerang Saudi, Malek Maaz, beberapa kali mengkucar-kacirkan pertahanan kanan Bahrain dan berhasil meledakkan tendangan padu daripada bahagian itu pada minit ke 15.

Malah, gol kedua Saudi lahir daripada cross rendah Malek Maaz, juga dari bahagian kanan pertahanan Bahrain.

Pertahanan kanan Bahrain ditembusi lagi apabila Omar Al Ghamdi menghantar bola dari bahagian itu kepada Taiseer Al Jassam untuk menjaringkan gol ketiga Saudi.

2. Abdulla Marzooqi
Pemain pertahanan ini sering membuat kesilapan.

Pada perlawanan Piala Asia menentang Arab Saudi, gol sulung Saudi dijaringkan selepas Abdulla Marzooqi tergelincir di dalam kotak penalti.

Abdulla juga bertanggungjawab menghadiahkan penalti ketika perlawanan persahabatan menentang Singapura apabila mengkasari John Wilkinson.

Abdulla Marzooqi adalah pengambil sepakan percuma bagi pasukan Bahrain dari kawasan mereka.

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


Satu Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Profail Bahrain”

  1. swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt swt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: