FAM, Jangan Jadikan Bolasepak Kerjaya Dibenci

Kegagalan pasukan bolasepak Malaysia di Sukan Asia adalah berpunca daripada kelemahan para pemain kita. Tidak dinafikan bahawa tanggungjawab untuk mengasah kemahiran dan stamina, memperkuat fizikal dengan senaman dan diet yang betul, serta menambah kefahaman tentang strategi dan taktik; selain terletak di atas bahu jurulatih-jurulatih yang digaji, adalah juga perlu digalas oleh para pemain sendiri.

Namun begitu, FAM juga tidak boleh selama-lamanya memencilkan diri daripada tanggungjawabnya sebagai satu-satunya badan pentadbir bolasepak negara. Adalah juga menjadi kewajipan FAM untuk mengenalpasti sebab-sebab mengapa negara kini ketandusan bakat-bakat yang boleh bersaing di peringkat dunia.

Salah satu sebab utama yang mengakibatkan perkara ini berlaku adalah kegagalan bolasepak untuk menarik bakat-bakat berpotensi bagi menceburi kerjaya sebagai pemain. Kehilangan daya tarikan ini tampak seiring dengan perlaksanaan liga profesional.

Pemain-pemain berstatus profesional tidak dibenarkan untuk memegang jawatan lain selain sebagai pemain bolasepak, dan tidak boleh mempunyai majikan lain selain pasukan yang mereka wakili. Ketika liga profesional ini mula-mula ditubuhkan, pasukan Sabah yang ketika itu mendahului liga, pernah diancam untuk dipotong mata kerana menurunkan Madzelan Emoi, seorang pemain yang juga bekerja sebagai anggota polis.

Mungkin daripada perspektif bolasepak, adalah lebih baik untuk memegang hanya satu jawatan sebagai pemain kerana tumpuan boleh diberikan bagi memajukan diri dalam sukan. Namun pergantungan sepenuhnya kepada satu majikan adalah risiko yang besar, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira masalah tunggakan gaji yang sentiasa membelenggu pasukan-pasukan negeri.

Gaji yang berbayar, kerjaya yang stabil dan insentif kebajikan adalah tiga perkara asas yang malah boleh dinikmati oleh seorang operator pengeluaran kilang. Mungkin kita melihat pemain dari Afrika juga tidak pernah menikmati perkara ini, tetapi di sana, peluang kerja, malah sebagai operator pengeluaran sekalipun, adalah amat terhad. Keadaan yang sama juga berlaku di Amerika Selatan malah di United Kingdom, di mana kadar pengangguran mencecah 1.71 juta orang. Jikapun terdapat peluang kerja, adalah lebih baik untuk bermain bolasepak kerana gaji mingguannya sahaja boleh mencecah RM600 ribu ringgit. Bekas pemain Leeds United, David Wetherall, malah sanggup menghuni bangku simpanan walaupun mempunyai ijazah dalam bidang kimia.

Ketiga-tiga perkara asas ini juga dinikmati oleh para pemain ketika zaman kegemilangan bolasepak Malaysia. Pada era tersebut, mereka mempunyai kerjaya sebagai kerani, polis dan sebagainya tetapi seronok berlumba-lumba untuk menceburi bidang sukan bagi diberi kelepasan daripada menjalankan tugas-tugas di meja. Inilah juga yang sebenarnya diharapkan oleh para pemain masa kini. Mereka bukan tamakkan habuan tanah mahupun gaji bulanan, kerana mereka semua sudah masak dengan janji-janji yang hanya tinggal janji.

Bagaimanakah kerjaya pendek yang ‘menawarkan’ gaji tertunggak, prospek menghabiskan zaman persaraan yang malap, karier yang pendek dan penuh risiko boleh menarik bakat-bakat bertaraf dunia? Ini ditambah pula dengan ciri-ciri bolasepak sebagai sukan berpasukan yang menuntut komitmen kesemua 11 pemain untuk tidak gagal. Tidak hairanlah jika ibubapa seorang pemain berpotensi mungkin lebih mendorong anak mereka untuk menceburi sukan individu.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan, negara akan terus-menerus kehilangan bakat-bakat terbaik dalam bolasepak. Saya memuji usaha FAM untuk menaikkan bolasepak Malaysia ke tahap yang baru dengan menubuhkan liga profesional. Malangnya, realiti telah membuktikan betapa konsep sedemikian tidak sesuai diamalkan di negara ini.

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


2 Respons to “FAM, Jangan Jadikan Bolasepak Kerjaya Dibenci”

  1. bagus…..
    cantik sekali….
    dah anta kat fam tak?
    apa kata semua pembaca anta eml kandungan nie kat fam…baru dia org sedar..tapi dgn kebenaran tuan punya blog nie….hehehehe….hey kwn…..join kami org kat harimaumalaya.com

  2. penyokong perlu bersatu untuk membangunkan FAM yg lena tidur..

    perhebatkan sokongan.
    satukan sokongan.
    bila bersatu kita mampu merubah sesuatu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: