Pra-Piala AFF 2012: The Return of The King

Orang kata untuk menilai pasukan Rajagobal, nilailah prestasi pasukan itu pada separuh masa kedua.

Memang betul. Ada kebenaran di sana. Pasukan pilihan Rajagobal sentiasa kelihatan boleh mendahului lawan mereka daripada segi kecergasan. Steve Darby seakan-akan mempertahankan Rajagobal ketika mengulas perlawanan semalam: beliau berkata:

“Adalah mitos bahawa pemain Malaysia tidak bekerja keras. Sama sekali mitos.”

Steve Darby

Pemain yang nampak paling bekerja keras semalam ialah Safiq Rahim. Mungkin beliau menyimpan aksi terbaik beliau untuk negara, bukan untuk negeri beliau. Negeri beliau yang juga negeri saya. Itu mungkin bukan perkara yang terlalu buruk. Safiq mendapat pujian daripada Steve Darby kerana membuat larian-larian yang berbahaya dan hampir menjaringkan gol. Bagi saya, beliau mungkin central attacking midfielder yang terbaik untuk kita pada saat ini. Jadi bagi mana-mana peminat Nazmi Faiz Mansor, mungkin kena tunggu dahulu. Nazmi memang hebat, tapi beliau masih terlalu muda, dan perlu dielak daripada memerah kudrat sehingga 90 minit. Jadi kalau saya ada dua pemain, seorang seperti Safiq dan seorang lagi seperti Nazmi, saya akan pilih pemain macam Safiq.

Ini bermakna pilihan central attacking midfielder Rajagobal boleh dianggap betul juga. Begitu juga pilihan central defender beliau. Aidil Zafuan kelihatan begitu classy semalam. Sekalipun terlepas beraksi dalam kejuaraan AFF akibat kecederaan, dan sedang menanggung kekecewaan peribadi,  beliau tidak membiarkan kedua-dua perkara itu memberi kesan kepada komitmen beliau.

Central defender kedua iaitu Fadhli Shas digantikan dengan Amirizwan Taj pada separuh masa kedua. Amirizwan semalam konsisten dalam memenangi bola tinggi, lebih daripada Fadhli. Ini agaknya yang dimaksudkan oleh Rajagobal bahawa kekuatan dalam skuad sekarang lebih seimbang? Kalau begitu, ini satu perkara yang baik.

Salah seorang lagi central defender yang dicuba ialah S. Subramaniam. Steve Darby mengulas bahawa Subra:

“…pada 2004, 2005 bermain dalam pasukan estet. Beliau menyepak Keita Mandjou keliling padang, dan saya menandatangani beliau (sebagai pemain) keesokan harinya. Beliau tidak pernah mengecewakan saya sejak hari itu dan saya rasa begitu juga mana-mana pengurus (pasukan) lain di mana beliau bermain.”

Saya sentiasa merasakan Subra menunjukkan kebolehan, sifat ketenangan dan kepimpinan yang tinggi dalam perlawanan menentang Chelsea, tetapi  semalam beliau bermain terlalu singkat. Mungkin Rajagobal perlu cuba melihat bagaimana prestasi Subra jika beliau bermain daripada minit pertama, seperti yang dilakukan oleh Ong Kim Swee ketika menentang Chelsea.

Sepak Keita Mandjou? Fernando Torres pun apa salahnya. Ya, Rajagobal “tahu pemain” beliau, tapi tak mungkin juga salah untuk beliau mengenali “pemain” Kim Swee dan Sathia. Gambar daripada Berita Harian.

Pemain Mat Salleh Filipina mungkin nampak lebih hensem daripada Subra. Mungkin nampak lebih hebat. Tapi mereka bukanlah sehebat Chelsea. Mereka bermainpun dalam kelab-kelab bawahan di Eropah. Mungkin Stephan Schrock baru nak masuk pasukan Bundesliga, tapi ini bukanlah bermakna setiap pasukan Bundesliga itu namanya Bayern Munich. Semalampun Schrock macam biskut: sekejap ada, sekejap tak ada. Bila sesekali ada tu, memang diakui berbahayalah. Tapi bila pemain Mat Salleh Filipina nampak hebat, nampak angkuh dan terlebih konfiden, tiba-tiba muncul Shahurain rampas bola daripada kaki mereka, melakukan larian dan hampir-hampir menjaringkan gol kalau tidak diselamatkan oleh seorang lagi Mat Salleh.

Schrock. Bolehlah… boleh blah.

Kalau orang katakan pemain-pemain Rajagobal dah hilang keghairahan untuk menang sebab dah menang dah pun Piala AFF, maka mereka akan bertukar fikiran bila nampak Shahurain. Shahurain belum menang. Begitu juga Shakir Ali, Azmi Muslim, Amirizwan Taj dan Bunyamin Umar.

Ya, Bunyamin Umar bermain dalam kesebelasan utama. Dalam posisi bek kanan. Tak salah bukan, sebab beliau memang pemain utility serba boleh? Ini penting dalam sebuah skuad jika berlaku apa-apa kecederaan. Pertahanan cedera? Bunyamin boleh ganti. Midfield cedera? Bunyamin boleh ganti.

Lagipun semalam clean sheet. Nak komplen lebihpun tak guna.

Bunyamin mampu menyumbangkan physical presence ketika melawan pasukan-pasukan bertubuh besar seperti gerombolan Mat Salleh yang mengaku warga Filipina. Itu adalah falsafah Rajagobal semalam: lawan orang besar kena pakai orang besar. Ini menjelaskan mengapa Apek dan Amar Rohidan tidak diturunkan, dan mengapa ada lima orang midfield.

Bunyamin Umar. Tak salah mencuba utility player.

Lima orang midfield, atau formasi 4-5-1. Dalam formasi lima midfield, kalau saya, saya akan letak Nazmi di hole. Tapi Nazmi sudah dipegang Ong Kim Swee dan mahu menimba pengalaman dalam perlawanan-perlawanan persahabatan di Eropah.

Selain Nazmi, saya sentiasa berpendapat Mat Yo boleh menjadi pemain hole terbaik: macam Zinedine Zidane dan Eric Cantona, sebab beliau pandai menggelecek dan bukan sahaja pandai, tetapi berani menggelecek. Ada orang yang pandai, tapi tak berani, dan ada juga orang yang berani, tapi tak pandai. Namun semalam beliau seakan-akan hilang arah. Mungkin beliau biasa bemain di hadapan atau paling tidakpun di sayap. Nasib baik semalam Rajagobal dah cuba. Kalau tak cuba, tak tahu.

Sekarang Rajagobal dah nampak. Itulah yang mungkin perlu dilakukan oleh Rajagobal: mencuba pemain dalam perlawanan persahabatan, dan bukan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Mana pemain eksperimen beliau sebelum ini: Joseph Kalang Tie dan Ismail Faruqi? Mungkin eksperimen itu dah gagal sebaik sahaja Malaysia gagal mengatasi Singapura.

Mencuba pemain dan mencuba formasi ialah perkara baik dalam perlawanan persahabatan. Ya, ranking itu penting, tapi Nazmi dah tunjukkan ada jalan tikus untuk melepasi kekangan ranking. EPL bukan segala-galanya dalam bolasepak. Ada banyak lagi liga lain di Eropah.

Orang kata untuk menilai pasukan Rajagobal, nilailah prestasi pasukan itu dalam sesuatu kejohanan.

Kalau macam itu, kedudukan sekarang 2-1 di pihak Rajagobal. [Kembali ke Laman Utama]


3 Respons to “Pra-Piala AFF 2012: The Return of The King”

  1. buat yang terbaik untuk negara,pedulikan apa orang nak kata,bukan mereka yang main,cakap je pandai,apa-apa pun buat yang terbaik ok..coach buat yang terbaik…

  2. Good insight bro…

Tinggalkan komen