Piala AFF 2010: Malaysia lwn. Vietnam (2-0)

Tempoh rehat seminggu selepas perlawanan kumpulan terakhir menentang Laos benar-benar dimanfaatkan oleh pasukan kebangsaan untuk bangkit menang 2-0 ke atas Vietnam di separuh akhir.

Kecergasan pemain yang merupakan aspek mustahak dalam bolasepak moden, telah menjadi penentu dalam perlawanan ini, apabila K. Rajagobal sekali lagi mengitar semula strategi yang telah digunakan semasa perlawanan kumpulan menentang Thailand dan Laos: iaitu bertahan pada separuh masa pertama dan menyerang pada separuh masa kedua. Vietnam nyata gagal menyaingi Malaysia yang meningkatkan tempo permainan pada babak kedua sehingga membuahkan 2 gol minit ke-65 dan 83 jaringan Safee Sali.

Pasukan kebangsaan tidak akan membazir masa dan akan terus ke Vietnam hari ini juga untuk memaksimakan tempoh rehat dan latih selama 3 hari sebelum perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi.

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Disember 16, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: