Musim Judi

Decisions like this can make coaches lose their jobs (Keputusan-keputusan sebegini boleh membuatkan para jurulatih hilang pekerjaan mereka)
– Steve Darby

Begitulah nada kekecewaan yang diluahkan oleh Steve Darby ketika mengulas perlawanan persahabatan antara Singapura dan Malaysia. Perlawanan ‘persahabatan’, yang pada minit-minit akhir berubah sama sekali menjadi perlawanan pertunjukan ala sarkas.

Mana tidaknya, save yang paling hebat di sepanjang perlawanan – dilakukan oleh Apek ketika menidakkan Singapura di situasi one on one – sepatutnya diberikan penghargaan. Akan tetapi sebaliknya ia mengakibatkan penalti!

Bila Schmeichel buat, diiktiraf antara save terulung. Bila Apek buat, dapat foul.

Dan sejurus selepas penalti itu diselamatkan oleh Apek, satu freekick pula dianugerahkan oleh pengadil Hong Kong Ng Kai Lam kepada Singapura: dalam kotak penalti! Keputusan ini diberikan kononnya sebagai menghukum Aidil yang menjerit “Yes!” setelah menyaksikan rakan sepasukannya Apek menyelamatkan penalti.

Mahsyuk tak bai?

Saya sangkakan musim judi bermula pada tengah malam ini. Rupa-rupanya ia telah bermula seawal pukul 7.45.

Ya, kejohanan seperti Euro 2012 ialah musim judi. Pada musim ini, anda akan lihat individu-individu yang sebelum ini tidak pernah minat tentang bolasepak, tiba-tiba boleh memberitahu anda siapa penjaring terbanyak pasukan Poland. Kedai-kedai makan akan mula ditampal dengan poster-poster jadual perlawanan. Bagi kebanyakan daripada kita, ia mungkin sekadar suka-suka. Tetapi bagi sesetengah golongan, inilah peluang keemasan untuk mereka melampiaskan nafsu berjudi. Golongan mana itu?

Dan negara yang menjadi undisputed champion dalam industri perjudian haram bolasepak ialah tidak lain dan tidak bukan: Singapura.

Menurut pendakwaraya dalam skandal perjudian bolasepak Itali, Roberto Di Martino:

Di kemuncak organisasi ialah individu-individu dari Singapura, mereka yang menggerakkan wang, tetapi pemegang saham adalah terbahagi daripada Barat, ke Timur Jauh, ke Amerika Selatan dan mereka menguruskan bersama-sama orang mereka tentang bagaimana untuk menukar keputusan perlawanan-perlawanan bolasepak.

Peristiwa yang memalit najis ke muka pihak berkuasa Singapura berlaku apabila seorang super bookie Singapura, Wilson Raj Perumal, ditangkap oleh polis Finland di lapangan terbang antarabangsa Helsinki Vantaa. Kini Perumal sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun. Perumal telah mengatur beratus-ratus perlawanan di lima benua, menjana hasil judi bernilai berjuta-juta dollar untuk sindiket-sindiket Asia dan Eropah. Beliau akhirnya ditangkap setelah dikhianati oleh seorang lagi super bookie Singapura: Dan Tan Seet Eng.

Dan Tan Seet Eng: warga Singapura. Gambar daripada Stern Magazine.

Antara kaedah Perumal untuk mengatur perlawanan ialah dengan mewujudkan sendiri sesuatu perlawanan.

Wilson Perumal Raj: warga Singapura. Gambar daripada AFP.

Perlawanan-perlawanan yang diwujudkan ini bukan perlawanan pertandingan kompetitif yang sedia ada, sebaliknya perlawanan-perlawanan persahabatan. Perumal akan menandatangani kontrak yang sah dengan persatuan-persatuan bolasepak kebangsaan seperti Bolivia dan Afrika Selatan dengan bayaran setinggi $100,000 untuk perlawanan dianjurkan. Lazimnya pasukan-pasukan ini akan ditemukan dengan pasukan berprofail tinggi yang mahu mengaut keuntungan daripada penjualan tiket perlawanan pertunjukan. Banyak perlawanan-perlawanan persahabatan yang berlangsung tanpa pengiktirafan FIFA, jadi apa yang super bookie seperti Perumal perlu buat hanyalah membayar sewa stadium dan melantik pengadil.

Perlawanan pertunjukan dengan pasukan kebangsaan. Bunyi macam pernah dengar?

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Jun 8, 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: