Biar Jasa Jadi Kenangan

FAM: Lambang Organisasi Cacamarba

Para peminat bolasepak, seperti kita semua, memiliki kemampuan penaakulan bagi meringkaskan suatu situasi kompleks ke dalam bentuk dua angka: x – x.

QPR lawan Liverpool? 3 – 2. Liverpool lawan Wigan? 1 – 2. Newcastle lawan Liverpool? 2 – 0. Selangor lawan Terengganu? 6 – 1.

Ringkas.

Kalah penalti? Pengadil ‘kayu’? Jaringkan gol pakai tangan? Jaringkan gol pakai tendangan tonjol? Pakai perut? It does not matter. A win is a win, a draw is a draw, a loss is a loss. Kita boleh terima. Kita boleh rayu kad merah, tapi kita tak akan dapat balik 3 mata yang hilang. A tak boleh jadi B, sepertimana B tak boleh jadi Z. We are gentlemen, kita bukan pondan. Kita telah dididik daripada kecil oleh bapa-bapa kita untuk terima kenyataan. Terima kelemahan sendiri, dan perbaiki kelemahan itu. Kita boleh tabik lawan kita. Kita boleh terima kekuatan mereka, dan cari jalan untuk mengatasi kekuatan tersebut.

Sama seperti Gary Neville terpaksa menerima hakikat betapa diving atau berpura-pura cedera, hanya lebih sekadar salah satu budaya bolasepak global di kebanyakan negara selain England. “When are you going to learn?” sergah Eric Harrison, Brian Kidd dan Nobby Stiles terhadap Gary Neville. When are WE, Malaysian football supporters, going to learn?

Kita perlu belajar terima. Berani buat, berani tanggung. Kalau tak berani tanggung, tak payah buat. Jangan pula suruh orang lain tanggung. Jangan menyusahkan orang lain kalau diri sendiri yang lemah. Ingat: kita gentlemen.

Gambar daripada Kosmo!

Kita lihat apa yang Tan Sri Annuar Musa cakap:

“Secara terus-terang dan peribadi, saya merasakan prestasi (skuad negara) tidak menentu. Kadang-kadang kala alasan yang diberikan tidak boleh diterima oleh semua pihak seperti hendak mencuba. Bola sepak adalah perkara yang berjalan sepanjang masa dan tidak boleh mengatakan ia lakukan untuk tempoh empat tahun akan datang. Ia perlu disukat pada setiap masa dan kejohanan, siapa yang boleh menjamin empat tahun lagi kita akan menjadi lebih baik.”

Menurut Artikel 88, Statut FAM:

Artikel 88 – Sumbangan kepada Akhbar 

Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).

Tindakan Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro sama sekali bertentangan dengan Artikel 88 Statut FAM. Betul, kita terima. Dan Tan Sri Annuar Musa berani tanggung.

Namun cuba kita fikirkan, mengapa Tan Sri Annuar Musa begitu berani mahu menghebahkan pandangan beliau melalui saluran media massa, sedangkan beliau berhadapan risiko digantung sepertimana arwah Dato’ Basri Akil? Apakah tiada langsung ruang untuk orang nombor dua FAM itu sendiri bagi menyumbang idea dan pendapat semata-mata untuk memperbaiki persiapan pasukan bolasepak kebangsaan?

Melihat daripada gelagat FAM sendiri, ya memang betul. Memang tiada ruang langsungpun!

Masih ingatkah lagi isu lonjakan harga tiket final Piala Malaysia kepada RM50? Ini kita tidak boleh terima.

Fikirkan, Jawatankuasa Tiket dan Pintu (JKTP) dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM boleh melonjakkan harga tiket kepada RM50, walau tanpa pengetahuan orang nombor dua FAM. Memang Timbalan Presiden FAM tidak menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan, tapi kita bukan berbicara tentang orang nombor tiga, atau empat, atau orang nombor lima FAM sekarang ini. Kita berbicara tentang individu yang berada hanya setakuk di bawah Presiden FAM. Ini membuktikan jawatankuasa-jawatankuasa ini memiliki kuasa autonomi melebihi orang nombor dua FAM. Mereka adalah Napoleon kecil dalam FAM.

Malah, JKTP dan JKPT boleh pula memaklumkan kepada Tan Sri Annuar Musa, bahawa keputusan melonjakkan harga tiket itu dibuat dengan persetujuan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) (yang merupakan salah satu pasukan yang bertanding final), sedangkan Presiden PBNS yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sama sekali menafikannya! Ini bermakna maklumat yang diberitahu oleh JKTP dan JKPT itu ialah satu pembohongan secara terang-terangan terhadap Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM. Ini lagi satu perkara yang kita tidak boleh terima.

Jadi, apa sebenarnya kuasa yang dipegang oleh Timbalan Presiden FAM, kalau beliau tidak diberikan ruang untuk menyumbangkan pendapat dalam proses decision-making yang mampu mematikan langsung sokongan terhadap liga tempatan yang sudah sedia nazak?

