Sukan SEA 2011: Bagaimana Menjadi Penyokong Bolasepak Yang Pathetic

REBECCA: This is so bad it's almost good. ENID: This is so bad it's gone past good and back to bad again.

1. MALU

Pasukan bolasepak Scotland tidak layak ke Piala Dunia pada tahun 1994, 2002, 2006 dan edisi terkini: 2010. Mereka layak pada tahun 1998: tetapi tidak menang walau satupun perlawanan.

Bukan sahaja mereka tidak layak ke Piala Dunia, malah mereka tidak layakpun ke Kejohanan Eropah, sejak tahun 2000, 2004, 2008 sehinggalah ke edisi akan datang: 2012.

Daripada segi bolasepak: mereka adalah epic fail.

Tetapi daripada segi SOKONGAN terhadap bolasepak: mereka adalah epic victory.

Penyokong-penyokong Scotland yang lebih dikenali dengan panggilan manja Tartan Army, sentiasa beramai-ramai menyanyi dan menjulang pasukan bolasepak mereka tidak kira apa jua keputusan perlawanan.

Tartan Army ialah contoh penyokong bolasepak ulung. Untuk menjadi penyokong bolasepak yang pathetic, anda perlu menjadi antithesis kepada mereka.

Kalah? Tiada masalah. Kena kutuk? Peduli apa.

Bukan sahaja ‘pekak’, malah Tartan Army ini juga, yang rata-rata merupakan jantan, tidak segan silu untuk memakai skirt (OKlah, ia sebenarnya pakaian tradisional Scotland yang dipanggil ‘kilt‘. Tapi skirt, tetap skirt). Jantan Malaysia berani pakai kain pelikat ke stadium?

Mereka ini penyokong bolasepak yang ulung. Jadi, untuk menjadi penyokong bolasepak yang pathetic, anda perlu menjadi antithesis kepada Tartan Army.

Setiap kali Malaysia menang, anda perlu menjadi malu-malu untuk bersorak. Anda wajib segan-silu, tersipu-sipu, berbisik-bisik, terkumat-kamit dan mengomel-ngomel seolah-olah tidak puas hati. Pastikan anda langsung sama sekali tidak disaksikan enjoy kemenangan tersebut. Anda perlu nampak depresif dan tertekan. Semuanya kerana anda takut jika anda dilihat enjoy kemenangan ini, nanti jika Malaysia kalah pula di kemudian hari, anda akan dimaki dan dicaci seolah-olah anda Penarek Becha yang memiliki Ibu Mertuaku. Ingat: perkara ini wajib dilaksanakan ketika Malaysia menang, biarpun Malaysia hanya menang sedikit sahaja perlawanan sepanjang sejarah mereka. Kalah itu salah. Seri itu salah. Ya, menang juga harus menjadi satu kesalahan mandatori yang keji lagi mengaibkan.

2. MINAT YANG LEBIH KEPADA POP CULTURE

Anda suka Apek. Anda tahu bahawa Apek telah clash dengan Jejari Runcing, dan sekarang bersama Dahlia. Anda cintakan Ronaldo. Bukan Ronaldo gemuk, tapi Ronaldo kurus. Anda tahu Ronaldo pernah dating dengan Paris Hilton. Anda minat Beckham. Anda arif bahawa Beckham telah berkahwin dengan Victoria, bekas ahli kumpulan Spice Girls yang dikenali sebagai Posh Spice. Anda sayang Liverpool. Anda pernah pergi Anfield. Anda kenal semua player Liverpool, termasuklah Jamie Redknapp, David James, Robbie Fowler, Stan Collymore, Jason McAteer dan Phil Babb yang dikenali sebagai Spice Boys.

Spice Boys

Anda adalah peminat pop culture.

Anda tidak tahu bahawa Apek ialah shot stopper terbaik Malaysia. Anda tidak tahu bahawa Ronaldo suka scoop bola ke atas kaki lawan. Anda tidak tahu bahawa Beckham tidak dikenali dengan kemahiran menggelecek, tetapi semangatnya yang tidak kenal penat lelah dan berlatih walau sesi latihan tamat. Anda pernah pergi ke Anfield, tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam yang berada beberapa kilometer daripada rumah anda. Anda tidak kenal siapa itu Wak Am dan anda tidak mahu kenal kerana bunyi nama itu langsung tidak eksotik seperti Wesley Sneijder. Bila orang berbicara tentang bolasepak tempatan anda hanya berzikir “dulu zaman Mokhtar Dahari, Chin Aun…”, “dulu zaman Mokhtar Dahari, Chin Aun…”, “dulu zaman Mokhtar Dahari, Chin Aun…”, walau anda lahir selepas arwah Mokhtar meninggal dunia.

Anda bukan penyokong bolasepak.

Anda adalah penyokong bolasepak yang pathetic. Syabas. [Bersambung]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: