9 Fakta Fantastik & Fabulous Fakri

Fakri Saarani memberi isyarat jelas bahawa beliau mahu senarai fakta dipendekkan.

1. Fakri Saarani ialah penyerang yang boleh menjaringkan 1 gol di Sukan SEA 2011 dan masih meraih pingat emas. Lamnao Singto boleh menjaringkan 6 gol di Sukan SEA 2011 dan dia boleh kutip 60 sen dari tepi kaki lima untuk pergi beli Ding Dang.

2. Fakri Saarani telah berpindah ke pasukan Negeri Sembilan yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan pada awal musim Liga Super 2011. Fakri Saarani ialah penyerang yang boleh menjaringkan sifar gol di Liga Super 2011 sehingga bulan Mac tetapi Wan Jamak Wan Hassan yang perlu meletakkan jawatan, juga pada bulan Mac.

Why Always Me?

3. Fakri Saarani akhirnya menjaringkan 2 gol di sepanjang musim Liga Super 2011 dan masih menjadi kesebelasan utama dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di tempat lawan. Abdul Hadi Yahaya boleh menjaringkan 20 gol dan duduk diam-diam di bangku simpanan.

4. Fakri Saarani sengaja enggan mencemar duli untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut dan digantikan oleh Abdul Hadi Yahaya pada separuh masa kedua. 6 minit kemudian Hadi menjaringkan gol. Ini semua kerana Fakri sudi mencemar duli untuk beri ‘can’ kepada beliau.

5. Fakri Saarani ialah penyerang yang boleh menjaringkan sifar gol di sepanjang kempen Piala Malaysia 2011 dan masih menjadi pemenang Piala Malaysia.

Fakri Saarani ialah jantung penggerak di tengah-tengah pasukan Negeri Sembilan. Tanpa beliau, Negeri Sembilan tidak boleh cium bau Piala Malaysia 2011.

6. Fakri Saarani ialah penyerang yang tidak diturunkan oleh Azraai Khor untuk bermain walau seminitpun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 dan masih menjadi pemenang Piala Malaysia.

Sentiasa merah jambu di perlawanan penentu, baik untuk Kedah mahupun Negeri Sembilan. Fakri Saarani.

7. Hai-O boleh jaringkan gol dan menang dalam 3 final Piala Malaysia berturut-turut bersama 2 pasukan berlainan tapi beliau hanya boleh mimpi walau untuk duduk di bangku simpanan pasukan kebangsaan. Fakri Saarani.

Fakri Saarani berumur 22 tahun, Hai-O berumur 32 tahun. Apabila Fakri Saarani enggan mencemar duli, Hai-O tiada apa-apa pilihan melainkan terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan Piala Malaysia untuk beliau.

8. Fakri Saarani menjaringkan gol ketika menentang Etoile FC dan menang. Yang seri ialah Malaysia dan Etoile FC.

Kim Swee sekadar pura-pura tidak tahu yang beliau tahu apa yang Wan Jamak dan Azraai Khor tahu selama ini. Fakri Saarani tahu juga.

9. Ong Kim Swee berkata final bolasepak Sukan SEA “mungkin tidak akan berlanjutan ke masa tambahan atau ditentukan melalui sepakan penalti sekiranya tiga tonggak utama Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan, dapat bermain.” Memang kadangkala Kim Swee juga tidak sunyi daripada sifat lupa bahawa Fakri Saarani ada bermain dan sengaja tidak mahu bersin bagi menyelamatkan 100,000 nyawa rakyat Indonesia.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.