Adakah Timbalan Presiden FAM hanya jawatan boneka tanpa apa-apa kuasa?

Biar Jasa Jadi Kenangan

Dalam keadaan cacamarba sebegini, sudah tentu adalah logik bagi individu yang memiliki pengaruh paling besar dalam FAM: iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM, untuk bertindak menjadi calming influence dan authority.

Walau bagaimanapun, peranan beliau dalam menyelesaikan situasi-situasi cacamarba dalam FAM adalah sangat minimal. FAM seakan-akan terbiar dan berkali-kali mengulangi fe’el yang akibatnya mengaibkan diri sendiri: lihat sahaja isu kesilapan surat pekeliling pendaftaran pemain asing. Memang kita tidak boleh terima.

Jasa DYMM Sultan Ahmad Shah yang telah banyak berkorban menyumbangkan wang sendiri atas perasaan sayang baginda terhadap bolasepak negara sememangnya telah menjadi legenda di kalangan peminat, terutamanya warga Pahang. Akan tetapi, harta kekayaan yang mampu disumbangkan oleh hanya seorang individu, mungkin tidak lagi memadai di era bolasepak moden ini. Tidak cukup. Gunung ditarahpun boleh rata.

Mungkin sudah tiba masanya untuk FAM bekerja dan bukan mengemis untuk wang. Bolasepak Malaysia perlu beralih hala tuju daripada bergantung harap terhadap sumbangan segelintir individu, kepada mengembalikan semula sumbangan penaja-penaja korporat. Pembangunan bidang pemasaran dan penajaan korporat, sepertimana yang diikhtiarkan oleh Tan Sri Annuar Musa menerusi jenama pasukan Kelantan, kini menjadi peneraju di kalangan mana-mana pasukan Liga Super.

happy prepaid, Yusmira, Sinar Harian, Masterskill, RW Plus Energy, Alhamra: Perlu diakui bahawa tiada pasukan tempatan lain yang mampu menandingi kebolehan Kelantan FA untuk menarik penaja korporat.

Bahkan, Tan Sri Annuar Musa telah membentuk Malaysia Super League Sdn. Bhd. yang baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab untuk setiap pasukan, dan tidak terhad kepada pasukan Kelantan sahaja. Apa sebenarnya sebab mengapa Tan Sri Annuar bersusah payah untuk membentuk sebuah syarikat seperti MSL Sdn. Bhd.? Adakah beliau merasakan tangan beliau terikat ketika bekerja di bawah naungan payung FAM, dan MSL Sdn. Bhd. menawarkan ruang yang lebih bebas untuk merealisasikan idea beliau?

MSL’s primary function is to raise sponsorship funds to further the interest of football in Malaysia. With a yearly season of over 1,000 scheduled matches, MSL has a solid platform for sponsors and advertisers to create brand awareness among the masses, particularly football lovers in the country.

MSL also acts as a marketing tool for the local football scene. Its aim is to create a great sense of pride and awareness of the sport, from the grassroots right up to the professional level.

Usaha keras Tan Sri Annuar kini sudah tentu sedikit sebanyak akan menerima kesan akibat hilangnya kedudukan beliau dalam FAM. Pembaharuan FAM akan kembali terbantut. FAM akan kembali ke takuk lama, berlagak hebat, malas bekerja dan sekadar menagih belas kasihan daripada Presidennya.

Tidak mengapalah Tan Sri. Peminat boleh fikir. Peminat boleh nilai.

Peminat tahu bezakan siapa yang banyak tabur jasa berbanding siapa yang banyak tabur air liur. Orang tak ingat siapa yang pegang jawatan, orang akan ingat jasa dia. Sepertimana ramai peminat bolasepak tempatan tidak kenal siapa pengurus Kedah sekarang, tetapi ramai yang masih ingat siapa Dato’ Basri Akil. Bak kata arwah Dato’ Basri:

“Biar jasa jadi kenangan.”

Individu-individu yang pernah digantung oleh FAM:

Gambar daripada The Star

Dato’ Paduka Basri Akil – Pengurus pasukan kebangsaan (emas Sukan SEA 1989), pasukan Kedah (juara Piala Malaysia 1990, 1993, juara Liga Bahagian 1 1993, juara Piala FA 1996)

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar – Pengurus pasukan Perak (juara Piala Malaysia 1998, 2000)

Gambar daripada Astro Arena

Wan Jamak Wan Hassan – Jurulatih pasukan Negeri Sembilan (juara Piala Malaysia 2009, juara Piala FA 2010)

Gambar daripada Sinar Harian

Abdul Rahman Ibrahim – Jurulatih pasukan Perlis (juara Piala Malaysia 2006, Liga Super 2005)

B. Sathianathan – Jurulatih pasukan kebangsaan (juara Pestabola Merdeka 2007), pasukan Kelantan (juara Piala Malaysia 2010)

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

[Kembali ke Laman Utama]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: