Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?

“Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, bolasepak Malaysia hebat tak macam hari ini.”

Itulah ayat cliche yang wajib kedengaran daripada mulut golongan pakcik-pakcik dan abang-abang setiap kali menyampuk perbualan anak-anak muda mengenai bolasepak Malaysia hari ini. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Kalau hendak tambah sedap, petiklah nama Santokh Singh, R. Arumugam atau mana-mana lagi pemain era 70-an yang lain.

Tidak kisahlah sama ada pakcik atau abang yang mendabik dada itu memang pernah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka, atau sekadar menonton Mokhtar Dahari beraksi di televisyen sahaja, atau mereka sendiri sebenarnyapun tidak pernah mengikuti perkembangan bolasepak semasa dekad 70-an. Mungkin mereka sekadar tahu petik nama Mokhtar Dahari atau Soh Chin Aun sahaja kerana sebenarnya pada zaman tersebut mereka masih lagi menyusu ibu atau lebih berminat main guli.

Jadi adakah benar dekad 70-an merupakan zaman emas bolasepak negara?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa satu-satunya peristiwa di mana kita bermain di Sukan Olimpik telah berlaku pada dekad 70-an: lebih tepat lagi pada tahun 1972. Selain itu, kita juga layak untuk ke Sukan Olimpik 1980 – di penghujung dekad 70-an, namun kita tidak bermain apabila memboikot edisi tersebut yang diadakan di Moscow.

Allahyarham Mokhtar Dahari tiada dalam skuad yang bermain di Sukan Olimpik 1972, dan tiada dalam kesebelasan yang menumpaskan Korea Selatan 2-1 untuk layak ke Sukan Olimpik 1980.

Prestasi terhebat pasukan era tersebut telah dipamerkan di pentas Sukan Asia. Kita berjaya merangkul pingat gangsa pada edisi 1974 di Tehran. Namun, adakah kita pernah memenangi apa-apa selain itu? Kita layak ke Piala Asia pada tahun 1976 namun kita tidak menang sebarang perlawanan. Akibatnya kita menduduki tempat ke-5 daripada hanya 6 pasukan yang bertanding. Ya, hanya 6 pasukan yang bertanding, sedikit bukan? Kita juga layak ke Piala Asia 1980 tetapi hanya berjaya menang satu perlawanan sahaja dan sekadar mendapat tempat ke-6 daripada 10 pasukan yang bertanding.

Tanpa apa-apa kejuaraan di peringkat Asia, maka adalah tidak betul untuk melabel Malaysia sebagai gergasi Asia di era 70-an. Jika ia tidak betul, maka ia satu pembohongan. Mungkin apa yang lebih tepat ialah menyatakan bahawa Malaysia MAMPU BERSAING dengan gergasi Asia pada dekad tersebut. ‘Kemampuan bersaing dengan gergasi’ dan ‘menjadi gergasi’ – ialah dua perkara yang sama sekali berbeza.

Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972. Siapa lagi gergasi bolasepak Asia ketika itu yang layak? Burma a.k.a. Myanmar. Data daripada linguasport.com.

Kita juga perlu menerima hakikat betapa landskap bolasepak Asia pada dekad 70-an sangat berbeza daripada zaman sekarang. Di manakah gergasi-gergasi bolasepak Asia kini, pada dekad 70-an?

Jepun (ranking pertama Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan acara bolasepak Sukan Olimpik daripada edisi tahun 1972, sehinggalah tahun 1996.
2. Sebelum itu telahpun merangkul pingat gangsa Olimpik 1968 di Mexico City.

Australia (ranking ke-2 Asia)
1. Tidak bertanding di Asia. Hanya menyertai AFC pada 1 Januari 2006.

Iran (ranking ke-4 Asia)
1. Bolasepak sama sekali diabaikan selepas Revolusi 1979 dan Perang Iran-Iraq (1980-88).
2. Sebelum itu menang Piala Asia 3 kali berturut-turut pada edisi 1968, 1972 dan 1976.

Perang telah menghancurkan arena bolasepak tempatan Iran. Sebelum perang, mereka jadi juara Piala Asia 3 kali berturut-turut.

China (ranking ke-5 Asia)
1. Menarik diri daripada keahlian FIFA pada 1958 sebelum menyertai semula pada tahun 1979.

Uzbekistan (ranking ke-6 Asia)
1. Masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Iraq (ranking ke-7 Asia)
1. Tempat ke-4 Piala Asia 1976. Tidak menyertai Piala Asia selepas itu sehinggalah edisi 1996.

Jordan (ranking ke-8 Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sebelum tahun 1986.
2. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1976 sehingga 1980.

Arab Saudi (ranking ke-9 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1956 sehinggalah 1972.
2. Menarik diri daripada Piala Asia 1976.
3. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sehinggalah tahun 1978.
4. Liga bolasepak tempatan hanya mula dianjurkan pada tahun 1976.

Kuwait (ranking ke-10 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia sehinggalah tahun 1972.
2. Walaupun tiada pengalaman, namun berjaya menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1976 sebelum menjuarai edisi 1980.

Nampaknya rata-rata kuasa besar bolasepak Asia, yang menghuni ranking 10 ke atas pada masa kini, sedang menanggung kesan akibat peperangan dan pergolakan serantau pada dekad 70-an. Ini mengakibatkan persekitaran bolasepak tempatan mereka terencat selain pemboikotan sama sekali pertandingan-pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa.

Malah, ada daripada kalangan gergasi Asia berkenaan yang tidak menyertai apa-apa pertandingan pada era tersebut: China hanya menyertai FIFA pada akhir dekad 70-an, Australia belum berada dalam naungan AFC dan Uzbekistan sama sekali belum wujud sebagai sebuah negara.

Jika kesemua gergasi-gergasi bolasepak Asia ini aktif bersaing pada dekad 70-an, yakinkah kita bahawa ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing dengan mereka? Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu mencapai sesuatu sekiranya Australia, China dan Uzbekistan menyertai pertandingan peringkat Asia pada era tersebut?

Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing sekiranya Jepun, Iran, Iraq, Jordan dan Arab Saudi tidak menarik diri dan sebaliknya menyertai kesemua pertandingan peringkat benua Asia pada dekad 70-an?

Pada Sukan Asia 1970, ‘skuad zaman emas’ kita telah kalah dengan Myanmar (dahulu dikenali sebagai Burma) dan Kemboja (dahulu dikenali sebagai Republik Khmer). Pada Sukan Asia 1978, ‘skuad zaman emas’ kita dilaukkan oleh China 7-1. Kita, gergasi bolasepak Asia? Mungkin kita hanya boleh menjadi gergasi Asia pada zaman di mana ‘gergasi-gergasi’ bolasepak Asia yang lain ialah Myanmar dan Kemboja.

Di Sukan Asia 1978, Malaysia telah diayam-ayamkan 7-1 oleh China, pasukan yang baru menyertai AFC pada 1974 dan kemudiannya FIFA pada 1979. Sukan Asia 1978 hanya disertai oleh 19 negara, dan acara bolasepak disertai 14 negara, tidak termasuk Iran, Arab Saudi, Jordan dan sudah tentunya Uzbekistan yang masih belum wujud. Sebagai perbandingan, Sukan Asia 2010 disertai oleh 45 negara.

Kita juga perlu terima hakikat bahawa pada dekad 60-an dan 70-an kita bukanpun wakil terbaik ASEAN di peringkat benua. Tatkala kita tidak pernah melangkah jauh dalam Piala Asia, Myanmar pernah menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968. Malah Myanmar pernah merangkul pingat emas Sukan Asia dua kali berturut-turut pada tahun 1966 dan 1970.

Ketika negara-negara Asia lain masih terkial-kial untuk mengenali apa itu bolasepak, dua bekas koloni British yang menerima manfaat pendedahan awal daripada penjajah mereka: Myanmar dan Malaysia, telah mencuri kesempatan untuk menguasai arena bolasepak Asia yang masih mentah.

Kesempatan itu bagaimanapun, tidak akan kekal buat selama-lamanya. Kesempatan itu telah datang, dan kesempatan itu juga telah pergi. Namun, Myanmar sempat juga menjuarai pertandingan di peringkat benua Asia.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Sama seperti Malaysia, Myanmar pernah dijajah oleh British. Namun tidak seperti Malaysia, Myanmar pernah menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968 dan pernah merangkul pingat emas bolasepak Sukan Asia dua kali berturut-turut pada tahun 1966 dan 1970.

Jadi abang-abang dan pakcik-pakcik sekalian, mungkinkah lebih tepat sekiranya kita menganggap Myanmar sebagai pasukan yang lebih hebat daripada Malaysia pada era tersebut?

Atau adakah mereka sekadar bernasib baik? [Kembali ke Laman Utama]

Advertisements

13 Respons to “Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?”

  1. kesimpulannya Presiden FAM perlu letak jawatan…

  2. Senioriti kat Msia ni bangang.. Mm.. ntahlah.

  3. At least pada masa tu kita antara yg dapat memberi saingan. Bro, cuba bandingkan dgn team seperti France, yg hanya hebat pada zaman Platini dan Zidane, apabila generasi diorang retired, team ni terus kurang power. Takpun team Turkey 2002 dan 2008, apabila generasi keemasan Hasan Sas and co retired, juga jadi kurang power. Rasanya ada sedikit persamaan la bro…

    • Masa Hasan Sas main, Sweden, Austria, Brazil tak pergi perang, boikot pertandingan atau baru kenal bolasepak. Generasi Hasan Sas mungkin tak sama dengan generasi Nuri Sahin, tapi landskap bolasepak sama.

      Landskap bolasepak Asia dekad 70-an terlalu lain.

      Malaysia sebenarnya always up there. Kalau kita tak menang Sukan SEA atau AFF Cup pun, kita dpt no. 3, masuk final, masuk semi.

      Tak ada generasi pemain yg. boleh mendabik dada sebagai sgt hebat berbanding generasi pemain lain. Kalau generasi 70-an hebat sgt, kenapa boleh diayam 7-1 dengan China? Generasi skrg pernah kena ayam macam tu sekali ke?

      Kita tak boleh terlalu angkuh sehingga menganggap sesetengah generasi pemain sebagai tak guna langsung. Generasi Akmal Rizal, Indra Putra contohnya is a lost generation, masuk final Sukan SEA tapi kalah 1 gol bodoh dgn Thailand. Kita tak boleh dismiss mereka gagal langsung, lepas tu tak nak guna mereka. The same thing could have easily happened to the current generation. Ingat, kita menang Sukan SEA 2011 pun dgn. Russian roulette.

  4. Yup bro, memang setuju dgn you. Cuma tak faham pernyataan mula2 dari bro, kan ke Turkey lawan Brazil dua kali masa World Cup 2002? Lawan sweden dan austria pun at least dua kali, qualification WC 02. Tapi memang betul pun, kalau masa tu kita terlalu hebat, pasti dah lama kita qualified ke world cup pada zaman 70an tu. Btw saya selalu membuat perbandingan pasal kehebatan pemain keturunan Melayu, cuba kita ambil contoh Fandi Ahmad Singapore tu ( at least dia orang Melayu walaupun rakyat Singapondan ). Rasanya takde lagi pemain keturunan Melayu dekad 80an hingga sekarang yg dapat mengatasi kehebatan dan pencapaian dia, kalau ada pun mungkin hanya menyamai taraf dia sahaja ( in terms of making an impact in Europe and international scene, although most of it are mostly seen as individual achievements rather than team achievements ) Adakah the same analogy dapat dibuat mengenai Mokhtar Dahari?

    • Kalau kita tengok balik route Hasan Sas & co to 3rd place in WC2002, probably one of the easiest. Masa qualifying, dan masa finals itself.

      Dlm qualifying group ada Moldova, Azerbaijan, Macedonia. Group finals China, Costa Rica. Knockout menang 1-0 dgn Jepun & Senegal. Lawan Brazil 2 kali kalah.

      It’s the luck of the draw.

      I dare say the current generation of Turkish players better. Nuri Sahin, Hamit Altintop in Real Madrid, Emre & Arda Turan in Atletico.

      Saya pergi Turki last May, masa Super Final, memang liga mereka higher quality skrg. Hugo Almeida, Quaresma, Simao Sabrosa, Manuel Fernandes, 4 Portuguese internationals tak main kat EPL, or La Liga, or Ligue 1, tapi chose to ply their trade di Besiktas. Belum kira Galatasaray & Fenerbahce. Ramai lagi players yg sgt potential di liga Turki seperti Burak Yilmaz of Trabzonspor dan seniors macam Egemen Korkmaz & Volkan Demirel just as quality as any players in Euro 2012.

      Tapi they don’t have the luck of the draw that Hasan Sas & co had.

      Group diorg ada Germany (semifinalist), Belgium (Hazard & co), Austria. Credit to them for finishing second. Playoff kalah lawan Croatia. But still just prior to Euro, they managed to beat semifinalist Portugal 3-1 (Spain couldn’t even score against Portugal) and host Ukraine 2-0. Except Austria, tak ada satupun team-team ni yg dihadapi oleh Hasan Sas & co on the way to 3rd place WC2002.

      It’s not generational superiority, just simply the luck of the draw.

      Two very different things there bro.

  5. Satu lagi, cuba bandingkan dengan senario sukan2 lain kat M’sia. Rasanya
    skuasy wanita M’sia akan kehilangan taring apabila Nicol Ann David bersara nanti. Badminton lelaki juga sama, apabila Lee Chong Wei bersara kelak. Semuanya berbalik kepada the same problem, masalah kekurangan pelapis dan pengganti yg sama hebat dengan jagoan sekarang…..

    • Squash & badminton – individual sports. Nothing much can be done – it’s either you have talent or you don’t.

      In football it’s totally different bro. Not one player from the Greece’s 2004 team can be considered talented individually, yet it was Greece who still won the Euro and not France, Netherlands nor Portugal.

      That’s football.

  6. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Mencaripenggantijuara/Article/index_html

  7. mengapa malaysia tidak ke kelayakan piala dunia dan piala asia malaysia sekadar di kumpulan

  8. Biarlah asalkn kita per ah beri saingan Dan dikenali. Support LA sikit

  9. pada hemat saya ini suatu tidak tepat perbandingan ranking dibuat berdasarkan zaman yang berlainan. ranking yang dinyatakan adalah ranking sekarang sedangkan jepun yang berada diranking 1 asia pun kita berjaya kalahkan. begitu juga korea, kita pun berjaya kalahkan mereka. maksudnya disini kita adalah setaraf dengan mereka pada zaman tu. tapi sekarang kita tidak mampu menandingi mereka malah dibelasah teruk apabila lawan pasukan terbaik. memang burma(myanmar sekarang) pada masa itu antara team terbaik asia tetapi akibat masalah dalaman politik mereka prestasi mereka merundum. itu kita faham. tetapi situasi berbeza, dalam kemakmuran negara dan pengurusan liga yang lebih profesional, kita masih tidak mampu melahirkan pasukan mampu menandingi pasukan terbaik asia. menang kalah itu bertanding. euro 2016 hari tu pun juaranya portugal bukan belgium yang berada di ranking no 1 dunia. fikir-fikirkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: