Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Tewas 4-1

Malaysia telah tewas 4-1 kepada Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 pertamanya, di Stadium Kebangsaan Bahrain, Manama.

Malaysia ketinggalan 2-0 seawal minit ke-15 apabila penyerang kelahiran Nigeria, Jaycee John Okwunwanne menyumbat gol kedua Bahrain.

Pemain pertahanan negara Bunyamin Umar berjaya menjaringkan gol pada minit-minit kecederaan separuh masa pertama bagi menjadikan kedudukan waktu rehat 2-1.

Walau bagaimanapun, Bahrain melebarkan pendahuluan apabila menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-55.

Gol keempat Bahrain dijaringkan melalui sepakan penalti penyerangnya A’ala Hubail pada minit-minit terakhir perlawanan.

Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 28 Oktober ini.

Advertisements

~ oleh Rimau XI di Oktober 22, 2007.

3 Respons to “Kelayakan Piala Dunia 2010: Malaysia Tewas 4-1”

  1. takpa takpa hero memang kalah awal awal nanti depa mai KL nanti kita bagi cukup cukup…………..yeah……..malaysia boleh

  2. Biarpun Kelayakan Piala Dunia bukan sasaran coach Mr Sathia, namun dgn meletakkan pemain dari skuad senior (skuad yg terdahulu) sebenarnya mgkin mengganggu ‘aura’ asal skuad bwh 23 tahun negara…jika kalah sekalipun, biarlah dipelajari oleh skuad asal bawah 23 tahun yang memang berbakat.

  3. Skuad Mr Sathia sebenarnya mampu menggalas tanggungjwb besar, dgn acuan sendiri serta persefahaman jitu selama ini..jgn ganggu skuad ini dgn mengubah corak dan gaya permainan semata-mata utk menyedapkan hati pihak atasan FAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: