FAM dan Rumput

KUALA LUMPUR – Bukan sengaja mahu mencipta alasan, sebaliknya kos membaiki permukaan padang menjadi punca utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa meletakkan harga tiket kepada RM 50 bagi semua tempat duduk untuk aksi final Piala Malaysia esok.

Menurut sumber FAM yang enggan didedahkan, jika mutu padang Stadium Shah dalam keadaan baik, harga tiket untuk menyaksikan pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan, mungkin dapat direndahkan.

“Kerosakan padang di Stadium Shah Alam terlalu serius dan 20 peratus daripada hasil penjualan tiket akan digunakan untuk menampung kos membaiki padang.

Utusan Online

Itu dia. Punca utamanya ialah: rumput.

Bukan kerana masalah ‘ah long’ (siapalah yang baling cat…), bukan untuk membasmi masalah ‘lompat’ grandstand, bukan untuk membanteras ‘ulat’ tiket, dan bukan juga kerana tahun ini FAM sudah tiada duit untuk beri ganjaran berbentuk wang tunai.

Mungkin tiada duit kerana penajanya pun sekadar THR Gegar.

Sebagai seorang penyokong Selangor, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminat bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan yang telah berbesar hati mengorbankan duit anda untuk membaikpulih rumput: bukan untuk Stadium Paroi, bukan untuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bukan juga untuk Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi untuk Stadium Shah Alam, Selangor.

Allah berkati anda semua.

Cuma apa yang saya sangsi: duit yang anda derma kepada FAM itu, betul-betul akan bertukar menjadi rumput.

Fikirkan: 20 peratus daripada hasil jualan tiket bukanlah jumlah yang kecil. 30,000 tiket untuk Terengganu, 30,000 lagi untuk Negeri Sembilan, baki 5,000 dijual di Shah Alam. 65,000 darab RM50 ialah RM3.25 juta.

20 peratus daripada RM3.25 juta ialah RM650,000. Ya, RM650,000 untuk “kos membaiki padang”. Bukan kos sewa stadium, ya?

Pelik juga FAM tiba-tiba beriya-iya mahu belanja duit untuk baiki padang. Walhal FAM hanya sekadar ‘pelanggan’ kepada Stadium Shah Alam, bukan pemilik. Tahun 2005 lepas, FAM seboleh-bolehnya berhempas pulas mahu menjauhkan diri daripada isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil, dan membiarkan pemilik: Perbadanan Stadium Merdeka, menjawab dan menanggung:

THE FA of Malaysia (FAM) will not allow themselves to be dragged into discussing the choice of grass on the pitch of the National Stadium at Bukit Jalil.

With the changing landscape of the FAM administration, FAM appear as if they would prefer to take care of things in their own backyard.

Still as the end-users, it is only fair Merdeka Stadium Corporation (PSM) deliver the goods this time.

Newly-appointed FAM general secretary Datuk Seri Dr Ibrahim Saad said it was fair for the national body to expect a certain degree of standard from the new turf.

Malay Mail

Saya tidak tahu berapa luas padang Stadium Shah Alam.

Tetapi, untuk mencapai stadium kategori 4 UEFA (kategori terbaik), padangnya perlu seluas 105 meter panjang x 68 meter lebar. Berapa pula harga rumput untuk melitupi kawasan seluas ini?

Kejayaan Malaysia dalam bolasepak moden bermula daripada… padang.

Jika anda memiliki rumah dengan tanah sekangkang kera, anda mungkin pernah ke kawasan nursery berhampiran Hospital Sungai Buloh untuk membeli rumput. Antara baka rumput yang popular ialah rumput ‘Philippines’ dan rumput mutiara/pearl. Ada juga rumput yang murah, dikenali sebagai cowgrass. Harga untuk rumput ‘Philippines’ dan mutiara ialah RM1.30 sekaki persegi.

Untuk rumput mutiara melitupi kawasan seluas 105 meter panjang x 68 meter lebar, sekurang-kurangnya 76,935 kepingan rumput diperlukan. Jika setiap keping rumput dibeli pada harga RM1.30, kosnya menjadi RM100,015.50. Kita bundarkan sahajalah menjadi RM150,000.

Tapi kita perlu ingat: tanah di Stadium Shah Alam bukanlah tanah sekangkang kera seperti di rumah kita. Jadi, apabila kita membuat pembelian kepingan rumput dalam jumlah yang banyak, tidak mungkinkah kita memperoleh harga yang lebih murah daripada RM1.30 sekeping?

Bagaimana pula dengan kos penghantaran? Kira-kira RM250 satu lori untuk 1,000 keping rumput, menjadikan kos keseluruhan kira-kira RM2,250. Bundarkan sahaja jadi RM5,000.

Pasir? Satu tan lori dalam RM130, kita bundarkan sahaja RM300. Ambil 20 tan pasir jadi RM6,000. Kos penghantaran letak sahaja RM5,000.

Pemasangan? Letak sahaja RM80,000 untuk upah buruh.

Jadi berapa harganya?

Rumput – RM150,000

Penghantaran rumput – RM5,000

Pasir – RM6,000

Penghantaran pasir – RM5,000

Pemasangan – RM80,000

JUMLAH – RM246,000

Tolak daripada RM650,000, masih ada berbaki RM404,000 lagi iaitu bersamaan dengan 62% daripada bajet FAM untuk ‘membaiki padang’.

Sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan, kita perlu ingat yang perkiraan ini dibuat untuk pemasangan rumput mutiara/pearl. Apakah rumput yang paling sesuai ditanam di stadium?

Kelab Arsenal FC menggunakan rumput tiruan berjenama Desso GrassMaster. Untuk Piala Dunia 2010 pula, Afrika Selatan menggunakan rumput rye. Masalahnya, rumput ini lebih sesuai untuk negara-negara iklim sejuk.

Yesterday, at the startling £400m Green Point stadium in Cape Town, perky shoots of pale green ryegrass were pushing through the soil three weeks after the seeds were sown. But local specialists say ryegrass – a cold season variety suited to Europe – will not stand the test of time and will have to be replaced after the World Cup.

The Guardian

Rumput rye. Bukan untuk iklim tropika?

Jikapun kita menanam rumput baka eksotik lagi mahal yang digunakan di stadium-stadium terkemuka Eropah, namun kalau ia tidak tahan dengan iklim tropika di Malaysia, maka apa gunanya? Bukankah itu satu kerja yang… b-o-d-o-h?

80% dari masalah rumput yang selalu di tanya kepada saya adalah berpunca dari kegagalan memilih rumput yang sesuai. Ramai orang yang memilih rumput yang dia tengok di padang golf (atau lebih teruk lagi; memilih rumput atas green di padang golf), ada orang pilih rumput yang dia tengok cantik di nursery, ada orang pilih rumput yang dia tengok cantik di depan rumah Hajah Halimah hujung jalan dan, ada orang pilih untuk curi rumput dari depan rumah Hajah Halimah hujung jalan.

Kita lupa bahawa padang golf ada orang yang kerja dia tak ada lain; jaga rumput. Mereka ada baja, racun dan mesin khas untuk kerja itu. Kita lupa bahawa Hajah Halimah dah pencen dan ada pembantu rumah untuk jaga rumput.

www.mynormas.com

Jadi, apa baka rumput yang lasak dan sesuai digunakan di Malaysia?

Karl-Heinz Weigang – jurulatih Malaysia tahun 1979-1982

GERMAN coach Karl Weigang, not one to mince his words, has no qualms in sticking to the tried and tested cowgrass as the best football surface in the country.

Adding his comments to the issue surrounding the choice of grass for the National Stadium pitch, Weigang said cowgrass had served the football fraternity well. Weigang has been working in Malaysia on and off since 1970s. “Personally, I feel cowgrass is the grass suited to the Malaysian weather and conditions. Cowgrass is not only the most common but also the best type of grass.

Malay Mail

Berapa harga cowgrass ini? Sila layari iklan di bawah:

http://www.mudah.my/Rumput+laman-9439901.htm

Bukan RM1.30, tetapi 50 sen sekaki persegi.

Sekali lagi: terima kasih kepada para penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan. Allah berkati anda semua. [Kembali ke Laman Utama]


7 Respons to “FAM dan Rumput”

  1. seriously..aku lebih terbukak otak bila baca entry nih..aku harap ada lagi entry ilmiah macam nih..

    pelik gila tgk padang kat malaysia nih…

    mungkin pelajar2 jurusan landskap patut tolong bahagian penjagaan rumput stadium

    dan mungkin ada perlu orang lebih bijak untuk menjaga stadium..

    p/s : bro buat lagi laa entry pasal rumput dan padang nih..best plak..kalau bleh coverage untuk tiap2 stadium..andai tak keberatan.

  2. yap..kat epl,setiap kali ad game bola padang diorang SUPERB siap ad belang-belang lagi…kat malaysia…pernah sy tgk game antara team yg top kat m’sia padang x rata,rumput x d jage,berlumpur,player nak tahan bola pn terkial kial dan game 2 pn x lancar..cume pdg stadium bukit jalil yg baik…lagi satu bila team m’sia pergi main kt luar negara,player kite asyik tgk bwh..haha paham paham je lah……

  3. btw, Desso GrassMaster tu bkn 100% tiruan..die just hybrid n seswai guna kt mlesia..n 3% je rumput tiruan y diguna kn..rmput tiruan tu just mcm acuan utk pgang akar rumput asli..jd lbh lasak..xpyh nk nursery/pembantu rumah kak limah sgt.. mmg mahal tp mse psg je..berbaloi sbb maintenance die lg murah n tahan lama..n rumput tiruan ni la y wat belang2 tu..stadium yamaha kt thailand da guna..kite blia lg?

    • Betul jugak tu kalau kat Malaysia ni tanam rumput asyik rosak aje sebab cuaca. Mungkin rumput bukan tumbuhan asli kawasan sini, lalang ye memang asli.

  4. Saya suka analisis anda. Perkiraan tu mungkin ada lagi yang belum di ambil kira tapi lebih kurang macam tu lah. But anyway, good points. Isunya bukan rumput, tapi ketelusan, kan? I won’t dispute you. Salam hormat dari mynormas.com

    • Terima kasih tuan. Jika tidak terlalu merumitkan, mohon tuan berkongsi perkiraan yang saya terlepas pandang, untuk tujuan pencerahan.

      Ketelusan itu satu hal, konsistensi ialah satu hal lain. FAM tidak mahu terlibat dlm. pembaikan padang SNBJ, tetapi beriya-iya menaikkan harga tiket atas alasan utk. membaiki padang SSA. Itu sesuatu yg tidak konsisten.

      Soalan seterusnya ialah: apakah tahun ini apabila padang telah dibaiki, harga tiket akan turun?

  5. baru kelas……………….rumput tiruan….macam mat saleh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: