7 Sebab Mengapa Penyokong Terengganu & Negeri Sembilan Perlu Tolak Tiket RM50

Tidak semua penyokong pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan itu ‘lalang’. Tapi kita semua perlu akui, yang ‘lalang’ itu, lebih ramai daripada yang bukan ‘lalang’.

Saya penyokong pasukan Selangor. Tapi saya suka Negeri Sembilan.

Saya menamatkan sekolah rendah di Kuala Pilah. Saya menghabiskan sepanjang tempoh pendidikan menengah saya di Kuala Pilah dan Labu. Saya mengambil ketiga-tiga peperiksaan besar zaman persekolahan di Kuala Pilah dan Labu. Ya, saya membesar di Negeri Sembilan. Pada suatu masa, sebagai warga Pilah, yang makan roti Azan, beli buku di Poh Sang, tinggal di Dioh dan berbasikal ke sekolah melalui Sawah Lebar, saya bercakap loghat ‘Nogoghi’ lebih pekat daripada budak-budak Seremban yang perasan mereka berasal dari KL.

Saya tahu apa itu ‘kolopai’.

Tapi walaupun saya makan roti Azan, beli buku di Poh Sang, tinggal di Dioh dan tahu apa itu ‘kolopai’ (berbanding budak Seremban), saya masih tidak boleh mengaku bahawa saya anak Negeri Sembilan. Simply because I was born in Selangor. Lahir di Petaling Jaya, memulakan era persekolahan di Bandar Baru Bangi, ditawarkan biasiswa kerajaan negeri ke Maahad Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (yang saya tolak). Saya beli rumah pertama di Kota Damansara yang telah dijual dan kini saya beli pula di Shah Alam. Saya telah tukar alamat di IC kepada alamat Shah Alam supaya saya boleh membuang undi di kawasan DUN dan Parlimen sana.

Namun apa yang penting sekarang: Selangor, negeri kelahiran saya, tak masuk final Piala Malaysia. Yang masuk final ialah negeri ‘angkat’ saya, Negeri Sembilan. Dan Terengganu.

Oleh kerana itu, tanggungjawab bagi MENGEPALAI gerakan membantah harga tiket final RM50 patut dipikul oleh penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu. Anak jati Negeri Sembilan dan Terengganu, yang patut jadi KEPALA, penyokong-penyokong lain sekadar jadi ekor. Mengapa?

Kerana sebab yang mudah: iaitu penyokong-penyokong negeri lain tidak memiliki apa-apa kepentingan untuk menghadiri perlawanan akhir ini: kalau tiket RM5 sekalipun kami tetap tidak akan pergi ke perlawanan tersebut. Jika FAM tempelak kami “Kau kecoh-kecoh tapi team kau bukan masuk final pun!” kami nak jawab apa? Suka atau tidak, betulkan apa yang FAM cakap?

Jadi, apa yang patut penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu buat sebagai KEPALA gerakan bantahan? Pertama sekali, fikirkanlah kenapa tindakan meletakkan harga tiket final RM50 itu patut dibantah:

1. HARGA TIKET FINAL TIDAK AKAN TURUN BUAT SELAMA-LAMANYA BERMULA TAHUN HADAPAN
Jika stadium penuh pada final tahun ini, percayalah, harga tiket final tidak akan turun di bawah harga RM50 pada final tahun-tahun yang akan datang. Mengapa? Kerana jika stadium penuh tahun ini, maka ia akan dianggap satu kejayaan, sekaligus harga tiket RM50 akan dianggap ‘berpatutan’ dan ‘mampu milik’. Mana-mana ‘lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang meredhakan diri diperkotak-katik, bakal menanggung ‘dosa’ membiarkan harga tiket final mahal pada kesemua perlawanan final yang akan diadakan bermula tahun hadapan. Bila penyokong-penyokong lain bertanya “mengapa harga tiket RM50?”, maka mereka akan teringat “ini semua angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang beli tiket RM50 pada tahun 2011 dahulu.”

2. TIADA JAMINAN HARGA TIKET SEMIFINAL ATAU PERINGKAT LEBIH AWAL TIDAK AKAN DINAIKKAN
Jika harga tiket final RM50, apa jaminan harga tiket semifinal pula tidak akan dinaikkan? Apa jaminan harga tiket quarter final juga tidak akan naik? Tiada siapa mampu jamin bukan? Satu-satunya pihak yang boleh jamin ialah FAM. Kuasa kini 100% di tangan FAM: semuanya angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang telah meletakkan 100% kuasa tersebut di tangan FAM.

3. LOMPAT GRANDSTAND? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT
Antara sebab yang diberikan Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM ialah masalah ‘lompat grandstand':

“Penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.”

“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.”
- Datuk S. Sivasundram, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM

Bila masa pula masalah ‘lompat grandstand’ ini menjadi masalah yang perlu ditanggung oleh para penyokong? Bukankah sudah tugas FAM sendiri untuk memastikan kelancaran perjalanan sesuatu perlawanan final Piala Malaysia?

Mengapa pula para penyokong yang perlu dihukum apabila FAM yang tidak buat kerja?

4. BANTERAS ‘ULAT’ TIKET? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT

“Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua-dua pasukan semalam.

Menurut beliau, selain membanteras kegiatan ‘ulat’ tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.”

‘Ulat’ tiket ini ialah individu-individu yang melonjakkan harga tiket di pasaran gelap. Kenapa FAM mahu banteras ‘ulat’ tiket dengan cara melonjakkan harga tiket juga? FAM banteras ‘ulat’ dengan cara menjadi ‘bapa ulat’ terbesar?

5. SUKAN BOLASEPAK BERJAYA KERANA PEMINAT, BUKAN FAM
Masa skyjuice buat laman HarimauMalaya.com dan En. Apit kena baling burger, mana penyokong Malaysia? Apa ranking Malaysia? Teruk bukan?

Kini apa ranking Malaysia? Ada perubahan? Ingatlah FAM, ketika ranking Malaysia masih juga tidak berubah-ubah, HANYA penyokong yang membawa perubahan kepada kemeriahan sukan bolasepak negara. Para penyokong bolasepak negara tidak pernah menagih simpati FAM, malah tidak segan-silu mengeluarkan duit poket sendiri, masa dan tenaga untuk menghidupkan kembali sokongan orang ramai terhadap sukan bolasepak tempatan.

Inikah balasan FAM, dengan melonjakkan harga tiket sebanyak 67 peratus?

Empat tahun sejak 2007, FAM ‘berjaya’ melonjakkan ranking negara ke kedudukan 151. Kini, kejayaan itu ‘dirai’ dengan melonjakkan harga tiket sebanyak 67 peratus.

6. PEMIMPIN-PEMIMPIN SENDIRI MENOLAK HARGA TIKET RM50
“Saya sudah pun merayu dengan FAM melalui (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) Datuk Hamidin (Amin) dan Datuk Azzuddin (Ahmad, Setiausaha Agung FAM) supaya dapat dikurangkan harga tiket (perlawanan Terengganu-Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam). Sekarang terpulang kepada mereka dan jawatankuasa berkenaan (untuk mengekalkan keputusan Isnin lalu dengan harga baru tiket semua tempat duduk, RM50, mengembalikan kepada harga asal, RM30 atau mengurangkan beberapa peratus daripada harga baru itu).”
- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM

“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan tapi itu bukan bidang kuasa saya. Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan. Tapi keputusan telah dibuat.”
- Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Presiden PBNS

“Suara ramai harus didengari”

“Saya rasa terkejut serta dukacita apabila mendapat tahu FAM menaikkan harga tiket sehingga 70 peratus dan kenaikan tersebut boleh disifatkan sebagai kenaikan yang mendadak.”
- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. FAM ‘CABAR’ KUASA PEMINAT
“Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.”
- Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad

“Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan”

Itu satu cabaran bukan? Hendak beli? Belilah. Hendak pulau? Pulaulah.

Jadi mana satu pilihan para penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan?

Mahu jadi ‘lalang’? Atau jadi insan berpendirian? [Kembali ke Laman Utama]


39 Respons to “7 Sebab Mengapa Penyokong Terengganu & Negeri Sembilan Perlu Tolak Tiket RM50”

  1. sebab selangor x kan masuk final la anda blh berbicara begini… sebab tiket naik berpunca dari hamidin bodoh tu,…. fikir la sendiri…

    • Dulu sekolah ponteng kelas ek? Lainkali fahami lah isi artikel…sekarang ni yang kita nampak, punca tiket tiket naik adalah FAM sendiri…
      Ada facebook kan? cuba tengok di page kelab penyokong bola sepak setiap negeri tidak kira negeri mana, semuanya menghentak FAM.

    • yang ko ni raziq melatah apa pasal?? ko x paham isi penulisan ke?nak jadi bangang mcm FAM..ke ko beli tiket tu?? tu yg ko terasa..hahahah

    • raziq, saya akan berkata benda yang sama walau Selangor yang masuk final. Implikasi harga tiket RM50 ini besar: sama-sama kita fikirkan adakah benar ia akan beri manfaat kepada persatuan negeri atau bakal menjadi situasi domino harga tiket yang akan menjahanamkan sokongan marhaen kepada bolasepak TEMPATAN.

  2. FU*K you Azzuddin.

  3. to raziq,
    Penulis menulis untuk menyokong peminat dan secara tak lansung membantah keputusan FAM. Kenapa penulis harus di persalahkan? Anda tidak faham ke apa yang anda baca di sini?

    To penulis artikel,
    Terima kasih kerana menjadi ‘ekor’ kami sebagai penyokong2 N9 / Terengganu.

  4. thumbs up!

  5. apa gunanya slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan… Nampak sangat FAM memesongkan slogan itu Pencapaian di dahulukan Rakyat dibinasakan… Kalau Macam Ni laa FAM saya rasa Bolasepak kita tak kemana… x payah laa nak adakan akedemik itu dan ini.. membazir… Generasi akan datang akan bermain bola dalam keadaan sistem kuku besi FAM… Setiausaha dan kroninya letaklah jawatan… masa dell akhbar dan ibrahim saad jadi setiausaha dahulu pun takde krisis tiket ni… kepada setiausaha FAM jangan laaa bawak cara ala tentera tu didalam FAM…

  6. Thanks to penulis sbb sudi menulis bagi pihak kami yang terinaya ni. Saya rasa mereka yang pergi ke final tu bukan la lalang.mungkin cume mereka sudah mengikuti perkembangan pasukan dari awal lagi sehingga sayang untuk melepaskan aksi di peringkat final. saya percaya sekiranya kelantan atau selangor yang memasuki final pasti penyokong mereka akan memenuhi stadium walaupun tiketnya rm50. cume keadaan FAM yang terlampau BIJAK membuatkan penonton kelihatan seperti lalang, sanggup membeli tiket setelah diberi subsidi…

  7. well said.

  8. saya cuma tidak bersetuju dengan point pertama…… ” Mana-mana ‘lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang meredhakan diri diperkotak-katik, bakal menanggung ‘dosa’ membiarkan harga tiket final mahal pada kesemua perlawanan final yang akan diadakan bermula tahun hadapan” Boleh sesiapa explain kat sy mcm mane ble jd “dosa” klo beli tiket……

  9. satu entri yang amat menarik bro…. syabas

  10. raziq bodoh yeay!!!

  11. good job penulis…tp,adakah keluhan kita ni dpt didengar oleh sumer pihak…presiden FAM pun buat sangap jew…

  12. terima kasih kpd penulis..itu luahan ati anda..ni luahan ati den lak..

    den msuk stadium sobab nk sokong player n nogori trcinto den..soal duit tiket mahal lantak la..den da boli pn 30rgt..tok mat da tolong.dio nk stadium ponoh.so,den x smpai ati tgk player men xdo pnyokong..soal pembahagian duit tiket,den tau ado yg ambik persen dr hasil tiket tp soal halal haram bukan kito yg tontukn..kek dunio dio leh sonang,akhirt sok jwb la..so,krn nogori trcinto den totp ke stdium.den org rhombau..sejarah,undang luak rhombau yg halau yg diprtuan bosa supayo pindh sri menanti..betapo bosar eh undang luak..trtubuh eh negeri sembilan dr undang luak dan buapak..ekau tau sejarah?xtau do..so,biar la den nk sokong nogori den..jgn slahkan pnyokong yg nk ke stadium..terimakasih..Allah hu Alam..

    • Ekau oghang Bongek ko… sokong memang sokong tapi sokong jangan sampai bawa rebah… Tok Mat korban pendapatan PBNS, tolong peminat… tapi ekau kono ingat: ini bukan soal PBNS, ini soal FAM… dek sobab ekau nak poie sangat stadium, satu Malaysia tanggung akibat hargo tiket RM50… niat suci tapi hasil eh bangang… apo ghoman eh tu… ingat: bulat manusia kerano muafakat…

      • muafakat boikot ke ape? sy percaya both fan xnak ambil risiko dengan memboikot Piala Msia kerana boikot tidak menjamin penurunan harga dan mereka tidak rela melihat pemain2 kesayangan merka berjuang bersendirian.lautan api sanggup mereka renangi (walaupun panas) demi melihat dan menyokong pasukan kesayangan masing2. Hanya yang benar2 tegar sahaja yg sanggup berkorban jiwa dan raga (walau ditindas) demi melihat pasukan merka berjaya. I will do the same thing if it happen to me.

      • Aku suka baca ayat ni:

        “lautan api sanggup mereka renangi (walaupun panas) demi melihat dan menyokong pasukan kesayangan masing2.”

        Pergh… lautan api sanggup direnangi… aku tengok stadium Paroi ngan stadium Ismail Nasiruddin kosong aje dalam Liga Super… mana pergi ‘peminat’ hebat semua ni… lemas terbakar dalam lautan api ke…

        Ni lagi satu ayat mantap:

        “sanggup berkorban jiwa dan raga (walau ditindas)”

        Kau kena tindas ke? Kena tindas kau buat bowdoh aje? Clap clap clap…

  13. raziq tu sgt bodoh..xreti memahami artikel..same je bodo ngan FAM..

  14. Sebab ke6: Statement dari mereka ini sebenarnya sekadar cerita wayang kulit saje… Keputusan naikkan harga tiket pastinya telah dipersetujui oleh ‘orang2 SANGAT besar’… Mana mungkin bantahan dr ‘orang2 besar’ x dipatuhi oleh FAM? Azuddin adalah mangsa yg tersepit. Jgn salahkan beliau.

    • Acot, perkara ini memang betul-betul pelik bin ajaib. Facebook ada, Blackberry ada, iPad ada, tapi masih tak tahu-menahu? Ini magik jenis apa ni? Tolong jangan wayangkan peminat… hormat sikit, peminat bukan binatang tidak berakal.

  15. Sombong benar Datuk ni……meh kito ghamai2 tengok EPL kek kodai mamak…berpuloh cawan teh bulih orde ngan Rm50 tu…

  16. Saya berasal dari sarawak dan peminat pasukan kelantan. saya mungkin x patut untuk memberi komen pasal harga tiket NS vs Trengganu ini tapi seandainya sarawak atau kelantan (pasukan kegemaran saya) yang terlibat saya rasa kenaikan harga tiket ini akan saya lihat dari beberapa sudut misalnya kenaikan ini akan dapat menyumbang kepada hasil yang lebih banyak untuk pasukan yang terlibat.jika sedemikian setiap penonton harus merasa bangga kerana telah teribat untuk menyumnag kepada hasil yang lebih sedikit kepada pasukan yang bertanding.
    Dalam pada itu kenaikan ini juga merupakan satu beban tambahan kepada penonton kerana terpaksa mengeluarkan kos yang lebih sedikit.kalau game itu an entertaining game mungkin tak terasa sangat membayar lebih sedikit.
    apa-apa pun, mungkin juga inilah masa nya semua peminat bolasepak negara sama-sama berfikir untuk mengubah paradigma bolasepak negara agar menuju ke satu tahap yang lebih profesional dari pelbagai aspek kalaupun tidak mungkin samapai ke tahap EPL/BPL.
    HARGA TIKET MUNGKIN SALAH SATU ELEMEN UNTUK PERUBAHAN….FIKIR FIKIRKANLAH.

    • En. Yusof, PBNS telahpun mengurangkan harga tiket dengan ‘kaedah mengorbankan pendapatan’. Ini bermakna bahagian kutipan PBNS akan dikorbankan. Jadi, celah mana PBNS dapat manfaat? Ingat, bahagian FAM tidak berkurang kerana FAM masih tidak berganjak daripada keputusan mereka menetapkan harga tiket RM50.

  17. bahagian PNNS memang telah dikurangkan tetapi pengurangan tersebut telah di cover oleh kerajaan negeri dlm erti kata lain kerajaan negeri NS ttelah memberi subsidi kepada pembeli tiket dan tidak mengurangkan kutipan sebenarnya.

  18. 1. HARGA TIKET FINAL TIDAK AKAN TURUN BUAT SELAMA-LAMANYA BERMULA TAHUN HADAPAN.
    – ntah dapat masuk final ke x tahun2 akan datang.Korban mahal sikit nak wat mcm mane dah dan saya rase rm50 ni rkyt malaysia still mampu untuk spend if they really2 want to watch the game. hanya yang dikatakan lalang yg akan memboikot game pasukan mereka. Stop smoking Dunhill je 5 hari, Good 4 ur health.this is my sacrified. Ubah pemikiran dengan jangan menyalahkan org lain disebabkan perkara2 yg lepas kerana mungkin anda bukan di tempat mereka ketika itu.KAMI BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMIi

    2. TIADA JAMINAN HARGA TIKET SEMIFINAL ATAU PERINGKAT LEBIH AWAL TIDAK AKAN DINAIKKAN
    -off course le xde jaminan. klo beli gula2 pun harga mungkin x sama hari ini dengan esok. Or maybe nak betul2 terjamin bole buat special request dgn tukang kedai supaya harga gula2 ditetapkan sepanjang hayat. siap agreement lg. come on le. Even you bg jaminan pon itu belum pasti ia xkan berlaku perubahan pada akan datang. who knows the future. KAMI BELI SEBAB KAMI SYANG TEAM KAMI

    3. LOMPAT GRANDSTAND? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT
    -setuju but KAMI BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMI

    4. BANTERAS ‘ULAT’ TIKET? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT
    – setuju, FAM n ulat ticket is the same but KAMI still BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMI

    5. SUKAN BOLASEPAK BERJAYA KERANA PEMINAT, BUKAN FAM
    -klo kenaikan harga tket dikatakan balasan buruk FAM pada peminat mungkin ade sedikit betul. kerna keghairahan peminat le menaikkan nafsu bolas sepak kita. TP KAMI TETAP BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMI

    6. PEMIMPIN-PEMIMPIN SENDIRI MENOLAK HARGA TIKET RM50.
    -itu luahan dalam tekak je tu. x faham2 ke. jnji looks like i ‘m very concern bout u. dah bosan tengok berita kat tv. we dont need ur zero sympathy. KAMI TETAP BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMi

    7. FAM ‘CABAR’ KUASA PEMINAT.
    bunyinya macam sombong tp that is real life.Nelayan pon bole demand price ikan time musim tengkujuh. klo kita ni dah mmg suke makan ikan kita ttp beli even we have other choice.as long price tu dalam kemampuan kite. x prnh dngr lg ade org yang.protes nelayan to drop the price or ikan jd busuk.itu le sebab KAMI TETAP BELI SEBAB KAMI SAYANG TEAM KAMi.

    Conclusion.
    FAM memng salah kerana naikkan harga tiket dgn mendadak tapi jangan salahkan kami kerana kami hanya yang mahukan yang terbaik untuk pasukan kami. Inilah pentas terakhir dan kemuncak bola sepak unutk kami tahun ini.Harga tiket tidak mampu menghalang dan keinginan kami untuk terus bersama pasukan kami. Sokongan kami semangnya ditagih dan harga tiket inilah bukti pengorbanan kami pd pasukan kami.

    I believe even this happen again next year or maybe ur team. you can get /give the same answers.

    • Baguslah kau SAYANG TEAM KAU (huruf besar macam yang kau gunakan).

      Lain kali, semua match kau kena turun la. Match Piala Malaysia ke, Liga Super ke, Piala Presiden ke, kau turun. Aku petik cakap kau:

      “Harga tiket tidak mampu menghalang dan keinginan kami untuk terus bersama pasukan kami.”

  19. kepala otak ko tanggung dosa…xda dlm hukum islam pun beli tiket 50 ringgit berdosa…harga tiket naik duk sibuk nak bising nak boikot…harga rokok naik…harga brng lain naik ko xda plak bising nak boikot..padahal dah th haram…pikir la sikit sblm buat penulisan bodoh ni…suka2 nak letak hukum…

    • Orang macam kau ni buta huruf.

      Kau tak nak nampak ke istilah ‘dosa’ tu ada pakai apostrophe? Ke kau tak tau apa tu apostrophe?

      Istilah ‘dosa’ tu digunakan sebagai istilah yang beri ‘impact’ dalam penulisan, biar orang yang baca tu tersentak. Tersentak aje takpe, macam kau ni bukan tersentak, dah macam pontianak pun ada mengilai-ngilai…

      Lain kali baca dulu jangan bikin malu diri sendiri…

      Aku nak cakap kau ni bodoh, kesian pulak…

  20. lalang atau tidak itu bukan persoalan..tetapi kat mana kesungguhan kau nak sokong pasukan sendiri..nak seribu daya x nak seribu dalih..

    • “kat mana kesungguhan kau nak sokong pasukan sendiri”?

      Blog yang kau letak komen ini pun aku dah start publish sejak 2001, sebelum hosting tamat dan content aku kena delete, langsung aku tukar jadi WordPress sekitar 2006.

      Duit aku tak payah sebut berapa habis buat banner, tarik bendera: bikin malu aku aje kat ultra lain. Biar orang yang kenal aku saja tahu.

      Kau dah buat apa? Beli tiket RM50 dah kira habis bersungguh dah?

      Bagi aku, kau beli tiket RM50 tu kau sekadar jadi lalang balaci FAM saja, FAM suap apa pun kau telan…

  21. rm50 untuk final?klu mampu bole la beli..x mampu duk tgk dpn tv je..compare dgn tiket team BPL msk M’sia ok lg rsnye…apa2 pn bahasa tu mgkn nmpk x kasar tp maksud dia bole thn gak tu…check blk…

  22. Aku sokonh penulis blog ni..mmg btul pun FAM bangsat..

  23. nampak sangat peminat yang lalang tu melayu bodoh yang senang diperkotak-katikkan. berfikiran pendek, padan aku tak hairan kalau penjajah relaks mentekedarah hasil tanah melayu, dah 50 tahun lebih merdeka pun bodoh piang.

  24. abang rimau hensem . power . sok turun SSA tak ? kito sam-samo kek luar sedium yo . ;)

  25. Korang ni pon, kalau tak suka, tak payah baca… tak payah komen… dan kepada ADMIN, kalau tak suka orang baca, komen negatif, tak payah la tulis…… ada faham…???? Tak boleh terima pendapat orang, jgn share… “bengap” <– apostrophe!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 193 other followers

%d bloggers like this: