Kelayakan Piala Asia B-22: Previu Malaysia lwn. Korea Selatan

Barisan Kemungkinan:

Pemain Simpanan:

Penjaga Gol:
Mohd. Farhan Abu Bakar
Muhd. Ilham Amirullah Razali

Pertahanan:
Mohd. Amer Saidin

Tengah:
Wan Zaharulnizam Zakaria
D. Saarvindran
Gary Steven Robbat
Rozaimi Abdul Rahman
Muhd. Ariff Farhan

Penyerang:
Mohd. Azril Nasrulhaq Badrul
Mohammad Azzizan Nordin

Senarai Penggantungan Pemain:

Wan Zack Haikal Wan Noor
Mohd. Fadhli Mohd. Shas

Previu:

Ong Kim Swee bertandang ke Kelayakan Piala Asia B-22 dengan hanya 2 orang pemain simpanan di bahagian pertahanan: malah seorang daripada 2 pemain tersebut sedang menjalani penggantungan perlawanan. Samada ini satu keputusan yang bijak belum akan dapat diketahui, namun begitu Kim Swee mungkin sekarang ini berharap bahawa tiada 2 orang pertahanan yang cedera atau digantung nanti, kerana ini membawa makna bahawa barisan pertahanan makeshift akan terpaksa diturunkan.

Perlawanan menentang Korea Selatan secara konservatifnya patut dihadapi dengan pemikiran damage limitation, namun sepak mula ketika cuaca panas akan memberi kelebihan buat pemain kita. Ketiadaan Fadhli Shas mampu ditampung dengan kehadiran Fandi Othman, namun ini juga bermakna kita kehilangan khidmat Fandi di posisi bek kiri. Syahrul Azwari akan mengambil alih tugas Wan Zack Haikal dan kedua-dua mereka mampu menjaringkan gol daripada sayap kanan.

Skuad Korea Selatan kali ini sangat berbeza apabila menyenaraikan hanya seorang pemain daripada pasukan B-23 Hong Myung-Bo yang diturunkan menentang Qatar ketika Kelayakan Olimpik pada 14 Mac, selain tiada seorang pemainpun daripada pasukan yang diturunkan pada persahabatan B-23 menentang Syria 3 minggu lepas. Rata-rata pemain diambil daripada pasukan-pasukan universiti.

Mungkinkah ini isyarat daripada KFA bahawa mereka tidak memandang serius saingan Piala Asia B-22?

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Jun 23, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: