Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Seri 0-0

Perjalanan Malaysia dalam kempen Piala Dunia 2010 terhenti di halangan pertama apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Bahrain, di Stadium Shah Alam.

Perlawanan tersebut lebih berupa pesta kad apabila pengadil melayangkan 2 kad merah seawal minit ke-12 untuk pemain Bahrain, Mahmood Abdul Rahman yang bertindak balas terhadap bentesan sah Aidil Zafuan, serta Aidil sendiri yang kemudiannya mengasari Mahmood pula.

5 minit kemudian, pengurus pasukan kebangsaan, Dato’ Soh Chin Aun pula diperintah meninggalkan bangku simpanan apabila membantah keras keputusan pengadil.

Malaysia mampu menyaingi Bahrain malah mengawal permainan dalam jangkamasa yang agak lama. Apa yang agak mengecewakan adalah persembahan Bunyamin Umar yang sering melakukan kesilapan. Selain itu, Indra Putra pula tampak bermain di bawah tahap sebenar dan kelihatan masih kurang persefahaman dengan barisan bawah 23 tahun negara.

Gerakan-gerakan kreatif mula bertambah apabila Khyril Muhymeen dimasukkan pada separuh masa kedua untuk bermain di posisi kegemarannya sebagai sayap kiri, manakala Indra dipindahkan ke sayap kanan. Saya kurang faham mengapa pemain seperti Khyril yang benar-benar on form di peringkat liga tempatan dan perlawanan antarabangsa diletakkan di bangku simpanan. Adakah beliau korban untuk memberi tempat kepada Indra, yang ternyata kurang cergas?

Walau apapun, pujian patut diberikan kepada pasangan pertahanan tengah ‘bidan terjun’ negara: Norhafiz Zamani dan K. Nantha Kumar, yang seringkali dipaksa untuk menyelamatkan keadaan. Nantha sebenarnya hanya turun untuk membantu barisan pertahanan apabila Aidil Zafuan diperintah keluar padang. Mungkinkah Sathia sepatutnya meletakkan Zamani-Nantha sebagai pasangan pertahanan tengah sebenar?

Pemain terbaik negara pada perlawanan tersebut seharusnya milik kapten, Zamani, yang bertindak cemerlang di barisan pertahanan selain seringkali membawa bola ke atas untuk membantu serangan.

Melihat persembahan Malaysia malam ini membuatkan saya tertanya-tanya: bagaimana pasukan sebagus ini boleh tewas begitu teruk di Manama?

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Oktober 29, 2007.

3 Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Seri 0-0”

  1. salam duka dr kota raya paris.emas di korat sasaran kita,johan aff holy grail kita.agak sedap membaca apabila rimau sebelas cuba melawan

  2. referee tu yg bodo dasar org korea yg bodo

  3. aslkm,helo..nice blog dude..im chelsea fans,so i hope u will go to my chelsea blog at http://kelabbolasepakchelsea.blogspot.com ..ok thanks n bye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: