Sukan SEA 2011: Indonesia 4, Malaysia 5 – INDON, LU SAPA WA MAU GOYANG?


Republik Indonesia telah menggunakan segala macam muslihat untuk menghancurkan negara jirannya, Malaysia, dalam sukan bolasepak.

Pemain Belanda, Diego Michiels, dianugerahkan kerakyatan mi segera. Dosa opresi yang diludah ke muka warga Papua dijilat licin untuk mengizinkan kudrat pemain-pemain Papua dikerah. Para peminat, pegawai, dan yang lebih biadap, pembesar Indonesia juga, bukan sahaja tidak mahu berdiri memberi hormat, malah mengejek lagu kebangsaan Negaraku setiap kali ia dimainkan. Istilah jijik “MALING! MALING!” dilaung-laungkan. Jurulatih negara, Ong Kim Swee bukan sahaja tidak dibenarkan, malah dihalau secara kasar ketika mahu meraikan kemenangan SELEPAS perlawanan. Latihan pasukan negara hanya mampu dibuat di apa sahaja cebisan kawasan lapang yang wujud di hotel. Bas yang membawa pasukan negara dikerumuni, diterajang dan sentiasa dalam situasi terancam. Tatkala sepatutnya kawalan pengiring keselamatan yang patut ditambah, sebaliknya pasukan negara diarah menaiki kenderaan berperisai Barracuda yang tidak ubah umpama bas sesak tanpa tingkap dan pendingin udara.

Tapi seberapa banyak muslihat yang mampu dilontarkan Indonesia, tidak akan mampu menyamai muslihat yang tersimpan di benak otak jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee. [Seterusnya]

INDON, LU SAPA WA MAU GOYANG???

Advertisements

~ oleh Rimau XI di November 22, 2011.

 
%d bloggers like this: