Pemburuan Haram

pemburuharam

Seorang pemburu haram berdiri megah sambil memijak bangkai mangsa buruannya.

Sekarang ini ramai yang sudah tahu berita mengenai Asraruddin Putra (kapten Selangor), Wak Am (naib kapten dan legenda Selangor), Mahali Jasuli dan Norazlan Razali yang dikhabarkan akan berpindah ke pasukan JDT musim hadapan. Wak Am juga dikhabarkan bakal mendapat gaji sebanyak RM1 juta setahun.

Itu rezeki beliau.

Perihal tindakan untuk merapati (approach) pemain pasukan lawan ketika musim masih berlangsung ini bukan satu benda yang baru. Mungkin Selangor juga pernah melakukan perkara yang sama. Ya, ia tidak beretika kerana kedua-dua pasukan, JDT dan Selangor, sedang bertanding dalam pertandingan yang sama (Piala Malaysia).

Ia satu taktik underhand. Satu sikap yang tidak gentleman.

“Mungkin beliau akan mengatakan “You bloody ****s!””

Sebenarnya perkara ini juga berlaku di liga-liga ternama di Eropah. Masih ingatkah kita tatkala David Moyes, bekas pengurus Everton yang kini menjadi pengurus Manchester United, menyifatkan tindakan Manchester City memburu Joleon Lescott (pemain pertahanan Everton) sebagai “tiada kelas” dan “menjijikkan”. Itu baru cerita pemburuan seorang pemain. Bayangkan apa yang akan dikatakan oleh David Moyes sekiranya SEPARUH daripada pasukan beliau diburu secara haram oleh Manchester City? Mungkin beliau akan mengatakan “You bloody ****s!”

Inilah yang berlaku sekarang ini. Cara JDT approach sehingga separuh kesebelasan utama Selangor – kesemuanya pemain-pemain tonggak. Hasilnya, semua sudah lihat di atas padang, bukan? Selangor, naib juara Liga Super, yang dilabel favourite untuk menjuarai kumpulan yang dipenuhi kelab dan pasukan Liga Perdana, tiba-tiba mendapat tempat tercorot.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, meletakkan jawatan secara rela hati sebaik Selangor dikalahkan oleh pasukan kelab Liga Perdana, Sime Darby 0-3, sekaligus hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan pusingan pertama kumpulan. Mungkin Irfan merasakan bahawa selagi gejala pemburuan haram pemain ini berleluasa, selagi itu tiada apa yang dapat dilakukan oleh beliau untuk memastikan pemain memberikan fokus 100% kepada majikan yang sedia ada.

irfan

Irfan Bakti meletakkan jawatan secara rela – walaupun pusingan kedua peringkat kumpulan masih belum bermula. (Gambar daripada NST)

Adakah apa-apa yang boleh dilakukan daripada menghalang perkara ini berlaku?

Tidak. Jika ada, sudah pasti Manchester City telah dihukum kerana memburu Lescott secara haram.

Tiada undang-undang FIFA yang menghalang perkara ini daripada berlaku. Undang-undang FIFA hanya menyatakan bahawa apabila gejala pemburuan haram ini berlaku kepada pemain di bawah umur, maka kelab yang mengambilnya perlu membayar pampasan kepada kelab yang melatih pemain tersebut. Ini bermakna kelab yang melatih pemain akan dibela dan tidak akan dibiarkan mengalami kerugian apabila pemainnya ‘dicuri’ oleh kelab lain:

Article 20 Training compensation
Training compensation shall be paid to a player’s training club(s): (1) when a player signs his first contract as a professional and (2) each time a professional is transferred until the end of the season of his 23rd birthday.

[Artikel 2 Pampasan latihan
Pampasan latihan akan dibayar kepada kelab latihan bagi seorang pemain: (1) apabila seorang pemain menandatangani kontrak pertama sebagai seorang profesional dan (2) setiap kali seorang profesional dipindahkan sehingga akhir musim pada harijadinya yang ke-23.]

Pada tahun 2009, FIFA pernah menguatkuasakan larangan perpindahan pemain ke atas Chelsea, kerana ‘mencuri’ pemain tengah Gael Kakuta daripada kelab Perancis yang melatihnya, RC Lens. Apa yang menakjubkan, larangan FIFA ini telah ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport), yang menyatakan bahawa kontrak antara Kakuta dan RC Lens tidak sah. Larangan FIFA tersebut serta merta ditarik balik.

“Ini sudah bukan lagi sekadar taktik yang tidak gentleman. Ini sudah menjadi satu konflik kepentingan (conflict of interest).”

Tetapi apa yang membezakan kes JDT dengan kes Chelsea ialah, walaupun JDT sudah pasti akan membayar wang perpindahan kepada Selangor, namun terdapat maklumat yang diterima bahawa ada pemain Selangor yang telahpun menerima bayaran daripada JDT pada minggu lepas! Jika ini dapat dibuktikan, maka ia merupakan satu pengkhianatan besar kepada para penyokong yang membayar harga tiket dan datang untuk memberikan sokongan kepada pemain-pemain Selangor, sedangkan para pemain tersebut telah menerima wang daripada sebuah pasukan lain. Apatah lagi ketika JDT dan Selangor sedang bertanding dalam satu pertandingan yang sama. Malah pasukan Johor FA yang berada di bawah satu payung dengan JDT, bersaing dengan Selangor dalam kumpulan yang sama. Tindakan ini sudah pasti akan mempengaruhi fokus, prestasi, dan seterusnya, keputusan di atas padang. Ini sudah bukan lagi sekadar taktik yang tidak gentleman. Ini sudah menjadi satu konflik kepentingan (conflict of interest).

Perkara ini adalah salah daripada segi undang-undang FIFA:

Article 18bis Third-party influence on clubs
1. No club shall enter into a contract which enables any other party to that contract or any third party to acquire the ability to influence in employment and transfer-related matters its independence, its policies or the performance of its teams.
2. The FIFA Disciplinary Committee may impose disciplinary measures on clubs that do not observe the obligations set out in this article.

[Artikel 18bis Pengaruh pihak ketiga ke atas kelab
1. Tiada kelab patut mememasuki kontrak yang membolehkan mana-mana pihak lain di dalam kontrak tersebut atau mana-mana pihak ketiga untuk memperolehi kebolehan untuk mempengaruhi kebebasan, polisi atau prestasi pasukannya dalam pekerjaan dan perkara-perkara berkaitan perpindahan.
2. Jawatankuasa Disiplin FIFA boleh mengenakan langkah disiplin ke atas kelab yang tidak mematuhi kewajipan yang dinyatakan di dalam artikel ini.]

Persoalannya, adakah pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang?

Adakah para penyokong mahu membiarkan pengkhianatan seperti ini berleluasa selama-lamanya?

Itu satu persoalan yang kita perlu tanya kepada diri sendiri, bukan?

Advertisements

2 Respons to “Pemburuan Haram”

  1. wah so ko nk tuduh jdt la? skrg spe yg mng mse prlawanan tu? bgi bukti dulu bru bleh ckap..jgn smbrang bro..

  2. Perkongsian yang manrik bro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: