Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia 2, Korea Selatan 3

Apabila kita melihat Irfan Fazail dan Nazmi Faiz disenaraikan dalam kesebelasan utama, ini akan membawa 2 makna:

1. Ong Kim Swee optimistik bahawa pemain Korea Selatan akan menghadapi masalah bermain di bawah panas terik;
2. Ong Kim Swee optimistik sebaik melihat teamsheet Korea yang rata-rata tertulis nama pemain-pemain universiti.

Ong Kim Swee betul.

Tapi perkara-perkara itu hanya akan menjadi kenyataan pada separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama, ‘Korea University XI’ masih lagi mampu menunjukkan kepantasan dan skil individu. Mereka menjaringkan 2 gol daripada setpiece dan keyakinan mereka terbina. Mereka sangkakan yang mereka boleh ‘makan’ sahaja Harimau Muda.

Ya, budak main tepi jalanpun boleh tunjukkan kepantasan dan skil individu. Soalnya: berapa lama?

Situasi akan berubah apabila separuh masa kedua bermula. Kerana pada separuh masa kedua, seekor harimau lapar yang sudah lama cedera akan dilepaskan. Nama harimau itu ialah Gary Steven Robbat. Harimau ini akan mengejar mana-mana pemain Korea yang berasa ujub dan bongkak akibat dikurniakan sebesar-besar ruang oleh midfield Malaysia untuk menari-nari pada separuh masa pertama. Harimau ini akan menerkam dan membuatkan mereka rasa kaki mereka akan digonggong pada bila-bila masa.

‘Korea University XI’ terbukti pancit macam hendak mati. Pemain mereka mencekak pinggang sambil tunduk mencungap-cungap. Namun kita masih lagi bermain tanpa urgency, dan masih kurang decisive di hadapan gol. Bak kata Kim Swee “kita tiada quality striker. Lawan sudah mahu mampus, tapi kita masih tidak mahu buat tumbukan KO.

Mungkin kita pun sama sudah hampir pancit.

Dan peluang untuk menumpaskan Setan Merah yang takabbur ini lesap begitu sahaja. Oh well

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Jun 23, 2012.

2 Respons to “Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia 2, Korea Selatan 3”

  1. 1st half korea main ‘all out’, 2nd half korea dah penat (main petang banyak tenaga & air badan keluar). Malysia sepatutnya ambil peluang 2nd half,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: