Pedoman Untuk Seorang Penyokong Marhaen

‘N’ (bukan nama sebenar) ialah seorang anak kecil yang meminati pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Minat ‘N’ ini telah dipupuk oleh bapanya, seorang penyokong totok Harimau Malaya yang hatinya mungkin hitam, dan darahnya mungkin kuning. Apa yang pasti otak bapanya masih kekelabuan. ‘N’ dipakaikan oleh bapanya jersi Malaysia tiruan saiz kanak-kanak yang dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil sambil dibawa menonton perlawanan bolasepak secara langsung. ‘N’ juga tidak ketinggalan menonton bolasepak di kaca televisyen dan sudah biasa menjerit “GOL!” sekuat hati bersama-sama bapanya; kadangkala sehingga mengundang marah si ibu. Si ibu turut merasakan rambut ‘N’ patut dibiarkan sedikit panjang seperti rambut ‘N’ yang seorang lagi: iaitu Nazmi Faiz Mansor. [Seterusnya]

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Jun 8, 2012.

 
%d bloggers like this: