Piala Asia 2007: Siapa Layak Jadi Rimau XI?

Lupakan sahaja Sukan Asia di Doha. Endahkan juga Kejohanan Bolasepak AFC Bawah 20 tahun di Bangalore.

Sesal kemudian tiada gunanya.

Mari kita memandang ke hadapan dan bersedia untuk menghadapi Piala Asia 2007. Tambahan pula, kita adalah tuan rumah bersama bagi kejohanan tersebut.

Piala Asia bukanlah kejohanan peringkat umur. Ini bermakna setiap negara yang menyertainya akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka. Mungkin Shunsuke Nakamura (Celtic) akan turun untuk mewakili Jepun, manakala Park Ji Sung (Manchester United) untuk Korea Selatan.

Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita mahu selama-lamanya bertindak umpama pengecut apabila menurunkan skuad yang purata umurnya terlalu muda ataupun skuad peringkat umur sahaja (bagi dijadikan alasan sekiranya tewas)?

Apa kata kita cadangkan barisan terkuat yang boleh kita turunkan untuk Piala Asia 2007?

Penjaga Gol
Mohammad Syamsuri Mustafa (Terengganu) 25 tahun

Pemenang kategori Favourite Goalkeeper, malah Favourite Player of the Season di Anugerah Bolasepak Malaysia Coca-Cola FAM, September lepas. Sesuatu yang agak mengejutkan kerana beliau adalah seorang penjaga gol, tambahan pula beliau tidakpun bermain di Liga Super. Namun, beliau melepaskan jumlah gol paling kurang sepanjang musim di Liga Perdana. Bercakap mengenai kejutan, siapa ingat gol beliau ketika menentang Vietnam di separuh akhir Sukan SEA 2003 Vietnam?

Gol ini telah menyebabkan beliau dipilih sebagai Player of the Day di warta CNN.

Simpanan: Mohd. Iqbal Mohd. Suhaimi (Pahang) 22 tahun
Prospek untuk masa hadapan. Membantu Pahang menjuarai Piala FA setelah menyelamatkan dua penalti daripada dua penyerang Negeri Sembilan NAZA, termasuklah daripada Muhammad Lamin Conteh Al-Hidayah (bakal penyerang Malaysia?). Heroics ini telah menjadikan beliau ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Final, selain dicalonkan untuk kategori Favourite Goalkeeper di Anugerah Bolasepak Malaysia.

Malang bagi beliau, kecederaan telah menidakkan peluang untuk beraksi di Sukan Asia Doha.

Perlu diingatkan juga bahawa penjaga gol muda ini telah dipilih oleh Pahang untuk menjaga gawang mereka ketika final Piala FA. Siapa penjaga gol Pahang yang lain? Azmin Azram Abdul Aziz, penjaga gol berpengalaman yang pernah mewakili pasukan kebangsaan.

Pertahanan
Tengah:
Khairul Anuar Baharom (Negeri Sembilan NAZA) 32 tahun

Kapten juara Liga Super dan finalis Piala Malaysia, Negeri Sembilan NAZA. Pemenang kategori Favourite Defender di Anugerah Bolasepak Malaysia. Pernah membentuk pertahanan Malaysia ketika menjadi naib juara Piala Tiger yang julung kali diadakan di Singapura. Malangnya, beliau telah lama dilepas pandang oleh jurulatih-jurulatih skuad negara yang taksub untuk menurunkan budak-budak hingusan atas alasan “menimba pengalaman”. Lupakan sahaja budak-budak hingusan tersebut. Pertandingan bukan tempatnya untuk latihan. Turunkan sahaja barisan yang terkuat, termasuklah ‘kuda tua’ kita ini yang terbukti masih merupakan pertahanan terbaik Malaysia.

Norhafiz Zamani Misbah (Pahang) 25 tahun
Apabila soalan “Siapakah pemain terbaik di dalam skuad Malaysia?” diajukan kepada penyerang kebangsaan, Akmal Rizal, maka jawapan yang diberikan beliau adalah nama pertahanan ini. Tidak mempunyai fizikal yang besar untuk seorang central defender, namun sentiasa menjadi pilihan jurulatih-jurulatih kebangsaan. Mengapa agaknya? Ini adalah kerana beliau bijak ‘membaca perlawanan’. Pelik, tetapi apabila beliau tidak bermain, Malaysia biasanya akan menghadapi kesukaran. Mewakili Pahang yang menduduki tangga kedua tercorot musim ini, tetapi mempunyai rekod bolos kedua terbaik. Pelik, tetapi ada sebabnya.

Kiri:
Ching Hong Aik (Negeri Sembilan NAZA) 33 tahun

Salah seorang anggota barisan pertahanan Negeri Sembilan NAZA yang memboloskan jumlah gol paling kurang dalam perjalanan menjadi juara Liga Super dan finalis Piala Malaysia. Persefahaman beliau dengan Khairul Anuar Baharom akan memantapkan lagi pertahanan negara.

Kanan:
Muhammad Kaironnisam Sahabudin Hussain (dahulu MBPJ) 27 tahun

Bekas kapten Perlis ketika pasukan tersebut menjadi juara Piala Malaysia dan Liga Super, kemudian mencetus kontroversi apabila berpindah ke pasukan MBPJ. Sentiasa menghuni posisi pertahanan tengah, namun untuk pertandingan sepenting Sukan Asia, biarlah kita pilih pilihan yang lebih reliable iaitu pasangan Khairul Anuar-Norhafiz.

Simpanan: Mohd. Aidil Zafuan (Negeri Sembilan NAZA) 19 tahun
Kapten skuad bawah 20 tahun negara yang kali pertama layak secara merit ke pusingan akhir Kejohanan Bolasepak AFC Bawah 20 tahun. Masih ingatkah perlawanan Pilihan Malaysia menentang MyTeam? Jika kita perlukan pertahanan yang boleh menyerang, beliaulah orangnya.

Tengah
Tengku Hazman Raja Hassan (Johor FC) 29 tahun

Pemimpin semulajadi. Bekas kapten Pulau Pinang, kapten skuad negara ketika Piala Dunia Remaja 1997 dan Piala Tiger 2002. Midfielder lengkap, berkemampuan bertahan dan menyerang. Kini seakan-akan dilupakan oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan. Menyertai Johor FC setelah pasukan lama beliau MBPJ dibubarkan.

Liew Kit Kong (Negeri Sembilan NAZA) 27 tahun
Creative midfielder yang boleh menjaringkan gol selain mencipta peluang untuk pemain lain. Penjaring terbanyak negara pada Piala Tiger 2004. Menyertai Negeri Sembilan NAZA setelah pasukan lama beliau MBPJ dibubarkan.

Attacking Midfielder/Playmaker:
Mohd. Hardi Jaafar (Melaka TM) 27 tahun

Find of the season. Mungkin at the finest form of his life. Perlukah kita sia-siakan form beliau? Pemenang kategori Favourite Midfielder di Anugerah Bolasepak FAM. Kapten bagi naib juara Liga Super, Melaka TM. Pemain Terbaik Perlawanan ketika separuh akhir Piala Malaysia, walaupun pasukannya tewas. Pemain tempatan yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Super, dan perlu diingatkan bahawa beliau midfielder, bukannya striker. Prestasi ini menyebabkan beliau yang belum pernah bermain untuk skuad negara, terpilih ke Sukan Asia Doha. Beliau bingkas membalas kepercayaan tersebut dengan menjadi satu-satunya penjaring bagi kedua-dua gol negara ketika menentang Oman dan China. Ini termasuklah sepakan lencong menarik ketika menentang China.

Mungkinkah form beliau bukan temporary, sebaliknya class yang lebih permanent?

Defensive Midfielder:
Ahmad Shahrul Azhar Sofian (Perak) 32 tahun

Pernah digantung setahun, kemudian dikurangkan kepada 4 bulan setelah didapati bersalah apabila menolak dada pegawai perlawanan. Tetapi siapa tidak kenal beliau? Kapten Perak, bekas kapten dan tonggak skuad kebangsaan. Berkebolehan bertahan dan menggerak serangan. Natural leader and midfield general. Walaupun pernah dikenakan tindakan disiplin, beliau masih antara midfielder terbaik negara ketika ini. Kita perlukan pengalaman dan kepimpinan beliau terutamanya apabila menentang pasukan-pasukan Asia yang kuat. FAM, sila ‘heret’ beliau keluar daripada ‘persaraan’.

Simpanan: Idris Karim (Negeri Sembilan NAZA) 30 tahun
Winger yang sentiasa berada dalam senarai mana-mana jurulatih skuad kebangsaan. Jika seseorang diharapkan untuk menggelecek bola ke flanks lawan, beliaulah orangnya. Tonggak juara Liga Super dan finalis Piala Malaysia, Negeri Sembilan NAZA.

Mohd. Fadzli Saari (Pahang) 23 tahun
Sering dilihat sebagai pemain harapan negara. Kerap dianggap sebagai penyerang, namun beliau sebenarnya seorang midfielder yang industrious (bekerja keras), in the same mould as David Beckham. Jersinya pun bernombor sama.

Penyerang
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Selangor) 25 tahun

Nama pertama dalam kertas senarai pemain bagi mana-mana jurulatih tempatan. Biarpun gagal Cooper Test. Mengapa? Mudah. Lihat sahaja beliau ketika mewakili Kedah menentang mana-mana pasukan negeri kesayangan anda, dan anda pasti akan bertukar green with envy (lagipun warna jersi Kedah memang hijau). Ini kerana bila-bila masa sahaja apabila bola sampai ke kaki beliau, keadaan akan secara automatik bertukar menjadi bahaya kepada lawan. Tidak percaya? Rajin-rajinlah kunjungi Stadium Shah Alam (kini beliau milik Selangor). Malangnya beliau sering dibelenggu kecederaan lutut (salah satu sebab kecergasan beliau merosot seterusnya mengakibatkan beliau gagal Cooper Test). Mari kita doakan penyudah semulajadi negara ini akan cergas sepenuhnya sebelum Piala Asia 2007 bermula.

Indra Putra Mahayuddin (Pahang) 25 tahun
Piala Tiger 2002. Media Singapura mencanang-canangkan barisan masa hadapan Singapura yang buat kali pertama turun di kejohanan rasmi dengan dua pemain import, Egmar Goncalves (Brazil) dan Daniel Bennett (England). Bagaimana pula Malaysia? Menurunkan skuad bawah 23 tahun dengan sekadar 3 pemain senior, dan purata umur pasukan juga hanya 21 tahun. Adakah Malaysia dilanyak oleh Singapura di National Stadium yang terkenal dengan ‘Kallang Roar’? Tidak, kerana keputusannya Singapura 0, Malaysia 4. Siapakah wira Malaysia pada malam tersebut? Tidak lain dan tidak bukan Indra, “the Ryan Giggs of Malaysia” (gelaran diberikan oleh sportsillustrated.cnn.com). Penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2005 dengan 11 gol walaupun bermain dengan bantuan painkiller kerana dibelenggu kecederaan buku lali sejak 3 tahun lalu. Menjalani pembedahan pada 8 November. Mari kita doakan bala kecederaan yang menimpa pemain-pemain berbakat negara ini bakal berakhir.

Simpanan: Rudie Ramli (Melaka TM) 24 tahun
Penjaring tempatan kedua terbanyak di Liga Super, di belakang kapten beliau Mohd. Hardi Jaafar. Pernah beraksi di Jerman bersama kelab SV Wehen.

Mohd. Safee Sali (Sarawak) 21 tahun
Dicanang-canangkan sebagai jelmaan ‘SuperMokh’. Walaupun masih muda, merupakan salah seorang antara dua penjaring terbanyak tempatan di Liga Perdana dengan 10 gol. Menarik perhatian jurulatih kebangsaan dan membalas kepercayaan tersebut apabila menjaringkan gol tunggal negara ketika tewas 1-2 kepada New Zealand.

Pasukan ini akan diturunkan dalam posisi 4-4-2 diamond, dengan Ahmad Shahrul Azhar menjadi pelindung kepada back four, manakala Mohd. Hardi Jaafar menghubungkan barisan serangan dengan jentera tengah. Pasukan yang dibarisi 7 pemain yang pernah menjadi kapten ini akan diketuai oleh Ahmad Shahrul.

Bagaimana pula pendapat anda? Sila berikan barisan pemain yang anda rasakan paling mantap bagi mendokong cabaran negara pada Piala Asia 2007.

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


3 Respons to “Piala Asia 2007: Siapa Layak Jadi Rimau XI?”

  1. very nice blog you have here. video malaysia menang pesta bola merdeka memang tidak akan boring untuk di ulang rasanya, saya akan berhenti mengulang bila malaysia menang gold medal di sea game πŸ˜€

    my fav player kat msia is Indra and yes sampai sekarang i still think he is malaysia’s best left winger.

    thank you for acknowledging Safee Sali dari Sarawak. The Sarawak connection Safee memang kami tidak akan lupakan. Tambah2 lagi selepas Safee berkahwin dengan orang Sarawak.

    Keep up the good work bro, feel free to visit other enthusiast of local football at http://www.ultracrocs.com

    oh by the way, i’m an ultracrocs πŸ˜€

  2. Terima kasih orang Sarawak. Laman ultracrocs.com memang betul-betul kemas! Nampaknya orang Sarawak begitu fanatik dengan pasukan negeri mereka!

    Ya, Safee pada waktu artikel ini ditulis merupakan milik Sarawak. Kini, beliau milik negeri kelahiran beliau, Selangor. Saya juga lahir di Selangor dan penyokong pasukan Selangor.

  3. I rasa Aidil Zafuan tidak boleh dipandang biasa. Dia boleh jadi beckenbauer kita. Chun Keng Hong pula defender terbaik tempatan. Macam mane Farizal Rozali tak masuk pasukan Sathianathan aku tak tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: