Red Flag #1: PDRM 5 – 3 Perlis (15 Jun 2012)

Red Flag #1
Perlawanan: PDRM vs. Perlis (Liga Perdana)
Tarikh: 15 Jun 2012 (Jumaat)
Keputusan: PDRM 5-3 Perlis

Pemain PDRM dan pemain Perlis #1 cuba mengejar bola. Perhatikan terdapat 4 orang pemain Perlis yang sedang bertahan.

Pemain Perlis #1 berjaya mendahului pemain PDRM dan melindungi (shield) bola daripada pemain PDRM. Kelihatan penjaga gol sedang meluru dari garisan gol untuk menangkap bola.

Pemain Perlis #1 menghalang pemain PDRM daripada menghampiri penjaga gol. Pemain #2 sudah tiba untuk membantu.

Penjaga gol sudah menghulurkan tangan untuk menyambut bola.

Bola sudah berada di tangan penjaga gol. Pemain PDRM sudah diapit oleh pemain Perlis #1 dan #2.

Tiba-tiba penjaga gol merebahkan badan ke hadapan bola. Namun pemain Perlis #1 dan #2 masih mengapit pemain PDRM.

Penjaga gol bergolek jauh di hadapan bola. Bola tidak ditepis ke tepi sebaliknya masih terbiar di hadapan pemain PDRM.

Bola betul-betul di lorong hadapan pemain PDRM. Perhatikan pemain Perlis #1 sedang berlari ke arah bertentangan.

Bola sama sekali jauh daripada penjaga gol. Pemain Perlis #2 dan #3 tidak menghampiri bola. Pemain #1 terus berlari ke arah bertentangan.

Pemain PDRM berlari untuk mendapatkan bola. Perhatikan kedudukan bola tidak berubah daripada gambar-gambar sebelum ini, seolah-olah langsung tidak diusik oleh penjaga gol. Pemain Perlis #1 terus berlari ke arah bertentangan.

Penjaga gol, pemain Perlis #2 dan #3 kelihatan cuba mendekati pemain PDRM yang hendak melepaskan tendangan.

Gol dijaringkan oleh pemain PDRM. Pemain Perlis #1 langsung tidak kelihatan di dalam frame. 2 pemain PDRM yang seakan-akan terkejut kelihatan tidak berminat untuk meraikan gol.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: