Kalau Hendak Menang, Datanglah Ke PJ!

Stadium Petaling Jaya adalah tempat yang istimewa buat pasukan bolasepak Malaysia. Siapa tidak ingat perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 2001, Malaysia lawan Indonesia?

Saya dan rakan-rakan tiba lewat untuk perlawanan tersebut. Sudahlah lambat, harapan pula terus punah apabila melihat ramai peminat menjulang tiket masing-masing di hadapan pintu pagar yang telahpun ditutup. Sedangkan kami belumpun membeli tiket!

Perlahan-lahan saya berhimpit-himpit di tengah-tengah orang ramai sehingga tiba di hadapan kaunter tiket. Tiada orang di kaunter. Saya melihat lubang tempat menghulur wang di kaunter. Muat-muat kepala!

Saya pun terus duduk di atas kaunter. Apabila yakin tiada polis di sekeliling, saya terus menyelinap masuk ke dalam stadium melalui lubang berkenaan! (Amaran Keras: Jangan Tiru Aksi Ini!)

Serta-merta saya menyuruh rakan saya masuk, diikuti oleh beberapa orang peminat yang lain. Saya kemudian keluar daripada kawasan kaunter dan masuk ke tandas. Namun malang sekali, seorang anggota polis menyedari peminat lain yang mengikuti di belakang. Peminat tersebut kelam-kabut lari ke tandas, menyebabkan saya dan rakan-rakan turut sama tertangkap!

Saya meminta maaf kepada anggota polis berkenaan, sambil menjelaskan bahawa kami memang sedia untuk membeli tiket, namun ia telah habis dijual. Alangkah terkejutnya saya apabila anggota polis tersebut menyatakan bahawa beliau faham, dan hanya meminta kami menyerahkan kad pengenalan kami untuk disimpan oleh beliau sehingga akhir perlawanan! Terima kasih Tuan!

Apabila kami melangkah masuk ke kawasan tempat duduk, pemandangan di stadium benar-benar fantastik. Separuh daripada stadium dipenuhi oleh penyokong Malaysia, manakala separuh lagi oleh penyokong Indonesia. Penuh! Bayangkan, kami tiada tempat untuk duduk walaupun di tangga, sehingga memaksa kami memanjat ke atas sebuah tangki air.

Dalam perlawanan berkenaan, Indonesia telah menjaringkan gol untuk mendahului Malaysia. Tempik sorak penyokong Indonesia sambil menjulang bendera besar yang diangkat puluhan orang begitu mengkagumkan. Penyokong Malaysia hanya membawa bendera saiz standard yang amat kecil jika dibandingkan dengan bendera Indonesia yang dijulang itu.

Namun, Malaysia telah menyamakan kedudukan sebelum akhirnya menjaringkan gol kemenangan. Kami terlompat kegembiraan sehingga menimbulkan kebimbangan tangki air itu runtuh.

Apa yang paling saya ingat ialah bagaimana beribu-ribu penyokong Malaysia kemudiannya menyanyikan lagu ‘Barisan Kita’. Gegak gempita stadium. Lupakan The Kop. Anda perlu berada di sana untuk mempercayainya. Oleh itu, jom turun ke Stadium Petaling Jaya untuk semi-final!

Perlawanan akhir Sukan SEA pada tahun itu kemudiannya telah diadakan di Shah Alam, di mana Malaysia tewas kepada Thailand 0-1 pada minit-minit akhir.

Itulah, lain kali kalau hendak menang, datanglah ke PJ!

Rimau XI

[Kembali ke Laman Utama]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: