The Big Short Goreng Pisang

•Mac 9, 2016 • Tinggalkan Komen

bigshort

Ini ialah suatu kisah yang tidak mungkin akan diceritakan oleh pihak media yang berkepentingan.

Pada Januari 2014, liga baseball profesional Taiwan, CPBL, telah menandatangani perjanjian berkaitan hak penyiaran yang paling lumayan dalam sejarah mereka. Perjanjian tersebut menjamin pendapatan sebanyak kira-kira 357 juta dolar Taiwan setahun, berbanding 172 juta dolar Taiwan yang dibayar penyiar sebelum ini, Videoland Inc. Ia ditandatangani dengan MP & Silva.

Pada Januari 2015, FAM telah menandatangani perjanjian berkaitan hak penyiaran yang paling lumayan dalam sejarah mereka. Perjanjian tersebut menjamin pendapatan sebanyak RM70 juta setahun, berbanding RM30 juta yang dibayar penyiar sebelum ini, Astro. Ia juga ditandatangani dengan MP & Silva. [Seterusnya]

Adakah Annuar Musa Boleh Digantung Menurut Undang-Undang FIFA?

•November 23, 2013 • Tinggalkan Komen

tsam

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa telah digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 5 April 2012.

Menurut kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Dato’ Taufik Abdul Razak, Tan Sri Annuar Musa telah digantung kerana didapati bersalah membuat kenyataan akhbar mengenai pasukan bolasepak kebangsaan yang melanggar Artikel 88, Statut FAM.

Artikel 88 – Sumbangan kepada Akhbar

Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).

Selain itu, beliau juga telah didapati bersalah “melanggar titah” Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media.

Sememangnya Artikel 88 ini ialah peraturan yang agak unik kepada FAM. Namun bagaimana pula dengan peraturan badan induk yang berada di atas FAM, iaitu FIFA?

Merujuk kepada Artikel 22, FIFA Disciplinary Code (Kod Disiplin FIFA), seseorang individu sememangnya boleh dilarang daripada mengambil bahagian dalam apa-apa jenis aktiviti berkaitan bolasepak:

22 Ban on taking part in any football-related activity
A person may be banned from taking part in any kind of football-related activity (administrative, sports or any other).
[22 Larangan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berkaitan bolasepak
Seseorang boleh dilarang daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berkaitan bolasepak (pentadbiran, sukan atau apa-apa yang lain).]

Artikel 22 ini terletak di bawah Seksyen 2, Kod Disiplin FIFA yang menyenaraikan Langkah-langkah Disiplin (Disciplinary measures), manakala Seksyen 2 ini pula telah diletakkan di bawah Judul Pertama. Undang-undang Substantif (First Title. Substantive Law).

Namun begitu, jika diteliti dengan lebih terperinci, Artikel 2 Kod Disiplin FIFA ada menjelaskan apakah skop aplikasi undang-undang substantif ini. Menurut Artikel 2, kod ini (Kod Disiplin FIFA) hanya boleh diaplikasi untuk perlawanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA. Di luar lingkungan skop ini, kod ini juga boleh diaplikasi sekiranya seorang pegawai perlawanan dimudaratkan, objektif berkanun FIFA dilanggar, terutama berkaitan pemalsuan, korupsi dan penggunaan dadah.

2 Scope of application: substantive law
This code applies to every match and competition organised by FIFA. Beyond this scope, it also applies if a match official is harmed and, more generally, if the statutory objectives of FIFA are breached, especially with regard to forgery, corruption and doping. It also applies to any breach of FIFA regulations that does not fall under the jurisdiction of any other body.

Isunya sekarang ialah:

1. Adakah Tan Sri Annuar Musa telah melakukan kesalahan memudaratkan mana-mana pegawai perlawanan, melanggar objektif berkanun FIFA, melakukan pemalsuan, korupsi atau menggunakan dadah? Jika tidak, maka bukankah kesalahan yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa berada di luar skop Kod Disiplin FIFA?

2. Malah jikapun sekiranya beliau memang melakukan kesalahan di dalam skop Kod Disiplin FIFA, adakah perlantikan beliau ke dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara secara keseluruhannya melibatkan perlawanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA?

3. Adakah kuasa yang dimiliki FAM telah melangkaui ruang lingkup kuasa yang dimiliki badan induknya sendiri, iaitu FIFA?

FAM: Apa Kata Mereka?

•November 21, 2013 • Tinggalkan Komen

utusan

Hujah bahawa peranan Raja secara langsung mampu menjana kewangan untuk persatuan sukan, bukan bermakna, tiada formula lain. Namun Raja bebas membuat pilihan termasuk mengambil risiko besar untuk terus terbabit dalam organisasi sukan. Tiada salahnya tetapi adalah lebih wajar ia dielakkan demi akhirnya menjaga imej institusi Raja-raja.
– Utusan Malaysia, 17 November 2013

kj

Jangan sampai saya dedahkan kenapa saya tak dapat buat banyak masa saya Timb Presiden FAM… Tengok nasib @AnnuarMusa juga.
– Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, 9 November 2013

Suara penyokong cukup jelas. Tak perlu saya tokok tambah. #sopan
– Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, 20 November 2013

Tetapi Jurulatih tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.Di atasnya ada lagi YG LEBIH BERKUASA DAN BERTANGGUNGJAWAB..yg punya keupayaan merancang dan MELAKSANAKAN pembangunan.Jika di lihat SEMUA PASUKAN ASEAN TERCOROT DI KUMPULAN MASING..TAPI Msia DI tempat ke3..ertinya tahap keseluruhan bolasepak Negara AFF adalah rendah dan semua negara2 ini punya acuan yg hampir sama..JUSTERU UTK MASA HADAPAN BERUBAHLAH…JIKA TIDAK SEKARANG BILA LAGI..
– Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA), 21 November 2013

Pemburuan Haram

•September 21, 2013 • Tinggalkan Komen
pemburuharam

Seorang pemburu haram berdiri megah sambil memijak bangkai mangsa buruannya.

Sekarang ini ramai yang sudah tahu berita mengenai Asraruddin Putra (kapten Selangor), Wak Am (naib kapten dan legenda Selangor), Mahali Jasuli dan Norazlan Razali yang dikhabarkan akan berpindah ke pasukan JDT musim hadapan. Wak Am juga dikhabarkan bakal mendapat gaji sebanyak RM1 juta setahun.

Itu rezeki beliau.

Perihal tindakan untuk merapati (approach) pemain pasukan lawan ketika musim masih berlangsung ini bukan satu benda yang baru. Mungkin Selangor juga pernah melakukan perkara yang sama. Ya, ia tidak beretika kerana kedua-dua pasukan, JDT dan Selangor, sedang bertanding dalam pertandingan yang sama (Piala Malaysia).

Ia satu taktik underhand. Satu sikap yang tidak gentleman. [Seterusnya]

#RIPChuaBoonHuat

•Ogos 1, 2013 • Tinggalkan Komen
hero

“Muncul juara Piala Asia lebih penting daripada duit raya RM7,500 ini” – Apek. Statesman. Hero. Patriot.

Penganjuran Perlawanan Pertunjukan Negara-Kelab Menurut Undang-Undang

•Julai 23, 2013 • 1 Komen
hasutan

Pakaian pasukan yang mewakili negara menggunakan bendera Malaysia, dan bukan logo FAM.

1. Penganjuran perlawanan pertunjukan (exhibition match) tidak membawa apa-apa manfaat kepada sukan bolasepak malah menafikan peluang pasukan bolasepak kebangsaan untuk meningkatkan kedudukan ‘ranking’ melalui perlawanan persahabatan kelas ‘A’.

Perbuatan ini telah menghindar pembangunan sukan bolasepak, dan perbuatan ‘menghindar pembangunan sukan’ bolasepak boleh mengakibatkan pembatalan atau penggantungan pendaftaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Seksyen 20(1)(3), Akta Pembangunan Sukan 1997:

Pesuruhjaya boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan ituβ€”
(e) menghindar pembangunan sukan tertentu itu dan demi kepentingan awam pendaftarannya patut dibatalkan atau digantung;

2. Perbuatan menggunakan bendera Malaysia pada pakaian pasukan yang mewakili negara untuk melawan sebuah pasukan bertaraf kelab merupakan satu “kecenderungan menghasut”.

Menurut Seksyen 3(1)(a), Akta Hasutan 1948:

Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan-
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

Penghinaan terhadap Raja atau Kerajaan merupakan “kecenderungan menghasut”, dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a), Akta Hasutan 1948:

Mana-mana orang yang-
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;

Jika disabitkan, pesalah kali pertama boleh dijatuhkan hukuman maksimum RM5,000 ringgit atau penjara selama 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

tiadabendera

Pasukan Indonesia XI tidak mengenakan pakaian yang menggunakan apa-apa bendera atau lambang negara mereka ketika menentang Liverpool.

Kena Game

•Disember 23, 2012 • Tinggalkan Komen

Sudahlah para pemain Malaysia tidak pandai bermain licik, malah begitu jelas kelihatan sama sekali tidak bersedia untuk menghadapi pasukan yang bermain licik. Lihat sahaja Fadhli Shas yang tercarut-carut apabila disiku Datsakorn. Lihat sahaja Mat Yo yang bersilat-silat apabila dirempuh 3 orang peninju Thailand. Apa yang Mat Yo dapat? Fair Play Trophy? [Seterusnya]

 
%d bloggers like this: