Kelayakan Piala Dunia 2010: Inikah Barisan Kita?

Inikah barisan kita?

Adakah ini barisan yang akan diturunkan oleh En. Sathianathan kita untuk menghadapi Bahrain?

Sathiaji The Boss telah memilih hanya empat pemain senior untuk memperkuat barisan bawah 23 tahun yang menjuarai Pestabola Merdeka baru-baru ini. Ini adalah keputusan yang betul bagi mengekalkan kesefahaman yang sedia ada pada barisan bawah 23 tahun tersebut.

Namun adakah pemain-pemain senior yang dipilih, merupakan pilihan yang tepat?

Mari kita lihat: Indra Putra? Memang tepat, kerana beliau merupakan penyerang terbaik generasinya. Persembahan buruk pasukan negara ketika Piala Asia tiada kena-mengena dengan beliau kerana beliau tidak mendapat bekalan hantaran yang sepatutnya beliau terima, selain baru pulih daripada pembedahan.

Nantha Kumar? Juga tepat, kerana beliaulah satu-satunya pemain tempatan yang memiliki ketinggian untuk menyaingi pak-pak Arab daripada Bahrain. Beliau juga boleh bermain dengan baik di dua posisi: defensive midfielder dan pertahanan tengah.

Akan tetapi apa pula halnya dengan Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah? Shukor tidak pernah mempunyai kreativiti yang cukup untuk mencipta peluang, dan tidakpun menjalankan tugas yang baik ketiga diharapkan untuk melindungi barisan pertahanan. Beliaulah salah satu punca mengapa barisan tengah pasukan negara di Piala Asia kelihatan bukan sahaja rapuh, malah seolah-olah tiada.

Zamani pula sememangnya seorang pemain pertahanan yang bijak. Beliau pandai membaca gerakan lawan dan setiap kali bermain, beliau akan memberikan usaha beliau yang terbaik, 100%.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya adalah usaha Zamani yang terbaik mungkin tidak mencukupi untuk berhadapan dengan Bahrain. Walau betapa besar hasrat kita untuk melihat Zamani bermain, kita juga perlu menelan hakikat betapa sebanyak manapun ikhtiar beliau, ia tidak akan dapat menyembunyikan kelemahan fizikal beliau yang bertubuh kecil. Lihat sahajalah bagaimana pertahanan negara dibolosi sewenang-wenangnya di Piala Asia oleh lawan-lawan yang lebih tinggi.

Apa yang saya lihat, mungkin Sathia mahu menunjukkan penghargaan beliau kepada Shukor dan Zamani atas kejayaan merangkul kejuaraan Pestabola Merdeka.

Namun para pemain lain tidak kurang juga jasanya. Zaquan Adha misalnya, membentuk persefahaman yang menakjubkan dengan rakan penyerangnya, Safee Sali. Mereka berdua seolah-olah saling mampu membaca fikiran masing-masing, seperti gandingan Andy Cole-Dwight Yorke ketika Manchester United merangkul kejuaraan treble pada tahun 1999. Persefahaman seperti ini bukannya mudah untuk dibentuk.

Di bahagian tengah pula, kita dikejutkan dengan persembahan supersub, Amirulhadi Zainal. Apabila beliau masuk ke padang, barisan tengah negara kelihatan lebih bertenaga. Idea dan kreativiti beliau juga nampak ketara dengan hantaran-hantaran throughball yang menarik: suatu ciri yang tidak pernah ada pada Shukor.

Bagaimana pula dengan pemain-pemain luar skuad? Apa kata kita berikan peluang kepada kapten Kedah, Victor Andrag. Beliau yang telah mengemudi Kedah untuk merangkul tiga kejuaraan, juga telah dipilih sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia, selain menerima anugerah Pertahanan Pilihan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan. Kehadiran beliau di tengah-tengah barisan pertahanan sudah pasti menambah kekuatan fizikal yang ditagihkan selama ini.

Selain itu, bek kiri pasukan bawah 19 tahun, Mohd. Asraruddin Putra Omar juga dilihat berbakat besar. Malah, beliau telahpun dijemput untuk menghadiri latihan di kelab PSV Eindhoven, dengan kemungkinan diberikan peluang untuk menyertai kelab tersebut. Selain memikat jurulatih skuad belia PSV, Peter Dekkers, beliau turut menarik perhatian scout mereka, Piet de Visser.

“Beliau adalah kapten yang baik dan mempunyai kaki kiri yang baik. Beliau sangat kuat, pantas dan mempunyai kemahiran menghantar bola yang baik. Kebanyakan pemain pertahanan hanya pandai bertahan tetapi tidak boleh mencipta gerakan, namun budak ini boleh melakukan kedua-duanya dengan baik,” kata de Visser.

Apa pula kata Sathia?

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]

Advertisements

Satu Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Inikah Barisan Kita?”

  1. agree with you. kenapa tak bawa victor andrag..!! dia bermain bgn baik utk kedah. dan tiada yang istimewa pada Shukor…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: