Serpico

Serpico ialah seorang anggota polis New York. Nama penuh beliau ialah Francesco Vincent Serpico, juga dikenali sebagai Frank.

Walaupun Serpico merupakan anggota polis, namun ini tidak bermakna bahawa beliau perlu terikut-ikut gaya rakan-rakan polis di sekeliling beliau. Kalau rakan polis beliau hisap dadah, tak perlulah beliau ikut. Kalau rakan polis beliau belasah orang, tak perlulah beliau ikut. Kalau rakan polis beliau makan rasuah, tak perlulah beliau ikut.

Sikap jatidiri Serpico yang tinggi ini sama sekali tidak dihargai oleh rakan-rakan sekerja di dalam Jabatan Polis New York.

Pada suatu hari yang bertarikh 3 Februari 1971 di Brooklyn, Serpico bersama-sama tiga lagi anggota polis membuat serbuan dadah di sebuah apartmen. Serpico memerhatikan urusniaga jual beli dadah dari bumbung apartmen. Tiga orang anggota polis yang lain menunggu di dalam sebuah kereta. Dua orang remaja kemudian keluar dari apartmen berkenaan. Serpico dan rakannya menangkap dua orang remaja tersebut. Mereka didapati membawa dua beg berisi heroin.

“Okey, mari kita masuk dan tangkap si Mambo ini,” kata seorang rakan Serpico.

“Macamana kita nak buat ni?” tanya Serpico.

“Kaulah yang pergi pura-pura beli. Bukakkan pintu tu untuk kitorang. Kaukan boleh cakap Sepanyol,” jawab rakan Serpico itu.

Serpico bersama-sama dua orang rakan beliau naik ke apartmen tersebut. Serpico kemudian mengetuk pintu: “Mambo…”. Pintu itu dibuka sedikit dengan rantai pintu masih terpasang. Serpico menolak pintu dan rantai itu terputus. Serpico cuba masuk namun pintu itu kemudian ditahan dari dalam. Serpico memaling ke belakang untuk meminta tolong daripada rakan-rakannya. Beliau kemudian berpusing semula menghadap pintu itu. Tiba-tiba beliau ditembak di bahagian muka. Peluru itu menembusi pipi Serpico dan tersangkut di rahang.

Dalam keadaan nazak, Serpico telah diselamatkan oleh seorang penduduk apartmen yang menelefon ambulans dan menemani beliau sehingga ambulans datang. Rakan-rakan polis Serpico, yang tidak suka dengan sikap beliau yang menentang penyalahgunaan kuasa, telah meninggalkannya.

Mereka lebih rela beliau mati sahaja.

Fighting alone.

Serpico bagaimanapun berjaya diselamatkan dan pulih daripada kecederaan yang beliau alami. Pada Oktober dan Disember tahun yang sama, beliau telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Knapp mengenai penyalahgunaan kuasa dalam polis. Serpico bersara pada tahun 1972 dan menerima anugerah pingat tertinggi dalam Jabatan Polis New York.

Serpico, ialah seorang whistleblower.

Serpico tidak ubah seperti Stanley Adams, seorang pekerja firma farmaseutikal Swiss, Hoffman-LaRoche, yang mendedahkan amalan anti-kompetitif majikannya. Stanley kemudiannya ditangkap.

Serpico tidak ubah seperti Qiao Songju yang mendedahkan mengenai wabak selesema burung kepada dunia dan kemudiannya dipenjarakan. Serpico tidak ubah seperti Satyendra Kumar Dubey yang mendedahkan korupsi dalam Lembaga Lebuhraya Kebangsaan India (National Highways Authority of India) dan kemudian dibunuh.

Serpico tidak ubah seperti Tan Sri Annuar Musa yang dipecat.

Dan seperti Serpico, Tan Sri Annuar Musa ialah seorang yang berani berhadapan dengan bekas majikan beliau. Seperti yang Tan Sri katakan sendiri, beliau tidak cari makan daripada bolasepak. Beliau hanya seorang sukarelawan bolasepak. Sukarelawan seperti penyokong-penyokong bolasepak marhaen yang lain. Sukarelawan yang cintakan bolasepak tempatan, yang mahukan bolasepak tempatan disucikan daripada korupsi. Inilah cita-cita Tan Sri Annuar Musa.

Sukarelawan-sukarelawan bolasepak lain yang berkongsi cita-cita yang sama tidak akan boleh menemui insan lain seperti Tan Sri Annuar Musa untuk menerajui perjuangan mereka. Mungkin ada orang lain yang jujur, tetapi tidak sanggup menanggung risiko untuk jadi whistleblower. Mungkin ada orang lain yang boleh jadi whistleblower, tetapi tidak memiliki pengaruh dan kuasa untuk menentang penzalimnya.

Gambar daripada Berita Harian.

Tan Sri Annuar Musa memiliki kedua-duanya. Kini para sukarelawan bolasepak tempatan sudah menemui jaguh mereka.

Adalah malang sekiranya mereka membiarkan jaguh mereka berjuang seorang diri. Seperti rakan-rakan Serpico: mereka lebih rela beliau mati sahaja. [Kembali ke Laman Utama]


2 Respons to “Serpico”

  1. Spot on bro. I shuddered after reading this….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: