Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?

“Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, bolasepak Malaysia hebat tak macam hari ini.”

Itulah ayat cliche yang wajib kedengaran daripada mulut golongan pakcik-pakcik dan abang-abang setiap kali menyampuk perbualan anak-anak muda mengenai bolasepak Malaysia hari ini. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Kalau hendak tambah sedap, petiklah nama Santokh Singh, R. Arumugam atau mana-mana lagi pemain era 70-an yang lain.

Tidak kisahlah sama ada pakcik atau abang yang mendabik dada itu memang pernah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka, atau sekadar menonton Mokhtar Dahari beraksi di televisyen sahaja, atau mereka sendiri sebenarnyapun tidak pernah mengikuti perkembangan bolasepak semasa dekad 70-an. Mungkin mereka sekadar tahu petik nama Mokhtar Dahari atau Soh Chin Aun sahaja kerana sebenarnya pada zaman tersebut mereka masih lagi menyusu ibu atau lebih berminat main guli.

Jadi adakah benar dekad 70-an merupakan zaman emas bolasepak negara? [Seterusnya]

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Jun 24, 2012.

 
%d bloggers like this: