Sukan SEA 2011: Spesies Terancam – Pemain Bolasepak Jawa

Published on: Nov 16, 2011 @ 11:38

 

Click here for article in English

Jawa, tempat letaknya ibukota Jakarta.
Jawa, tanah tumpah darah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Jawa, pulau yang memiliki populasi paling padat DI SELURUH DUNIA.
Jawa, tempat berteduh bagi 60% daripada keseluruhan jumlah penduduk Indonesia: negara berpopulasi keempat terbesar di dunia.
Jawa, tempat asal 7 daripada 15 kelab Indonesia Super League.

Namun, daripada sebelas pemain Indonesia yang menjadi kesebelasan utama ketika menentang Thailand 13 November lepas, hanya empat orang yang berasal dari Jawa, termasuklah penjaga gol. Tidak sampaipun separuh.

Inilah masa hadapan bolasepak Indonesia.

Indonesia agak lambat menceburi bidang naturalisasi pemain asing dalam bolasepak, suatu industri yang dipelopori Singapura di Asia Tenggara. Mungkin antara sebab utamanya ialah Indonesia masih utuh mempercayai kemampuan dan kebolehan anak-anak jatinya yang berjumlah 237 juta orang. Namun kepercayaan ini mula terhakis apabila Indonesia menurunkan penyerang Uruguay dan pemain tengah Belanda pada Piala AFF 2010. Sudah tiada tempat dalam kesebelasan utama untuk penyerang legenda Jawa: Bambang Pamungkas.

Sudah tiada ruang bagi Bambang.

Pada mulanya, keputusan mengenepikan bakat tempatan itu tampak membuahkan hasil, apabila Indonesia membelasah Malaysia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Namun, kejohanan tersebut bakal berakhir dengan tragedi apabila barisan Indonesia yang diperkuat awang import tumpas di final: juga kepada Malaysia, yang rata-rata menurunkan pemain-pemain anak tempatan di bawah usia 23 tahun.

Mana-mana peminat bolasepak tulen pasti merasakan bahawa Indonesia akan insaf dan mula kembali kepada usaha mengasuh dan membangunkan bakat-bakat bolasepak muda tempatan. Nurdin Halid, Pengerusi PSSI melepaskan jawatannya. Bolasepak Jawa, tampak akan berputik segar.

Namun ironiknya, pemergian Nurdin Halid bukanlah akhirnya diakibatkan oleh demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh beribu-ribu peminat bolasepak Indonesia. Nurdin Halid melepaskan jawatan akibat campurtangan asing: FIFA, yang mengharamkan beliau daripada bertanding untuk penggal kali ketiga bagi merebut jawatan Pengerusi PSSI.

Campurtangan asing ini jugalah yang sayangnya masih ditagihkan oleh kepala-kepala PSSI yang baru. Tatkala era Nurdin Halid hanya menyaksikan Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim bermain untuk Indonesia, era baru PSSI bakal menyaksikan lebih ramai awang import: Diego Michiels (Belanda), Ruben Wuarbanaran (Belanda), Joey Suk (Belanda), Stefano Lilipaly (Belanda), Jhon van Beukering (Belanda), Sergio van Dijk (Belanda), Tonnie Cusell (Belanda), malah dua pemain yang tiada asal usul Indonesia iaitu Victor Igbonefo (Nigeria) dan Greg Nwokolo (Nigeria).

Askar upahan: Tatkala berduyun-duyun rakyat Indonesia mencari rezeki di perantauan, kerajaan Indonesia lebih percaya kepada kemampuan tenaga kerja asing. Dari kiri: Tonnie Cusell (Belanda), Stefano Lilipaly (Belanda), Greg Nwokolo (Nigeria), Jhon van Beukering (Belanda), Victor Igbonefo (Nigeria).

Sembilan orang kesemuanya.

Tambah dua orang pemain daripada era Nurdin Halid jadi sebelas orang.

Mungkin satu-satunya posisi yang masih boleh diisi oleh pemain bolasepak Jawa ialah penjaga gol. Namun adakah patut berjuta-juta penduduk Jawa, jantung dan nadi Indonesia, dihimpit untuk merebut hanya satu tempat dalam kesebelasan Garuda?

Tidak cukup dengan asakan pemain asing, pemain-pemain bolasepak Jawa juga kini menghadapi kebangkitan kuasa bolasepak Papua. Di samping seorang pemain Belanda, Diego Michiels, empat daripada kesebelasan utama Garuda Muda di Sukan SEA 2011 ialah pemain yang berasal dari wilayah Papua.

Kebangkitan bolasepak Papua. Kemerosotan bolasepak Jawa?

Barisan serangan Indonesia kini sama sekali tiada rupa Jawa. Apa yang menghairankan ialah ke mana hilangnya pemain-pemain Papua sebelum ini. Apa yang diketahui ramai ialah wilayah Papua mempunyai sejarah penentangan terhadap kerajaan Indonesia yang dikuasai Jawa. Di sebalik cerita-cerita politik tersebut, kelab bolasepak Papua, Persipura, kini telah menjuarai liga Indonesia Super League dua kali termasuk tahun ini, sejak mula menyertai pertandingan bolasepak utama Indonesia pada tahun 2005.

Persipura, kelab dari Jayapura, ibukota wilayah Papua. Juara Indonesia Super League 2010-2011.

Tahun 2012 bakal menyaksikan ke manakah hala tuju dan nasib bolasepak Jawa, tatkala pertandingan bolasepak senior Piala AFF berlangsung di Kuala Lumpur. Dengan sebelas awang import, seluruh Asia Tenggara ternanti-nanti sama ada masih ada saki-baki ruang di jiwa Garuda untuk pemain kelahiran tanah tumpah darah mereka.

Ataukah 135 juta penduduk Jawa sudah patut memulakan fokus kepada kerja-kerja lain dan melupakan langsung kerjaya dalam bolasepak.

Click here for article in English

Advertisements

3 Respons to “Sukan SEA 2011: Spesies Terancam – Pemain Bolasepak Jawa”

  1. baik melhat awak dari papua bermain bolasepak

  2. Ap kbar indonesia sdh 2 kali kalah dgn malaysia dunia indonesia luas dri sbg smpai marauke cari la pemain yg bsa di andal kan..sy hrp dgn pengurus pemain bola sepak ìndonesia…jgn cri di pulau jawa sja,sumatra yg luas blh di cari jgn buat rakyat indonesia kecewa lg.

  3. Rakyat ìndonesia di malaysia ngak mau lg dgr pemain indonesia kalah dgn pmain malaysia buat la nma indonesia harum dan segar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: