Bantu HarimauMalaya.com!
Personal Appeal from HarimauMalaya.com Founder Mohd Faizan
Kita tidak lama lagi akan memasuki tahun ke 4 penubuhan HarimauMalaya.com, dan saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk meminta bantuan dari semua pihak untuk meneruskan misi kami. Harimaumalaya.com sekarang menghadapi isu yang mencabar dan ia memerlukan derma yang agak* besar setiap bulan untuk membolehkan website ini terus bernafas.
HarimauMalaya.com ditubuhkan selepas kekalahan memalukan Malaysia di Piala Asia 2007 bagi menunjukkan betapa sayangnya rakyat Malaysia terhadap perkembangan bola sepak di Malaysia, diatas inisiatif beberapa individual yang bergiat aktif di dalam Internet dan bersemangat untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia di mata dunia maka terwujudlah website yang tidak seberapa ini.
pada tahun 2007, HarimauMalaya bermula dengan beberapa core member, yang banyak memberi bantuan dan sokongan moral untuk kemajuan website ini dan siapa sangka pada hari ini website harimaumalaya adalah salah satu website bolasepak yang sering dilawati oleh ribuan rakyat Malaysia untuk mengetahui informasi – informasi yang kurang boleh di dapati daripada media tempatan dengan jumlah pengunjung yang melebihi 40000 user sebulan dan hampir 2juta page view, malah kita berada di tempat ke 2500 senarai website popular di Malaysia.
Pada 6hb Dec 2010, saya menerima email daripada pihak hosting exabytes mengatakan website ini sudah tidak mampu menanggung pengunjung yang terlampau ramai dan menyebabkan hosting mengalami beban yang berlebihan, jadi mereka menyarankan website ini menggunakan pakej yang bersesuaian dengan keperluannya iaitu VPS hosting atau website ini perlu ditutup pada keesokan harinya. Tetapi saya meminta mereka menangguhkan dahulu proses penutupan tersebut dan memberi kami sedikit masa untuk membolehkan kita membuat perbincangan mengenai masa depan website ini. *keseluruhan perbincangan saya bersama pihak hosting boleh dibaca di sini.
http://harimaumalaya…n-bantuan-anda/
Buat yang masih belum mengetahui, HMC dijalankan dengan kos yang amat minima iaitu dengan penggunaan hosting e-Gold Biz Linux di Exabytes dengan bayaran setahun sebanyak RM399 + RM50 dan kos tersebut ditanggung dengan iklan – iklan yang dipaparkan di seluruh halaman harimaumalaya.com dan sekarang jumlah itu tidak mencukupi.
dan sekarang apabila proses penaiktarafan hosting itu bermula kita akan memerlukan sebanyak RM118 sebulan hanya untuk membolehkan website ini terus bernafas. Saya tahu ianya jumlah yang agak besar untuk di tampung berseorangan, tapi dengan kerjasama setiap ahli HMC, diharapkan kita dapat sama – sama menampung kos penyelenggaran website ini untuk kemudahan bersama, bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh, dan kepada insan – insan mulia yang ingin menderma boleh la anda berbuat demikian dengan terus mendermakan sumbangan anda ke akaun ini, setiap sumbangan anda ke atas komuniti ini amat kami hargai.
- maybank2u.com.my
- 152050162595
- Mohd Faizan Bin Othman
————————————————————
- paypal
- perwaja@gmail.com
sila nyatakan nilai derma disini supaya saya dapat mengikuti nilai yang terkumpul serta akan memaklumkan segala penggunaan duit itu di dalam forum, dan dengan itu segala transaksi akan menjadi lebih telus dan jujur.
sekian
- setiausaha tidak rasmi HMC
Mohd Faizan Othman
* Blog RimauXI.com tiada sebarang kepentingan atau urusniaga dengan HarimauMalaya.com, namun ini tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk membantu laman yang telah banyak berjasa meningkatkan sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan kebangsaan.
