Kelayakan Piala Dunia 2010: Bukan Kerana Baju

Jersi belang harimau

Ramai orang mengatakan bahawa Malaysia menang perlawanan-perlawanannya pada Pestabola Merdeka 2007 kerana memakai jersi birunya (away).

Tidak kurang pula yang menuding fakta betapa Malaysia tewas teruk pada Piala Asia, ketika memakai jersi belang harimau.

Namun, kekalahan 4-1 kepada Bahrain di Manama telah membuktikan betapa kepercayaan mirip tahyul berkenaan tidak boleh dijadikan pegangan.

Walaupun begitu, tidaklah salah bagi pasukan kebangsaan untuk memiliki jersi pasukan yang benar-benar membantu.

Sebelum ini, rata-rata jersi yang dipakai oleh para pemain kebangsaan bukanlah direka khusus untuk Malaysia dan kelihatan terlalu longgar (ill-fitting), sekaligus menepati ertikata frasa ‘tangkap muat’ secara literal.

Sudahlah majoriti para pemain kebangsaan memiliki fizikal bersaiz sederhana dan tidak setinggi pemain dari Eropah atau Afrika, pakaian yang longgar hanya akan menambahkan fokus kepada kekurangan tersebut. Ini akan menambah keyakinan lawan yang berfizikal lebih besar untuk mengganyang Malaysia.

Di kala era bolasepak moden ini, apa-apa sahaja yang dilihat dapat membantu meningkatkan pencapaian atlit, walau sekecil manapun, sepatutnya perlu diambil kira. Termasuklah pakaian yang akan dipakai ketika bersukan.

Pakaian berwarna cerah boleh menimbulkan ilusi optik yang menunjukkan si pemakai memiliki tubuh lebih besar daripada sebenar. Ini termasuklah baju dan stokin. Tatkala jalur memanjang boleh menampakkan si pemakai lebih gemuk daripada asal, jalur yang menegak pula mampu memperlihatkan si pemakai lebih tinggi.

Kedua-dua ciri-ciri warna yang cerah dan jalur menegak ini ada pada jersi belang harimau.

Apabila sesuatu pasukan tewas dalam satu perlawanan, adalah penting untuk pasukan berkenaan mengambil apa-apa perkara yang positif daripada perlawanan berkenaan untuk dipelajari. Terima kasih Bahrain kerana membuktikan ia bukan kerana baju.

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Oktober 28, 2007.

Satu Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Bukan Kerana Baju”

  1. kenalah pakai baju warna biru kerana baju itulah semangat malaysia menewaskan losotho,singapura dan myanmar….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: