4 Sebab Mengapa FAM Tidak Patut Mengalah Dalam Isu Myanmar

1. Seksyen 58 Bukan Satu-Satunya Saluran Bantahan

FAM kelihatan seperti tidak sabar-sabar hendak mengangkat bendera putih sebaik sahaja tempoh 2 hari (48 jam) untuk menyerahkan surat pengesahan bantahan tamat. Namun begitu, apa yang ramai pihak terlepas pandang ialah perihal menghantar surat pengesahan bantahan dalam tempoh 2 hari itu, terletak di bawah Seksyen 58, Peraturan Piala Asia B-22.

Seksyen 58 bukanlah satu-satunya saluran untuk FAM membantah tindakan Myanmar menurunkan pemain lebih umur.

AFC, seperti yang termaktub dalam Seksyen 59 peraturan yang sama, sebenarnya menerima bidang kuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS). Menurut Section 59, AFC U-22 Asian Cup 2013 (Qualifiers) – Regulations [Seksyen 59, Piala Asia B-22 AFC 2013 (Kelayakan) – Peraturan]:

c) If no solution can be reached, or a formal appeal is envisaged, the issue shall be exclusively resolved under the auspices of the arbitration chamber set forth in the AFC Statutes, namely the Court of Arbitration for Sport (CAS) with headquarters in Lausanne. The Code of Sports-related Arbitration of the CAS and all the relevant CAS Regulations shall apply. The language of arbitration is English.

(Jika tiada penyelesaian boleh dicapai, atau satu rayuan rasmi adalah dijangkakan, isu tersebut patut diputuskan secara eksklusif di bawah naungan badan timbang tara yang dinyatakan dalam Statut AFC, iaitu Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang beribu pejabat di Lausanne. Ini adalah tertakluk kepada penimbangtaraan oleh CAS yang berkaitan dengan Kod Sukan dan segala Peraturan CAS yang relevan. Bahasa penimbangtaraan ialah bahasa Inggeris.

Yuran mahkamah yang dikenakan untuk mendaftar kes kepada CAS ialah sebanyak 1,000 Franc Switzerland (RM3,249.89).

2. Anak Buah Kim Swee Mampu Bersaing

Segelintir pihak mahu membunuh terus sebarang cita-cita untuk ke Piala Asia B-22 dengan mengatakan bahawa jika anak buat Kim Swee layak sekalipun, mereka akan hanya menjadi budak belasahan di pertandingan tersebut.

Ini tidak benar.

Anak-anak buah Kim Swee contohnya hanya tewas tipis 2-3 kepada pasukan dari negara ranking ketiga Asia, Korea Selatan. Apa yang perlu diingat ialah mereka malah mendahului Korea Selatan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan tersebut, dan kedua-dua gol mereka ialah gol padang sedangkan 2 daripada 3 gol Korea Selatan hanya dijaringkan melalui situasi setpiece. Tambah menarik ialah Malaysia tidak bermain secara bertahan dengan keterlaluan walaupun bertemu gergasi bolasepak Asia ini, malah hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir dalam situasi kelam-kabut di hadapan gol Korea.

Dalam perlawanan itu juga, penyerang prolifik Rozaimi Abdul Rahman hanya bermain kira-kira 10 minit apabila diturunkan pada minit ke-80. Siapa tahu apakah nasib yang bakal menimpa Korea Selatan sekiranya perlawanan menentang Filipina dianjurkan terlebih dahulu, dan Rozaimi memulakan perlawanan ketika menentang Korea. Rozaimi telah menjaringkan 4 gol ketika menentang Filipina dan kini menjadi penjaring terbanyak (10 gol dalam 5 perlawanan) antara keseluruhan kumpulan A hingga G dalam Kelayakan Piala Asia B-22.

Adakah FAM menganggap hak Rozaimi untuk beraksi dalam Piala Asia B-22 2013 wajar diketepikan begitu sahaja? (Gambar daripada NST).

Dahulu masa kita tiada pasukan yang mampu memberikan cabaran, macam-macam kita cakap. Sekarang bila sudah ada, apa yang kita buat untuk membantu mereka menuntut hak mereka yang sememangnya wajar ditunaikan?

3. Wujud Bukti Lain

Apa yang FAM buat untuk mencari bukti dalam tempoh 2 hari sebelum deadline AFC? Minta AFC untuk berkongsi rekod pemain dalam simpanan mereka.

FAM tiada inisiatif langsung untuk mencari bahan bukti daripada sumber-sumber lain.

Para peminat rata-rata sedia maklum bahawa ujian MRI pergelangan tangan yang pernah dibuat oleh AFC sebelum ini hanya menghasilkan keputusan yang tepat bagi pemain berusia 19 tahun dan ke bawah. Ujian yang sama tidak akan dapat digunakan untuk mendedahkan penipuan umur bagi sesuatu kejohanan bawah 22 tahun.

Namun, seharusnya FAM juga maklum bahawa FIFA pernah menggantung Nigeria sebelum ini, tidak lebih daripada hanya semata-mata bersandarkan kepada rekod tarikh lahir pemain yang bercanggah dengan rekod daripada kejohanan terdahulu:

Fifa banned Nigeria from all international fixtures for two years after finding that the birth dates of three of their players in the 1988 Olympics were different from ones used by the same players in previous tournaments.

(Fifa menggantung Nigeria daripada semua perlawanan-perlawanan antarabangsa selama dua tahun selepas mendapati bahawa tarikh-tarikh lahir untuk tiga pemain mereka di Olimpik 1988 adalah bercanggah daripada yang digunakan bagi pemain yang sama dalam kejohanan terdahulu.)

The Observer

Kyaw Zayar Win, kapten pasukan B-22 Myanmar telah dilihat bermain untuk kelabnya Kanbawza FC dalam Piala Singapura dua hari selepas menewaskan Malaysia 2-1. Apa yang mengejutkan ialah tarikh lahir yang dihantar kepada penganjur Piala Singapura menunjukkan beliau berumur 24 tahun!

(Klik untuk besarkan imej) Kanan – Kyaw Zayar Win pasukan Kanbawza FC (24 tahun); Kiri – Kyaw Zayar Win pasukan B-22 Myanmar (21 tahun)?

(Klik untuk besarkan imej) Daripada rekod AFC: Kanan – Kyaw Zayar Win pasukan senior Myanmar (24 tahun); Kiri – Kyaw Zayar Win pasukan B-22 Myanmar (21 tahun). Perhatikan bahawa muka pemain yang berusia 24 tahun langsung tidak serupa dengan muka pemain yang memiliki nama sama di Kanbawza FC (gambar di atas).

(Klik untuk besarkan imej) Gambar Kyaw Zayar Win di Hassanal Bolkiah Trophy, 24 Februari 2012. Adakah muka beliau serupa dengan 1) pemain 24 tahun dalam rekod AFC; atau 2) pemain 24 tahun di Kanbawza FC? (Gambar daripada Hernie Hj. Othman).

Piala Singapura merupakan satu pertandingan piala yang diiktiraf AFC, memandangkan pemenangnya akan layak mewakili Singapura dalam Piala AFC pada musim seterusnya.

Jadi bukankah rekod tarikh lahir Kyaw Zayar Win dalam Piala Singapura yang bercanggah dengan rekod beliau dalam Piala Asia B-22 merupakan bukti kukuh yang boleh dibawa kepada CAS, tidak ubah seperti bukti yang membuatkan FIFA menggantung Nigeria selama dua tahun?

Apabila ditanya mengenai situasi di Piala Singapura, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad menjawab:

“Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, itu sesuatu yang baru.”

Senang betul kerja Datuk?

4. Media Luar Akui, FAM Nafi

Perihal penipuan umur oleh Myanmar ini telah mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Apa yang menjelikkan ialah seolah-olah hanya FAM, mangsa yang ditipu, yang masih mengalami sindrom penafian.

Media Myanmar sendiri mengakui betapa penipuan umur ialah penyakit yang bakal menjahanamkan bolasepak mereka. Malah, The Myanmar Times turut menyatakan bahawa bukan Kyaw Zayar Win sahaja yang menipu umur, tetapi juga dua pemain lain yang diturunkan ketika menentang Malaysia:

1. Kaung Si Thu (penjaring kedua-dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia); dan
2. Kyi Lin.

(Klik untuk besarkan imej) The Myanmar Times: “Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF) secara tidak rasmi membenarkan polisi manipulasi umur yang menurut para jurulatih akan membawa padah kepada pembangunan sukan tersebut.”

Majalah FourFourTwo Australia telah menggesa AFC untuk meneruskan sahaja siasatan terhadap penipuan umur yang dilakukan oleh Myanmar, walaupun FAM enggan untuk mengemukakan bantahan:

And yet with all this evidence in front of them, there has been silence from the AFC, in any official capacity anyway. In fact, they’ve seemingly given it the green light.

Let’s hope the FAM follows through with their threat to protest, but if not there is enough evidence and suspicion for the AFC to launch their own investigation.

The ball is in their court.

(Namun dengan segala bukti ini di hadapan mereka, AFC hanya membisukan diri, walaupun secara rasmi. Malah, mereka seolah-olah memberikan lampu hijau.

Semoga FAM meneruskan ancaman mereka untuk memprotes, tetapi jika tidak, terdapat bukti dan syak yang mencukupi bagi AFC untuk memulakan siasatan mereka sendiri.

Bola sekarang berada pada mereka.)

Australian FourFourTwo

FourFourTwo Australia: “Kelayakan Myanmar berbau busuk”.

ESPN Soccernet dalam artikel ‘Malaysia: A new hope‘ pula menyatakan bahawa terdapat dakwaan serius mengenai penipuan umur Myanmar:

In the final game of qualification earlier this week and needing to win against hosts Myanmar to seal a place in next year’s tournament, the Young Tigers just could not produce the goods – although there are serious allegations that Myanmar had fielded overage players.

(Dalam perlawanan kelayakan terakhir awal minggu ini dan ketika memerlukan kemenangan terhadap tuan rumah Myanmar untuk layak ke kejohanan tahun hadapan, Harimau Muda tidak mampu untuk membuahkan hasil – walaupun terdapat dakwaan serius bahawa Myanmar menurunkan pemain lebih umur.)

ESPN Soccernet

Segala liputan meluas daripada media antarabangsa ini telah melonjakkan ranking FAM sebagai bacul no. 1 dunia bolasepak. Dengan segala bukti dan desakan daripada media antarabangsa ini, apakah yang dikatakan oleh FAM?

FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN.

– Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM

Datuk, hubungan baik apa yang boleh dicapai apabila kepala kita dipijak?

Isu ini telah melonjakkan ranking FAM sebagai bacul no. 1 dunia bolasepak dan mengaibkan maruah negara di media antarabangsa. Datuk, tolong pikul tanggungjawab ini dan mohon Datuk letak jawatan! (Gambar daripada Utusan).

Advertisements

14 Respons to “4 Sebab Mengapa FAM Tidak Patut Mengalah Dalam Isu Myanmar”

  1. AKU RASE…DAH TIBE MSENYER UNTUK FAM LAKUKAN REVOLUSI….

  2. nak jaga hubungan kita jd bodoh kenape…diroang kenape xpikir mcmkite plak?bodoh fam org tua+politik+xreti bola+xde semangat+gila pangkat

  3. datuk bodoh tu pn berkata sambil ketawa…bukan kepala aku pn kena pijak hahahahahaha

  4. ini sumer rasuah.. FAM mmg bangsat..

  5. Masa masih ada lagi sebelum sepak mulanya Piala Asia 2013 U22, sekiranya benar, ayuh teruskan..kepada anda yang menegak kebenaran, sekiranya benar dan telah mempunyai bukti dan fakta yang kukuh kepada mereka – mereka yang ingin menjadi wakil kepada kami peminat – peminat bolasepak tanahair (Malaysia) kami doakan semoga berjaya dan mendapat kemenangan..Pegorbanan anda inspirasi kami. Semoga ianya tercatat didalam sejarah bolasepak dan dimata dunia dimana ” pejuang tidak semestinya menggunakan senjata adakalanya dengan bolasepak”, sejarah juga telah membuktikan dimana kita mendapat kemerdekaan tanpa menggunakan senjata hanya dengan perbincangan secara aman.
    Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. . Majulah sukan untuk negara tercinta kita, semoga permuafakatan membawa berkat. Selagi wisel belum ditiupkan selagi itu perjuangan kita belum selesai..salam majujaya untuk semua, akhir kata Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama @ amalan dan sedekah amal jariah ( tindakan dari peminat – peminat setia bolasepak Malaysia ) dan doa anak ( generasi pemain bolasepak negara dan peminat setia bolasepak Malaysia akan datang) soleh..

  6. “Ball in their court” itu maksudnya “tindakan perlu dibuat di pihak mereka”

  7. APA LAGI BOIKOT JE GAME MALAYSIA BIAR FAM TAU PENTING NYA PENYOKONG

  8. nak jage hubungan tapi negara lain pula yg pandang serong kat negara kita..jelas tindakan yg salah..FAM perlu tegas menegakkan kebenaran

  9. Just boikot je sukan bola sepak Malaysia ni.. aku dah fedup dengan masalah FAM ni.. Kalau lah semua rakyat bersatu hati boikot liga yang ada di Malaysia ni mungkin semua pemimpin FAM yang konon pandai buat kerja ni akan letak jawatan.. Itu je cara yang kita boleh buat untuk mengajar pemimpin yang tak sedar diri ni… Mengaku hebat…pakai kabel dapat jawatan tu boleh la..

    • Dalam keadaan stadium pun 200-300 orang aje yg. datang, boikot pun tak bawa apa2 kesan. Sesetengah kelab seperti Sime Darby FC main dalam stadium kosong.

      Begitulah tenatnya bolasepak Malaysia. Bila harga tiket dinaikkan, ia umpama mencekik orang yang dah memang nazak.

      Lain kalau Red Warriors yg. boikot, tapi mereka takde apa2 masalah dgn KAFA.

      Dalam situasi begini, adalah lebih baik protes dijalankan bukan dgn. cara boikot, tetapi protes semasa game berlangsung di stadium.

  10. satu lagi yang bodohnya fam kenapa harimau muda tak masuk singapore league cup (hanya masuk s league dan singapore cup) sedangkan lion xi masuk 3 pertandingan di negara kita (liga, fa cup dan piala msia). bangang nak mampos

  11. mmg sakit ati dgn FAM ni…terang2 kena main dgn FAS@S’PORE..
    yg HM A sume U23 tp LIONS xi ada yg umur dh 28 27 26 pun ada
    beb…FAM ikut telunjuk org luar aje…dlm Msia je brani…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: