Kena Game

Malaysia dianugerahkan Fair Play Trophy untuk Piala AFF 2012.

Fair play. Satu frasa yang tiada terjemahanpun dalam kamus sukan tempatan. Main adil? ‘Trofi Main Adil’? Sick joke.

Bagaimanakah sesebuah pasukan boleh memenangi Fair Play Trophy?

6.2 The Organising Country will present a Fair Play Trophy to the best team, which will be picked by the Disciplinary Committee based on marks allocated in the FIFA Guidelines for choosing the Fair Play Winner.
6.2 Negara Penganjur akan menyampaikan sebuah Trofi Fair Play kepada pasukan terbaik yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Disiplin berdasarkan markah yang diberikan mengikut Garis Panduan FIFA untuk memilih pemenang Fair Play.

Tournament Rules

Begitulah cara yang tepat untuk sesebuah pasukan memenangi Fair Play Trophy. Bukan Piala AFF, tetapi Fair Play Trophy. Itu dua piala yang berbeza. Jadi sekarang apa masalahnya bila menang Fair Play Trophy? Bukankah itu sesuatu yang baik? Sesuatu yang suci? Soleh lagi siqah?

Ya benar, benar, tuan ustaz. Akan tetapi tuan ustaz perlu ingat: bolasepak ialah satu permainan. A game, ya ustaz. Game yang dimainkan untuk memenangi Piala AFF, bukan Fair Play Trophy.

Bila matlamatnya ialah untuk memenangi Piala AFF, maka caranyapun kenalah buat cara untuk menang Piala AFF. Jika cara itu tidak akan mendatangkan anugerah Fair Play Trophy, apa boleh buat. Fair Play Trophy bukan matlamatnya. Mana ada pasukan yang menyertai Piala AFF semata-mata untuk memenangi Fair Play Trophy. Jika ada yang mengaku sebegitu, maka itu menipu namanya. Ingat ya ustaz: menipu itu berdosa.

Jika cara untuk menang ialah dengan melengah-lengahkan masa, maka lengahkanlah masa. Singapura tiada masalah melengah-lengahkan masa. Itu strategi. Ya, ia strategi yang jelik lagi bacul, tetapi ia masih lagi strategi. Anda boleh jadi soleh dan siqah dan menang Fair Play Trophy, atau anda boleh jadi jelik dan bacul dan menang Piala AFF. Itu pilihan anda.

Singapura pilih yang nombor dua.

Taktik go down and STAY down. Pemain Singapura menjatuhkan badan sebanyak 5 kali selepas mendahului Malaysia 0-2 di separuh masa kedua. Avramovic bukan budak-budak.

Taktik go down and STAY down. Pemain Singapura menjatuhkan badan sebanyak 5 kali selepas mendahului Malaysia 0-2 di separuh masa kedua. Selepas jatuh, rakan mereka akan berlari separuh padang untuk bertanya keadaan mereka. Ada yang jatuh ketika Malaysia sedang mahu mengambil sepakan percuma. Kesemua pemain yang menjatuhkan badan ini kemudiannya dapat meneruskan permainan. Avramovic bukan budak-budak.

Apa yang salah dengan melengah-lengahkan masa? Para pemain Singapura terkenal kerana menjatuhkan badan apabila disentuh pemain lawan. Salahkah itu? Di dalam dokumen FIFA Law 12 Fouls and Misconduct (Part 1 – Fouls), ada 7 kesalahan yang dikategorikan di bawah ‘delaying the restart of play‘ (‘melengah-lengahkan permulaan semula permainan’). Tiada satupun daripada 7 kesalahan tersebut ada menyebut tentang menjatuhkan badan apabila disentuh pemain lawan.

Kata kunci di sini ialah ‘disentuh’.

Jika pemain itu tidak disentuh, maka pemain itu bersalah melakukan simulasi. Simulasi ialah kesalahan yang mendatangkan kad kuning. Sebaliknya, jika pemain itu memang terbukti telah disentuh oleh pemain lawan, maka itu sudah tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Bukan kerja pengadil untuk meneliti video dan menentukan sama ada sentuhan itu ialah tackle yang maha keras ataupun sekadar ciuman manja. Banyak lagi kerja lain yang pengadil perlu buat. Ini padang, bukan mahkamah.

Michael Owen tiada masalahpun untuk menjatuhkan badan apabila disentuh. Kata beliau:

“I have been guilty as well, I played at the 1998 World Cup against Argentina and I was running flat out, got a nudge, went down. Could I have stayed up? Yes, probably. Then four years later you [Collina] gave me a penalty again against Argentina. Again, I could have stayed on my feet. The defender’s caught me and I did have a decent gash down my shin from it but I could have stayed up.”

Saya pernah bersalah juga, saya bermain dalam Piala Dunia 1998 menentang Argentina dan ketika saya sedang berlari selaju mungkin, saya disiku, saya jatuhkan badan. Adakah saya masih boleh berdiri? Ya, mungkin. Kemudian empat tahun kemudian anda [Collina] memberikan saya penalti sekali lagi terhadap Argentina. Sekali lagi, saya masih boleh berdiri. Defender telah melakukan tackle kepada saya dan saya memang mendapat luka yang dalam pada tulang kering kerana tackle itu tetapi saya masih boleh sahaja berdiri.”

Murid-murid, inilah dia matapelajaran Pendidikan Survival Bolasepak 101 yang sedang disampaikan oleh Cikgu Owen. Chivalry is dead, wahai murid-murid. Apabila disentuh, jatuhkanlah sahaja badan. Janganlah berlagak wira. Kau dah luka-luka kau nak berlagak apa lagi, sewel. Apa jadah yang kau mampu peroleh daripada lagak macam tu?

Fair Play Trophy? Pui.

Pelajaran hari ini murid-murid.

Pelajaran hari ini murid-murid.

“It’s a very difficult subject to talk about especially to people who have not played the game. There is a major skill in trying to outwit an opponent. I’m totally against diving, I have never been for it or sought to get a penalty without being touched, but you try to push the boundaries to win a game for your team without cheating.”

Ia adalah satu subjek sukar untuk diperkatakan lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak pernah bermain. Wujud satu bentuk kemahiran utama untuk memperdayakan lawan. Saya sama sekali menentang diving, saya tidak pernah berkeinginan melakukannya atau cuba mendapatkan penalti tanpa disentuh, tetapi anda cuba menganjakkan batas sempadan untuk memenangi sesebuah perlawanan bagi pasukan anda tanpa menipu.”

Ingatlah frasa tersebut wahai murid-murid: push the boundaries – menganjakkan batas sempadan. Menjatuhkan badan apabila disentuh lawan – itu masih di dalam sempadan. Menjatuhkan badan TANPA disentuh lawan – nah, itu barulah melangkaui sempadan.

Jika cara untuk menang ialah dengan menyiku pemain lawan tanpa disedari pengadil, buat sahajalah. Thailand tiada masalah menyiku pemain lawan. Di Thailand malah ada sukan yang menghalalkan perbuatan menyiku, tiada masalah. Datsakorn Thonglao secara terang-terangan telah menyiku bahu Fadhli Shas. Fadhli, seperti mana-mana rakyat Malaysia lain yang soleh lagi siqah, memegang bahunya yang cedera dan kemudian menegur Datsakorn secara sopan dengan berkata “F*ck you!“. Datsakorn kemudian mengadu kepada referee umpama seorang murid skema yang dibuli mengadu kepada si warden.

Dah kena game dah.

Dah kena game dah.

Datsakorn dikenakan kad kuning kerana melakukan kekasaran. Fadhli dikenakan kad kuning kerana mencarut.

Apa yang salah di sini?

Kita lihat satu persatu: Datsakorn menyiku bahu Fadhli Shas (violent conduct – tingkah laku kasar). Ya, ia salah. Fadhli Shas mencarut (abusive language – bahasa kasar). Ya, ia salah. Kedua-dua kesalahan membawa hukuman kad merah mengikut buku peraturan FIFA. Masalahnya di sini, referee tidak nampak, maka referee berikan kad kuning sahaja.

Jadi apa masalah di sana?

Ya, memang benar Datsakorn terlari-lari umpama seekor biri-biri yang kehilangan ibunya untuk mengadu domba kepada referee. Adakah perbuatan mengadu domba itu kelihatan bacul? Ya, ia merupakan kebaculan tahap terulung. Adakah perbuatan bacul salah di sisi undang-undang FIFA? Tidak.

Taktik siku, cari gaduh dan adu domba. Schafer bukan budak-budak.

Taktik siku, cari gaduh dan adu domba. Jelas, Schafer juga bukan budak-budak.

Jadi apa yang perlu diputuskan di sini ialah, adakah anda mahu dijulang sebagai pahlawan dan kalah, atau adakah anda sanggup digelar bacul dan menang? Nampak tak permainannya di sini? Ya, bolasepak itu masih merupakan satu permainan. Bolasepak masih lagi bukan keputusan politikal yang menentukan halatuju sesebuah bangsa atau urusniaga ekonomi yang boleh menentukan untung rugi sesebuah negara.

Ia satu permainan yang perlu dimainkan.

Pasukan yang bermain passing sudah pasti akan menadah tackle. Lihat sahaja taktik bacul Busquets al-Kazzab.

Pasukan yang bermain passing sudah pasti akan menadah tackle. Lihat sahaja taktik bacul Busquets al-Kazzab.

Sudahlah para pemain Malaysia tidak pandai bermain licik, malah begitu jelas kelihatan sama sekali tidak bersedia untuk menghadapi pasukan yang bermain licik. Lihat sahaja Fadhli Shas yang tercarut-carut apabila disiku Datsakorn. Lihat sahaja Mat Yo yang bersilat-silat apabila dirempuh 3 orang peninju Thailand. Apa yang Mat Yo dapat? Fair Play Trophy?

Diterjah secara kasar dari belakang, digomol 3 peninju Siam, tapi masih mahu berlagak wira. Apa kau dapat Mat Yo?

Diterjah secara kasar dari belakang, digomol 3 peninju Siam ke mana sahaja beliau pergi, tapi masih mahu berlagak wira. Apa kau dapat Mat Yo?

Suka atau tidak, inilah realiti permainan bolasepak pada zaman ini. Zaman Materazzi. Zaman lakonan bacul. Zaman di mana kenaifan tidak diberikan ruang dan hanya akan dihancurkan dengan lumat. Realiti yang buruk, tetapi masih lagi satu realiti. Selagi para pemain Malaysia tidak diajar untuk bersedia menghadapi realiti ini, maka selagi itulah para pemain Malaysia akan menghempapkan tekanan kepada diri sendiri. Dapat motivasi daripada Dr. Fadzilah Kamsah? Maaf, realiti jijik seperti ini lebih berkehendakkan kursus motivasi daripada Richard pemenang siri Survivor musim pertama. Jurulatih berpengalaman seperti Schafer dan Avramovic tiada masalah bergelumang dengan sepak terajang dunia seperti ini.

Bagaimana pula Rajagobal dan anak-anak muridnya?

Tindakan jurulatih sebuah pasukan yang sedang ketinggalan away goal dan bermain 10 orang. Nganga.

Tindakan jurulatih sebuah pasukan yang sedang ketinggalan away goal dan baru kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang. Nganga.

Advertisements

Satu Respons to “Kena Game”

  1. Padu!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: