Sukan SEA 2011: Bagaimana Menjadi Penyokong Bolasepak Yang Pathetic

REBECCA: This is so bad it's almost good. ENID: This is so bad it's gone past good and back to bad again.

Setiap kali Malaysia menang, anda perlu menjadi malu-malu untuk bersorak. Anda wajib segan-silu, tersipu-sipu, berbisik-bisik, terkumat-kamit dan mengomel-ngomel seolah-olah tidak puas hati. Pastikan anda langsung sama sekali tidak disaksikan enjoy kemenangan tersebut. Anda perlu nampak depresif dan tertekan. Semuanya kerana anda takut jika anda dilihat enjoy kemenangan ini, nanti jika Malaysia kalah pula di kemudian hari, anda akan dimaki dan dicaci seolah-olah anda Penarek Becha yang memiliki Ibu Mertuaku. Ingat: perkara ini wajib dilaksanakan ketika Malaysia menang, biarpun Malaysia hanya menang sedikit sahaja perlawanan sepanjang sejarah mereka. Kalah itu salah. Seri itu salah. Ya, menang juga harus menjadi satu kesalahan mandatori yang keji lagi mengaibkan. [Seterusnya]

Advertisements

~ oleh Rimau XI di November 18, 2011.

 
%d bloggers like this: