Kelayakan Piala Asia B-22: Penipuan Umur Pemain Oleh Myanmar

Kejohanan Piala Asia B-22 yang dianjurkan oleh AFC hanya membenarkan pemain di bawah umur 22 tahun untuk diturunkan. Menurut peraturan kejohanan, pemain yang lahir sebelum 1 Januari 1991 adalah tidak layak untuk menyertai kejohanan ini.

Myanmar walau bagaimanapun telah menurunkan sekurang-kurangnya dua pemain lebih umur, termasuklah kapten pasukan, Kyaw Zayar Win:

(Klik untuk besarkan imej) Tarikh lahir pada Oktober 1988 bermakna umur pemain ialah 23 tahun.

http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=282518/index.html

(Klik untuk besarkan imej) Tarikh lahir pada November 1987 bermakna umur pemain ialah 24 tahun.

http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=282538/index.html

Keputusan seri 0-0 antara pasukan favourite Korea Selatan dengan Myanmar, yang juga merupakan tuan rumah bagi perlawanan-perlawanan kelayakan Kumpulan G, seharusnya mencetus tanda amaran kepada AFC.

Sekiranya Malaysia, yang tewas 2-1 kepada Myanmar, dibenarkan untuk menyenaraikan 2 pemain lebih umur ke kejohanan ini, maka ia boleh membawa pemain-pemain seperti:

1. Pemenang Piala AFF Suzuki 2010 Norshahrul Idlan Talaha untuk bergandingan dengan pemain berusia 20 tahun, Rozaimi Abdul Rahman di bahagian serangan.
2. Pemain pertahanan pasukan kebangsaan senior Aidil Zafuan Radzak untuk bergandingan dengan pemain berusia 21 tahun, Mohd. Fadhli Shas di bahagian pertahanan.

Apa yang lebih mengejutkan ialah berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada para penganjur Piala Hassanal Bolkiah 2012 [Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei (KKBS), Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Asean (AFF)], sebuah kejohanan bolasepak bawah 21 tahun yang baru sahaja berakhir pada Mac lepas, kapten Myanmar Kyaw Zayar Win memiliki tarikh lahir yang berbeza berbanding dengan tarikh yang dimaklumkan kepada FIFA:

(Klik untuk besarkan imej) Kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win memaklumkan tarikh lahir berbeza kepada penganjur Piala Hassanal Bolkiah berbanding dengan tarikh yang direkodkan oleh FIFA.

http://www.hassanalbolkiahtrophy.com.bn/?page_id=263

Percanggahan maklumat tarikh lahir seseorang pemain yang diserahkan dalam kejohanan-kejohanan terdahulu pernah dijadikan alasan oleh FIFA untuk menggantung pasukan daripada pertandingan-pertandingan anjurannya sebelum ini:

Fifa banned Nigeria from all international fixtures for two years after finding that the birth dates of three of their players in the 1988 Olympics were different from ones used by the same players in previous tournaments.

(Fifa menggantung Nigeria daripada semua perlawanan antarabangsa selama dua tahun selepas mendapat tahu bahawa tarikh-tarikh lahir bagi tiga pemain mereka di Olimpik 1988 adalah berbeza daripada yang digunakan oleh pemain-pemain yang sama dalam kejohanan-kejohanan terdahulu.)

The Observer

[Kembali ke Laman Utama]


Satu Respons to “Kelayakan Piala Asia B-22: Penipuan Umur Pemain Oleh Myanmar”

  1. jadi apa lagi fam, siang-siang lagi dah mengaku kalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: