Sukan Asia 2010 Guangzhou: China lwn. Malaysia (3-0)

Malaysia kecundang 0-3 di tangan tuan rumah, China, apabila pengadil Australia, Ben Williams, melayangkan 2 kad merah seawal minit ke-24 kepada pemain pertahanan Malaysia, Mahali Jasuli dan kapten, Safiq Rahim.

Malaysia menamatkan perlawanan dengan 8 orang pemain apabila S. Kunanlan dilayangkan kad kuning kedua. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan negara diterajui 3 kapten berbeza: Safiq Rahim yang diperintah keluar padang apabila membantah keputusan pengadil, Norshahrul Idlan Talaha yang digantikan pada separuh masa kedua, dan akhirnya Asraruddin Putra.

Tuan rumah Sukan Asia, China, yang dibelasah tiga gol tanpa balas oleh Jepun pada perlawanan pertama, dan hampir tewas perlawanan kedua kepada Kyrgyzstan sebelum menang dengan jaringan lewat minit ke-84 dan 94, telah disajikan laluan mudah ketika menentang Malaysia namun berjaya dikekang daripada memanfaatkan kelebihan pemain sehinggalah separuh masa kedua.

China hanya mampu menjaringkan gol melalui setpiece: 2 sepakan percuma dan satu penalti.

Advertisements

~ oleh Rimau XI di November 13, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: