Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Hanya Perlu Menang

Malaysia perlu memenangi perlawanan menentang Bahrain malam ini 3-0 untuk tidak tersingkir daripada saingan peringkat seterusnya.

Ah, persetankan 3-0. Kita hanya perlu menang!

Sebaik sahaja B. Sathianathan dilantik sebagai jurulatih, beliau dengan pantas mengingatkan semua pihak bahawa sasarannya adalah Sukan SEA 2007 di Korat, dan bukannya kelayakan Piala Dunia 2010.

Tempoh beberapa minggu untuk membentuk sebuah pasukan adalah terlalu singkat. Apatah lagi untuk membentuk pasukan yang boleh menewaskan Bahrain, semi-finalist Piala Asia 2004.

Ini adalah ciri-ciri Sathia yang bersikap realistik. Sathia sebelum ini adalah jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara dan bukannya skuad senior. Untuk memilih dan melatih pemain-pemain senior bagi membentuk satu pasukan yang mantap sudah tentulah mengambil masa yang lama. Situasi ini telah memaksa Sathia untuk setia dengan pasukan bawah 23 tahunnya yang sememangnya telahpun membuktikan keupayaan mereka, kemudian mengambil 3-4 orang pemain senior sebagai pelengkap.

Kekalahan Bahrain di tangan Indonesia pada Piala Asia tahun ini mungkin dijadikan ‘peluru’ oleh golongan anti bolasepak Malaysia untuk menambahkan tekanan kepada pasukan kebangsaan. Namun, usah dilupakan bahawa akibat kekalahan itu juga, Bahrain kini lebih berhati-hati dan bersiap siaga untuk menghadapi mana-mana lawan dari Asia Tenggara, sekaligus menjadikan misi Malaysia tambah mustahil.

Jadi, jikapun tidak boleh membuat benda-benda yang mustahil, apa kata kita buat benda-benda yang boleh?

Ketika Bahrain bertandang ke kandang harimau di Stadium Shah Alam, marilah kita pastikan mereka diasak hingga tewas, biarpun dengan satu gol. Ayuh kita penuhkan stadium!

Ayuh Harimau Sebelas!

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Oktober 28, 2007.

5 Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Hanya Perlu Menang”

  1. yah ZaSS~ kita cantas BahrAin tak dapat 3-0 , 0-0 pun jadi la 😀

  2. 1-0 pun jadilah

  3. akhirnya….malaysia 0-0 bahrain
    byk sungguh kad malam ni…

  4. walau apa pon kita mesti bagi sokongan yg tdk berbelah bahagi…jgn hanya kerana kalah satu perlawanan kita tewas perlawanan yg seterusnya!!!

  5. lepas ni ader game friendly match kat stadium MPPJ… aper kata kita semua g tenguk… aper mcm?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: