Pusara di Padang Bola

Satu-satunya kejohanan yang diidam-idamkan oleh setiap pemain bolasepak di negara ini ialah kejohanan paling tua di seluruh benua Asia, iaitu Piala Malaysia. Piala Malaysia telahpun dimenangi oleh pasukan kelab sebelum ini, iaitu MBPJ FC (dahulu dikenali sebagai MPPJ FC) pada tahun 2003.

Walaupun telah berjaya memenangi hadiah terbesar dalam bolasepak negara, yang bahkan tidak pernahpun dimenangi oleh banyak lagi pasukan-pasukan negeri, apa yang menghairankan ialah kelibat MBPJ FC kini telahpun lenyap sama sekali daripada arena bolasepak negara. Masalah MBPJ FC ialah di kala ghairah mengejar kemasyhuran, ia telah berbelanja di luar kemampuannya.

Ini telah mengakibatkan ia gagal membayar gaji pemain selama beberapa bulan sehinggakan hero Piala Malaysia mereka, Juan Manuel Arostegui bertindak keluar daripada pasukan hanya 24 jam sebelum perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2006.

MBPJ FC kemudiannya kalah kedua-dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia tersebut dengan agregat 5-0.

Keaiban MBPJ FC bertambah apabila 15 buah MPV yang dipajak kepada para pemain telah ditarik sehingga menyebabkan pemain import dari Brazil, Carlos Alberto Ianiski berulang alik ke padang latihan dengan hanya berjalan kaki.

MBPJ FC kemudiannya disaman oleh persatuan bolasepak negeri Perlis yang menuntut hutang baki bayaran perpindahan dua pemain. MBPJ FC terus menerima malu apabila Perlis kemudiannya menarik balik saman atas dasar ‘kasihan’.

Hutang gaji pemain yang ditanggung oleh MBPJ FC dikatakan mencecah RM1.2 juta.

Paku terakhir pada keranda MBPJ FC akhirnya dipasak apabila ia dijatuhkan hukuman gantung selama dua tahun oleh FAM, setelah gagal mengesahkan komitmen untuk menyertai Liga Super 2006-2007, walaupun setelah tarikh akhir penyertaan dilanjutkan selama dua kali.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebenarnya hanyalah sebuah badan di bawah kerajaan negeri Selangor. Namun sepertimana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), daripada meletakkan sokongan 100% terhadap pasukan bolasepak Selangor, MBPJ telah memutuskan untuk mengejar nama untuk diri sendiri. MBPJ memiliki ‘autonomi kewangan’ tetapi ‘autonomi kewangan’ tidak bermakna ‘autonomi politik’. MBPJ tidak bebas daripada apa-apa arahan dan tekanan daripada pihak pentadbiran kerajaan negeri. (bersambung)

Advertisements

~ oleh Rimau XI di September 16, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: