Mr. President, Kindly Step Up To The Plate

FIFA Order of Merit – ketika Mohammed bin Hammam digantung akibat rasuah.

Fungsi FAM, dan Presidennya, tidak pernah akan menjadi fokus sebegitu ramai rakyat Malaysia seperti yang akan dihadapi pada tanggal 4 Julai 2012.

Pada hari ini: yang perlu melatih sudahpun melatih, yang perlu bermain sudahpun bermain. Bagaimana pula yang perlu membantah? Bagaimana pula yang perlu menuntut hak?

Sudah buat belum?

Ketika inilah fungsi sebenar Presiden FAM akan diteliti oleh rakyat Malaysia sedalam-dalamnya. Sekarang ini tugas jurulatih telah tamat. Tugas pemain juga telah tamat. Sekarang ialah masa untuk Presiden FAM bekerja dan mengguna pakai segala pengaruhnya.

Presiden FAM merupakan seorang yang memiliki pengaruh dalam arena bolasepak Asia. Presiden FAM ialah Presiden AFF. Beliau juga pernah menjadi Presiden AFC selama 8 tahun daripada 1994 sehingga 2002. AFC House, ibupejabat AFC, dibina di Bukit Jalil. Pada masa beliau menjadi Presiden AFC, hak penganjuran Piala Dunia di benua Asia berjaya diperoleh. Untuk mendapatkan hak penganjuran pertandingan bolasepak terbesar di dunia bukan sekadar kerja pujuk memujuk. Pujuk memujuk lebih merupakan kerja budak sekolah yang mabuk kepayang. Ini bukan lagi kerja tabur air liur. Ini kerja guna pengaruh: kerja ungkit jasa, kutip budi, tekan menekan, siku menyiku, ‘nasihat menasihati’.

Ketika wakil Asia, Mohammed bin Hammam, mencabar Sepp Blatter untuk jawatan Presiden FIFA, undi daripada wakil-wakil Asia telah berpecah. Perlu diingatkan bahawa Mohammed bin Hammam ialah orang yang mengambil alih tampuk Presiden AFC daripada Presiden FAM. Mohammed bin Hammam jugalah individu yang setelah menjadi Presiden AFC, telah mencadangkan agar AFC House dipindahkan keluar dari Malaysia. Tidak hairanlah ketika Mohammed bin Hammam digantung atas kesalahan rasuah, Presiden FAM telah dianugerahkan FIFA Order of Merit oleh Sepp Blatter. He is Sepp Blatter’s man.

Datuk Seri Sepp Blatter – ketika berkempen untuk jawatan Presiden FIFA, menentang Mohammed bin Hammam.

Sekarang ini, pada 4 Julai 2012, berjuta-juta rakyat Malaysia akan ternanti-nanti sama ada segala pengaruh Presiden FAM itu – pengaruh ke atas Vietnam, Taiwan, Filipina, Korea Selatan – mampu digunakan untuk memberikan tekanan kepada AFC agar hak Malaysia yang dituntut akan ditunaikan. Sewajarnya.

Ya, ia hak yang wajar dituntut dan ditunaikan. Tiada apa yang mengaibkan tentang itu.

Saya tidak tahu apa yang Presiden FAM akan lakukan.

Saya cuma tahu apa yang Tan Sri Annuar Musa akan lakukan kalau dia jadi Presiden FAM. He will step up to the plate.

He might ruffle more than a few feathers in the process but he will make it damn sure that somebody will pay.

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Julai 4, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: