Pestabola Merdeka 2007: Apa Itu Prestij?

Saya tidak faham mengapa ramai ‘peminat bolasepak’ di Malaysia gagal melihat kemaraan pasukan kebangsaan ke final Pestabola Merdeka sebagai satu dorongan untuk ke stadium.

Ini final! Berapa kerat sahaja final yang Malaysia layak?

Apakah kita mahu tunggu Malaysia bermain di final Piala Dunia maka baru sokongan kita layak diluahkan untuk pasukan bolasepak kebangsaan? Mahalnya sokongan.

Kita kena bersikap realistik dan menerima kenyataan bahawa itu adalah satu sasaran yang hampir mustahil. Apakah sikap realistik sukar dipraktikkan oleh ‘peminat bolasepak’ Malaysia? Jika mereka meminati EPL, maka tolonglah contohi sikap penyokong West Ham United.

Ataukah sokongan kita hanya untuk pasukan yang menang? Kalau begitu berhijrahlah ke London dan jadi penyokong Chelsea FC sahajalah!

Apakah Pestabola Merdeka satu kejohanan jemputan yang tiada prestij?

Jika ranking FIFA menjadi kayu pengukur untuk prestij, maka lawan-lawan Malaysia, kecuali Laos, semuanya berada di atas Malaysia.

Fikirkan pasukan-pasukan yang dibelasah oleh Malaysia: Lesotho di tangga 143, 13 anak tangga di atas, dititik 4-0. Singapura, juara Kejohanan Bolasepak ASEAN, di tangga 134, 22 anak tangga di atas! Ditewaskan 3-1 (itupun kerana dua jaringan Malaysia tidak dikira).

Myanmar, juara bertahan dan lawan Malaysia di final, berada 4 anak tangga di atas Malaysia. Myanmar juga pernah layak ke Sukan Olimpik dan menjadi naib juara Piala Asia suatu ketika dahulu.

Jadi apa itu prestij?

Pestabola Merdeka bukanlah perlawanan pertunjukan ala sarkas seperti jelajah Manchester United, medan untuk pemain-pemain bintang asing makan angin sambil majikan mereka mengaut keuntungan daripada warga Asia.

Pestabola Merdeka adalah satu kejohanan persahabatan di mana undang-undang FIFA dikuatkuasakan. Ia adalah wadah bagi pasukan-pasukan serantau untuk menentukur kekuatan masing-masing.

Fikirkan, jika anda jurulatih sebuah pasukan kebangsaan negara ASEAN, apa sahaja medan untuk anda berbuat demikian? Adakah anda hanya mahu bergantung harap dan menunggu Sukan SEA dan Kejohanan Bolasepak ASEAN, yang juga diadakan setiap dua tahun sekali?

Sudah pasti tidak!

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


Satu Respons to “Pestabola Merdeka 2007: Apa Itu Prestij?”

  1. yang ape engkau cakap kebanyakan aku setuju, tapi masalahnya timbul, tengok selepas piala merdeka, kita kalah teruk di sea games korat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: